About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, February 28, 2012

surah al-Mulk ayat 1-5

Tazkirah Tafsir Bulanan  di Masjid Tok Wan Hassan,
Kg Babong, Kota Bharu, Kelantan. Isnin Malam Selasa Minggu Keempat; 06 Rabiul Akhir 1433 – 28 Feb 2012

Surah: Al-Mulk  ayat 1-5

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ اْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٦٧:١]
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ [٦٧:٢]
الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِن تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ [٦٧:٣]
ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ [٦٧:٤]
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ [٦٧:٥]
Maha Berkat / Maha Suci(serta Maha Tinggilah kelebihan AlLah SWT) yang berada dalam tangan-NYA semua kerajaan, kekuasaan, pemerintahan (dunia dan akhirat); dan DIA atas tiap-tiap sesuatu Maha Berkuasa.

DIA lah yang telah mencipta/mentakdirkan adanya mati & hidup (kamu) - untuk  DIA menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

DIA lah yang telah menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).



Dan demi sesungguhnya! KAMI telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan KAMI jadikan bintang-bintang itu alat merejam syaitan-syaitan; dan KAMI sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Blessed is He in whose hand is dominion, and He is over all things competent

[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -

 [And] who created seven heavens in layers. You do not see in the creation of the Most Merciful any inconsistency. So return [your] vision [to the sky]; do you see any breaks?
Then return [your] vision twice again. [Your] vision will return to you humbled while it is fatigued.

And We have certainly beautified the nearest heaven with stars and have made [from] them what is thrown at the devils and have prepared for them the punishment of the Blaze.

Huraiannya

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٦٧:١]

Blessed is He in whose hand is dominion, and He is over all things competent

Maha Berkat / Maha Suci (serta Maha Tinggilah kelebihan AlLah SWT) yang berada dalam tangan-NYA semua kerajaan, kekuasaan, pemerintahan (dunia dan akhirat); dan DIA atas tiap-tiap sesuatu Maha Berkuasa.
        AlLah SWT memulakan Surah al-Mulk ini dengan kalimah yang memuji-NYA, kerana hanya DIA yang layak & berhak dipuji dulu, kini, & selama-lamanya. DIA memuji diri-NYA kerana dalam tangan-NYA ada & terbit segala kekuasaan. Oleh sebab hanya DIA yang memegang kuasa pemerintahan secara total; DIA berhak & akan memberi kuasa perintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA & dalam masa yang sama DIA juga akan mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa sesuka hati-NYA. Segala bentuk kuasa yang diberi-NYA kepada manusia hanya berupa amanah yang mana sesiapa yang diberi amah pemerintahan akan ditanya satu persatu pada Hari Akhirat kelak.         Kuasa pemerintahan yang diberikan-NYA kepada manusia itu diharapkan manusia dapat memerintah & mentadbir alam ini sebagaimana DIA mentadbir langit & bumi. Misalnya DIA tidak pernah memotong subsidi nyawa secara tiba-tiba melainkan setiap kematian itu berlaku berpandukan suratan yang tercatat semenjak seseorang itu berumur 120 hari dalam rahim bonda lagi. DIA tidak pernah memaksa manusia masuk syurga-NYA & melarang manusia untuk terjun ke neraka; sebaliknya DIA bekalkan kita akal, DIA bekalkan kita Kitab-kitab dari sisi-Nya (Taurat, Zabur, Injil, Al-Qur’an), DIA juga bekalkan kita dengan para Rasul & Nabi.
        Dengan sedikit kuasa yang dipinjamkan sekejap kepada manusia diharapkan tergerak hati & nurani insan untuk mentadbir bumi ini dengan hukum hakam yang direka khas untuk kesejahteraan manusia di dunia & di akhirat sana. Hukum yang akan mendatangkan ketakutan yang amat sangat kepada penjahat & bakal-bakal penjahat, misalnya pencuri dipotong tangannya, penzina pula sama ada direjam sehingga pe penghujung usia atau disebat dengan 100 sebatan, & kesemua hukum ini dilaksanakan di hadapan khalayak banyak, demi mendatangkan kesan gurun ke dalam lubuk hati manusia.
        Apabila hukum yang diprogramkan khas AlLah SWT ini diabaikan, iaitu pencuri tidak dipotong tangannya, maka pencuri, perompak, peragut & yang sejahat denganhya akan berani untuk membunuh mangsa bagi mendapatkan hasil daripada kegiatan jenayahnya.
        AlLah SWT menutup ayat 1 ini dengan penegasan bahawa hanya DIA yang Amat Berkuasa terhadap sesuatu.




الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ [٦٧:٢]
[He] who created death and life to test you [as to] which of you is best in deed - and He is the Exalted in Might, the Forgiving -

DIA lah yang telah mencipta/mentakdirkan adanya mati & hidup (kamu) - untuk  DIA menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
        AlLah SWT menghidupkan kita, yang mana sebelum ini kita mati. Sewaktu kita berumur sehari hingga 120 hari dalam rahim bonda kita belum hidup lagi, setelah itu barulah DIA meniupkan roh-NYA ke dalam jasad manusia; dari itu barulah janim dalam perut mulai hidup. Semasa mati manusia menjadi hina kerana dia tidak dapat mengetahui apa yang terjadi di sekelilingnya apa lagi untuk menghalangnya. Selepas manusia dihidupkan untuk satu jangkamasa di dunia, manusia akan dimatikan untuk kali yang ke seterusnya. Kematian kali ini memerlukan manusia ditempatkan di pusara. Sudah menjadi tabiat & ketentuan AlLah SWT saat kita berada di dunia yang fana ini lebih lama daripada kita berada dalam rahim bonda. Begitu juga masa untuk kita berada dalam pusara menjadi lebih lama berbanding dengan kita dihidupkan di dunia.




الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِن تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ [٦٧:٣]
[And] who created seven heavens in layers. You do not see in the creation of the Most Merciful any inconsistency. So return [your] vision [to the sky]; do you see any breaks?

DIA lah yang telah menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
        Dalam ayat ini AlLah SWT memperkenalkan diri-NYA sebagai pencipta langit yang ada 7 lapis, daripada tiada kepada ada, tanpa meniru daripada mana-mana objek yang ada. DIA lah pemilik mutlak segala yang ada. DIA memperkenalkan dirinya yang bersifat RAHMAN=Maha Amat Pemurah.  Walaupun langit yang dicipta-NYA  berlapis-lapis tetapi DIA menjamin tidak ada sebarang kecacatan walaupun sedikit pada ciptaan-NYA itu; tiada sebarang retak, tiada sebarang lubang, tiada sebarang kecacatan yang lain. Kemudian AlLah SWT mempelawa sesiapa sahaja agar kita lihatlah berkali-kali kepada langit, manalah tahu takut-takut ada sedikit kecacatan.





ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ [٦٧:٤]
Then return [your] vision twice again. [Your] vision will return to you humbled while it is fatigued.

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
        AlLah SWT terus mempelawa manusia agar terus-menerus melihat keadaan langit yang berada di atas kepala kita. Pandanglah dalam jangka masa yang lebih lama, renung, cari di manakah terdapat kecacatan pada ciptaan AlLah SWT itu. DIA memberi jaminan bahawa kita akan letih sendiri & perbuatan yang kita lakukan itu; untuk mencari kecacatan yang terdapat pada langit itu sebagai satu perbuatan yang sia-sia sahaja, menghabiskan masa, tenaga, & usia. Kita akan menjadi letih kerana kebodohan sikap & tindakan untuk mencari sebarang kecacatan yang ada pada langit.
         Hal ini tentunya berbeza jika kita melihat kepada apa yang dibuat oleh manusia, misalnya bangunan dalam sejumlah masa mungkin 100 tahun atau kurang bangunan itu akan retak & tidak kurang juga yang runtuh, tetapi langit sudah wujud sebelum manusia pertama lagi. Sudah entah berapa juta tahun, tapi masih utuh sebagaimana seawal kewujudannya. SubhanalLah.




وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ [٦٧:٥]



And We have certainly beautified the nearest heaven with stars and have made [from] them what is thrown at the devils and have prepared for them the punishment of the Blaze

Dan demi sesungguhnya! KAMI telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan KAMI jadikan bintang-bintang itu alat merejam syaitan-syaitan; dan KAMI sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
          AlLah SWT memberitahu di langit yang paling hampir dengan kita, yang dikenali sebagai langit dunia, DIA hiaskannya dengan berbilion bintang yang bercahaya setiap masa. Oleh sebab kedudukan bintang itu terlalu jauh maka kita nampak bintang itu kecil-kecil sahaja, sedangkan hakikat sebenar bintang jauh lebih besar daripada bumi ini. dalam ayat ini AlLah SWT menjelaskan ada 2 tujuan bintang dijadikan-NYA iaitu; sebagai lampu yang menghiasi malam & sebagai alat atau peluru untuk merejam syaitan and the gang.
        Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW iblis, setan and the gang bebas turun & naik ke langit untuk mendengar laporan yang disampaikan oleh malaikat yang bertugas. Setelah laporan itu didengari maka iblis akan menceritakan kepada para bomoh, tabib, pawang, tok nujum dsb, maka mereka ini (tabib, pawang, tok nujum) akan beraksi sebagaimana yang digambarkan dalam filem Nujun Pak Belalang. Sejak hari pertama kelahiran Baginda SAW, AlLah SWT menitahkan para malaikat agar mematah syaitan jika ada yang cuba-cuba melintas langit dunia untuk naik ke langit yang lebih tinggi. Setan yang kena rejaman yang berpelurukan bintang ini akan menjadi kurang siuman & kerja setan yang kurang siuman ini pula mengacau anak-anak di halaman pada waktu malam.
        Seterusnya AlLah SWT telah menyediakan neraka kepada setan ini & juga tidak lupa pula untuk pengikut-pengikut & peminat-peminat setianya.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters