Tazkirah Mingguan
Khamis Malam Jumaat Surah Ibrahim
Ayat 1 - 4 Masjid Wak Dir, Kg Telok Kemunting Timur.
2 Rabiul Akhir 1433 – 25 Feb 2012
Surat 'Ibrāhīm (Abrahim) - سورة
ابراهيم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ
إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ
رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ [١٤:١]
اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا
فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَوَيْلٌ لِّلْكَافِرِينَ
مِنْ عَذَابٍ شَدِيدٍ [١٤:٢]
الَّذِينَ يَسْتَحِبُّونَ
الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ
وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ
بَعِيدٍ [١٤:٣]
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن
رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَن
يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ [١٤:٤]
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab
(Al-Quran) KAMI turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau
mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman
- dengan izin RABB mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
AlLah jua yang memiliki segala yang ada di langit
serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar
(terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih
daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama AlLah, serta menghendaki
jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus
ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
Dan KAMI tidak mengutuskan seseorang Rasul
melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum AlLah)
kepada mereka. Maka AlLah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.
Surah Ibrahim
Surah ini terletak
di antara surah ar-Radd dengan Surah
al-Hijr, berada dalam juz yang ke-13. Terdiri daripada
52 ayat. Diambil sempena nama salah seorang anbiya iaitu Nabi Ibrahim
KhalillulLah AS yang juga merupakan salah seorang rasul Ulul Azmi di samping Nabi Nuh AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, &
Nabi Muhammad SAW. Surah ini diturunkan di Mekah dan dipanggil Surah Makkiyyah.
Sebagaimana yang
lazim tabiatnya, surah –surah yang diturunkan di Mekah akan menekankan perkara
mentauhidkan AlLah SWT. Dalam surah yang sebegini AlLah SWT akan memperkenalkan
siapa DIA melalui ayat-ayat yang termuat, bukan setakadar siapa DIA tetapi yang
lebih penting ialah kemahaperkasaan-NYA yang sekaligus mempelawa semua manusia
agar hanya menjadi hamba-NYA sahaja.
Surah ini antara
surah yang memulakan ayatnya dengan huruf-huruf yang disebut dalam Bahasa
Melayu sebagai akromin atau huruf-huruf potong. Surah ini memulakannya dengan penyebutan
huruf Aliif, laam, Raa’.
بسم الله الرحمن الرحيم
Alif,
Lam, Ra. [This is] a Book which We have revealed
to you, [O Muhammad], that you might bring mankind out of darknesses into the
light by permission of their Lord - to the path of the Exalted in Might, the
Praiseworthy –
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) KAMI
turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia
seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan
mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
AlLah SWT memaklumkan inilah dia kitab iaitu al-Qur’an
yang DIA turunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril AS untuk Nabi Akhir
Zaman; Nabi Muhammad SAW. Secara tersirat AlLah SWT menjelaskan bahawa DIA
Pengarang Al-Qur’an itu. DIA juga pencipta semua manusia walaupun apa warna
kulit mereka atau di mana sahaja mereka menetap. Oleh sebab DIA yang mencipta
manusia daripada tiada menjadi ada, DIA juga mencipta kemampuan otak manusia. Sejalan dengan itu DIA
telah menurunkan al-Qur’an yang sepadan dengan kemampuan otak manusia untuk
memahami & bertindak mematuhi segala titah & perintah yang termuat di
dalamnya. Kemampuan otak manusia juga mampu untuk faham & bertindak
menjauhi segala rupa & bentuk larangan yang termuat dalam al-Qur’an.
Dalam
ayat ini AlLah SWT menjelaskan tujuan
penurunan al-Qur’an ini. ada sebab & musababnya DIA berbuat demikian, sebab
penurunan al-Qur’an yang dinyatakan-NYA dalam ayat ini hanya satu iaitu
mengeluarkan semua manusia dari segala macam kegelapan jiwa menunu kepada
cahaya-NYA iaitu Islam, Iman, Ehsan. Pelbagai macam kegelapan yang menyeliputi
manusia sewaktu di dunia ini yang menutup rapat-rapat pintu jiwanya; antaranya
kegelapan kufur, kegelapan syirik, kegelapan munafik, kegelapan jahil, kegelapan
malas, kegelapan penakut, kegelapan khurafat, kegelapan kedekut, kegelapan
ragu-ragu dan seumpamanya.
Jalan
yang diajak oleh Nabi Muhammad SAW ini merupakan jalan menuju keredhaan AlLah SWT
yang memiliki sifat Maha Berkuasa & Maha Terpuji. Kuasa yang dimiliki-NYA
tidak diberi oleh sesiapa tapi milik-NYA selama-lamanya.
Allah , to whom belongs whatever is
in the heavens and whatever is on the earth. And woe to the disbelievers from a
severe punishment
AlLah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta
yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar
(terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).
Di samping mempunyai sifat Maha Berkuasa & Maha
terpuji, DIA juga pemilik mutlak &tunggal semua yang ada di 7 tingkat langit
& semua hidupan yang ada di bumi. DIA yang memiliki kehebatan yang
sedemikian itulah telah menyediakan neraka sebagai tempat tinggal yang kekal
kepada sesiapa sahaja yang menjadi penentang-NYA semasa mereka hidup di dunia. Neraka
itu dijadikannya daripada api yang paling panas adanya. Baginda Nabi SAW
menghuraikan azab yang paling ringan di neraka ialah apabila kaki memijak
lantai neraka maka otak dalam kepala akan menggelegak! DIA akan memasukkan
manusia ke neraka tanpa menunggu terlebih dahulu permohonan daripada manusia. Sesiapa
sahaja yang berbuat sesuatu yang bercanggah dengan kemahuan-NYA, DIA pasti akan
memasukkan orang itu ke neraka, tanpa
mempedulikan siapa & apa status manusia. Perdana Menterikah dia,
Presidenkah dia, Sultankah atau Rajakah dia, tokoh korporatkah dia, atau siapa
juga.
The ones who prefer the worldly life
over the Hereafter and avert [people] from the way of Allah , seeking to make
it (seem) deviant. Those are in extreme error.
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada
akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki
jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus
ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.
DIA seterusnya mencirikan sifat manusia yang bakal
dicampakkan-NYA untuk menghuni & kekal di neraka iaitu;
1- sesiapa yang tidak pernah ada ingatannya
untuk berada di akhirat lalu mereka menjadi terlalu gila akan kehidupan di
dunia. Mereka ini tak ingat mati & tidak menyediakan bekal yang selayaknya
untuk menghadapi mati itu. Bagi mereka dunia ini adalah segala-galanya.
2- sesiapa yang cuba menghalang manusia
lain daripada menyahut seruan Islam yang datangnya dari AlLah SWT. Bukan Islam
dari sudut aqidah & ibadat semata-mata, tetapi mereka menghalang manusia
lain daripada kembali kepada Islam dalam soal jual beli(muamalat), hukum-hakam
(hudud), siyasah, dsb.
3- sesiapa yang gemar melihat manusia lain
terpesong jalannya daripada Islam, lalu direka jalan-jalan sesat yang lain
seperti nasionalis, kapitalis, libralis, komunis, dll.
4- mereka sahaja sesat kerana gagal untuk
mencari jalan buat bertemu AlLah SWT, mereka juga mencari pengikut untuk
sama-sama menemani sesat mereka.
And We did not send any messenger
except [speaking] in the language of his people to state clearly for them, and
Allah sends astray [thereby] whom He wills and guides whom He wills. And He is
the Exalted in Might, the Wise.
Dan KAMI tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan
dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.
Maka AlLah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.
Semua
para Rasul yang diutus-NYA untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah itu
terdiri daripada manusia yang bercakap satu bahasa dengan mereka. Hal ini untuk
memudahkan situasi bersama sama ada yang diajak atau yang mengajak. Kerana masing-masing
bercakap dalam bahasa ibunda, dari latar belakang masyarakat yang sama, yang satu
keturunan dengan mereka.
Dengan
terutusnya para anbiya ini manusia akan menjadi 2 golongan;
1- manusia yang bersedia untuk menyahut
ajakan para Rasul & mereka ini akan mendapat hidayah dari Allah SWT
2- manusia yang engkar & mereka sedaya
upaya menetang ajaran para Rasul ini dengan pelbagai cara & melalui
pelbagai media, lalu mereka ini dikemudi setan and the gang & mereka dengan
lajunya menuju kesesatan.
No comments:
Post a Comment