About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Wednesday, February 15, 2012

Surah Maryam 11 - 15

Tafsir Surah Maryam Ayat 11 - 15


فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا [١٩:١١]



يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا [١٩:١٢]



وَحَنَانًا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَاةً ۖ وَكَانَ تَقِيًّا [١٩:١٣]
وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّا [١٩:١٤]
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا [١٩:١٥]



Maka dia (Nabi AlLah Zakaria AS) pun keluar mendapatkan kaumnya dari mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada AlLah) pagi dan petang".

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan KAMI berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

dan (KAMI mengurniakannya) rahmat dari sisi KAMI, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.

Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.

Dan (KAMI limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).









فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ مِنَ الْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا بُكْرَةً وَعَشِيًّا [١٩:١١]
Maka dia (Nabi AlLah Zakaria AS) pun keluar mendapatkan kaumnya dari mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada AlLah) pagi dan petang".  
               Setelah Nabi AlLah Zakaria AS berdoa memohon kehadrat AlLah SWT agar mengurniakan kepadanya anak & permohonan doanya diterima terus oleh AlLah SWT, maka Baginda AS meminta tanda yang boleh dicapai indera yang menandakan isterinya sedang mengandung & mereka bakal dikurniai anak yang soleh. AlLah SWT menjelaskan tanda yang mereka suami isteri bakal dikurniai anak ialah dia (Nabi Zakaria AS) tidak dapat bercakap dengan manusia selama 3 hari 3 malam walaupun dia sihat & tidak sakit. Untuk berhubung dengan manusia Nabi Zakaria hanya boleh menggunakan bahasa isyarat sahaja. Walau bagaimanapun untuk berzikir kepada AlLah SWT, atau membacakan Taurat, tidak ada masalah.   
          Seperti biasa kaumnya akan datang untuk berjumpanya meminta nasihat atau petunjuk agama. Suatu hari setelah kaumnya datang, Nabi AlLah Zakaria pun segera menemui kaumnya untuk menjawab segala pertanyaan mereka. Tetapi apa yang berlaku ialah lidah Nabi Zakaria menjadi kelu & dia tidak dapat berkata-kata. Baginda AS hanya dapat menggunakan isyarat tangan & kepala untuk menjawab pertanyaan kaumnya. Selain itu Baginda AS juga akan menuliskan nasihat untuk kaumnya, antara nasihat Nabi AlLah Zakaria AS kepada kaumnya melalui tulisan itu ialah meminta kaumnya bertasbih, memuja & memuji AlLah SWT sama ada pada waktu pagi atau petang.
          Apabila Baginda AS menyedari keadaan yang sedemikian, maka tahulah dia, itulah janji AlLah SWT yang hendak mengurniakannya anak yang soleh. Kerana itulah tanda yang dijanjikan-NYA; tidak dapat bercakap dengan manusia selama 3 hari 3 malam. Lalu berita gembira itu disampaikan kepada isterinya dengan penuh rasa kesyukuran.







يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا [١٩:١٢]
"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan KAMI berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
          Setelah Nabi AlLah Yahya cukup dewasa untuk menerima amanah kerasulan, AlLah SWT telah mengurniakan sebuah kitab kepadanya. Melalui kitan tersebutlah Baginda Nabi Yahya diminta menjadikannya panduan hidup & panduan dakwahnya; mengajak manusia mentauhidkan AlLah SWT. Dengan maksud Nabi AlLah Yahya diminta menterjemahkan segala titah & perintah AlLah SWT yang terdapat dalam kitab tersebut kepada kaumnya. AlLah SWT tidak menjelaskan apakah nama kitab yang diberikan Nabi Yahya AS itu; boleh jadi Baginda Nabi Yahya meneruskan menterjemahkan kandungan kitab Taurat, boleh jadi Baginda Nabi Yahya AS juga ada kitabnya sendiri yang diwahyukan AlLah SWT kepadanya melalui Malaikat Jibril. AlLah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui.
          Sebelum Yahya dilantik menjadi nabi & rasul, sejak daripada kecil lagi AlLah SWT telah memberikan kepadanya hikmat & kebijaksanaan. Dengan maksud sejak dari zaman kecil atau zaman kanak-kanak lagi, Baginda Nabi AlLah Yahya AS telah diberi faham isi kandungan wahyu yang terkandung dalam kitab Taurat. Hal ini juga boleh disifatkan sebagai mukijizat Nabi AlLah Yahya AS; ya sejak kecil lagi sudah faham kehendak serta titah & perintah AlLah SWT yang termuat dalam kitab Taurat. Memang mengerti kandungan kitab AlLah SWT tanpa belajar itu merupakan sesuatu yang menyalahi adat & kebiasaan. Sedangkan banyak manusia yang mempelajari sesuatu tapi gagal memahaminya apa lagi untuk menguasainya.



وَحَنَانًا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَاةً ۖ وَكَانَ تَقِيًّا [١٩:١٣]
dan (KAMI mengurniakannya) rahmat dari sisi KAMI, serta kelebihan berupa penyucian yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
          AlLah SWT juga mengurniakan rahmat yang berupa perasaan belas kasihan yang tinggi kepada Nabi AlLah Yahya AS. Ya sifat belas kasihan merupakan modal yang diperlukan bagi seorang pendakwah dalam menyeru kaum ke jalan AlLah SWT. DIA juga menjadikan Nabi Yahya AS sebagai seorang yang suci daripada pengaruh mengharapkan belas perasaan daripada seorang perempuan.
          Nabi AlLah Yahya AS juga hebat sifat taqwanya kepada AlLah SWT. Taqwa inilah yang diminta kita sebagai umat agar mencontohi para nabi.
           



وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّا [١٩:١٤]
Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
          AlLah SWT mewartakan bahawa Nabi Yahya AS merupakan anak yang sentiasa berbakti & berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya. Tidak pernah sesekali keluar dari suaranya perkataan yang tidak disenangi ayah bondanya apalagi untuk menderhakai kedua ayah bonda dengan perbuatan yang tercela. Kebaktian terhadap ayah bonda semakin dituntut apabila kedua mereka(ayah, bonda) semakin menghampiri usia senja. Nabi Zakarian & isteri digambarkan memperoleh anak setelah kedua-duanya sudah beruban, sebagai tanda mereka telah semakin tua. Ya memang kesemua nabi diwahyukan agar menyantuni & berbakti kepada ayah bonda & ajaran inilah diminta kepada para anbiya mewara-warakan kepada umat manusia.



وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا [١٩:١٥]
Dan (KAMI limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).
          Melalui ayat ini AlLah SWT mewartakan bahawa DIA telah memuliakan Nabi Yahya AS dengan anugerah sejahtera yang istimewa dari sisi-NYA. Anugerah sejahtera yang istimewa ini meliputi 3 masa kepadanya;
1- dijamin kesejahteraannya sewaktu atau pada hari Baginda AS dilahirkan
2- dijamin kesejahteraannya sewaktu atau pada hari Baginda diwafatkan.- sirah merakamkan bahawa Nabi AlLah Yahya AS diwafatkan AlLah SWT setelah Baginda AS dibunuh dengan perilaku kejam oleh kaumnya; iaitu kaum Yahudi. Mungkin pada pandangan manusia mati dibunuh ini mengundang konotasi yang tidak baik, tetapi dalam sisi AlLah SWT, sesiapa yang mati kerana mempertahankan syiar atau titah perintah-NYA, mereka akan dikurniai mati dalam sejahtera.
3- dijamin kesejahteraannya kepada Baginda AS pada Hari Akhirat



Tazkirah Mingguan Rabu Malam Khamis Surah Maryam Ayat 11 – 15                                                    Masjid Abu Bakar, Kg Pintu Gerbang. 23 Rabiul Awal 1433 – 16 Feb 2012

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters