Surah al-Kahf Ayat 44 - 50
Tazkirah Bulanan Masjid Kg Aur, Budi,
Bachok, Kel
Minggu Keempat- Selasa Malam Rabu
07 Rabiul Akhir 1433 – 29 Feb 2012
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ
السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ
الرِّيَاحُ ۗ وَكَانَ اللَّهُ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا [١٨:٤٥]
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ
الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا [١٨:٤٦]
وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الْأَرْضَ بَارِزَةً
وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا [١٨:٤٧]
وَعُرِضُوا عَلَىٰ رَبِّكَ صَفًّا لَّقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا
خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ بَلْ زَعَمْتُمْ
أَلَّن نَّجْعَلَ لَكُم مَّوْعِدًا [١٨:٤٨]
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ
وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً
وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا
عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ
رَبُّكَ أَحَدًا [١٨:٤٩]
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا
إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ
وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ
لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا [١٨:٥٠]
Dan kemukakanlah
kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang
KAMI turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu
sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia
kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah AlLah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
Harta benda dan
anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal
faedahnya itu lebih baik pada sisi RABBmu sebagai pahala balasan, dan lebih
baik sebagai asas yang memberi harapan.
Dan
(ingatkanlah) hari KAMI bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan
melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan KAMI himpunkan mereka (di
padang Mahsyar) sehingga KAMI tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
Dan mereka tetap
akan dibawa mengadap RABBmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada
mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan)
sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka,
bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk
melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".
Dan
"Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan
melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di
dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab
ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar,
melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka
kerjakan itu sedia (tertulis dalamnya);
dan (ingatlah) RABBmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika KAMI berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada
Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan
jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah RABBnya. Oleh itu, patutkah kamu
hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang
menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu.
Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
And present to them the example of the life of this world, [its
being] like rain which We send down from the sky, and the vegetation of the
earth mingles with it and [then] it becomes dry remnants, scattered by the
winds. And Allah is ever, over all things, Perfect in Ability.
Wealth and children are [but] adornment of the worldly life. But
the enduring good deeds are better to your Lord for reward and better for
[one's] hope.
And [warn of] the Day when We will remove the mountains and you
will see the earth prominent, and We will gather them and not leave behind from
them anyone.
And they will be presented before your Lord in rows, [and He
will say], "You have certainly come to Us just as We created you the first
time. But you claimed that We would never make for you an appointment."
And the record [of deeds] will be placed [open], and you will
see the criminals fearful of that within it, and they will say, "Oh, woe
to us! What is this book that leaves nothing small or great except that it has enumerated
it?" And they will find what they did present [before them]. And your Lord
does injustice to no one.
And [mention] when We said to the angels, "Prostrate to
Adam," and they prostrated, except for Iblees. He was of the jinn and
departed from the command of his Lord. Then will you take him and his
descendants as allies other than Me while they are enemies to you? Wretched it
is for the wrongdoers as an exchange.
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ
السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ
الرِّيَاحُ ۗ وَكَانَ اللَّهُ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا [١٨:٤٥]
Dan kemukakanlah kepada mereka
misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang KAMI turunkan
dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan
kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur
ditiup angin; dan (ingatlah) adalah AlLah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
AlLah SWT membawakan satu
perbandingan untuk difahami oleh manusia, iaitu satu perbandingan berhubung
dengan lama atau sekejapnya seseorang itu boleh hidup di dunia ini. Pada
pandangan AlLah SWT lama atau sekejapnya kita sebagai manusia dapat hidup di
dunia ini hanyalah sekadar masa bertakungnya air hujan yang turun ke bumi
selepas hujan. Manusia diibaratkan tanah atau bumi. Air hujan itu diibarakan
keberadaan roh dalam diri. Sudah tentu tanah yang berlopak-lopak lebih lama
dapat menakung air, sementara tanah yang rata lebih cepat air menjadi kering,
& lebih cepat lagi jika tanah itu tanah berpasir. Demikianlah manusia yang
usianya agak lanjut dia diibaratkan tanah yang berlopak-lopak.
Air yang berada dalam lopak-lopak
boleh menjadi kering dengan sebab panasnya cahaya matahari & laju serta
lamanya angin yang bertiup. Demikianlah misalan yang dikemukakan AlLah SWT agar
manusia beringat-ingat bahawa hidup mereka di dunia ini hanya cukup sementara
sahaja & tidak ada sesiapa yang kekal di sini, samalah seperti air yang bertakung,
lama-kelamaan akan menjadi kering! Sementara hidup ini masih bersambung nyawa
& kita faham ada kehidupan lain lagi yang sedang menanti, suatu kehidupan
yang kekal & abadi; lalu kita diminta mempersiapkan bekal, sementara bekal
yang terbaik ialah tunduk & patuh kepada semua titah & perintah AlLah
SWT (taqwa)
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ
الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا [١٨:٤٦]
Harta benda dan anak pinak
itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya
itu lebih baik pada sisi RABBmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai
asas yang memberi harapan.
Untuk setiap manusia umumnya
telah AlLah SWT bekalkan dengan rangkaian harta & anak-anak. Jarang-jarang
sangat manusia yang tidak mempunyai harta & anak-anak. Harta &
anak-pinak sengaja AlLah SWT berikan kepada hamba-NYA untuk menjadi perhiasan
semasa hidup di dunia. Walau bagaimanapun sesuatu yang dikira perhiasan itu
bersifat sementara & tidak kekal. Begitu jugalah dengan anak & harta,
sesuatu yang tidak kekal, boleh habis & boleh hilang.
Agama memberi luang & peluang
untuk kita menukarkan status barangan yang disifat sebagai perhiasan kepada
bahan kekal; iaitu dengan cara menjadikannya sebagai amal soleh. Anak-anak
menjadi aset yang kekal kepada kedua ibu bapanya apabila si anak dididik
menjadi soleh & solehah. Doa anak yang soleh akan tetap bersambung
pahalanya untuk si ayah bonda walaupun mereka berdua sudah lama meninggalkan
dunia. Semantara harta boleh ditukar statusnya menjadi saham kekal dengan cara
berinfak pada jalan AlLah SWT. Perjalanan pahala dari infak yang dihulurkan ke
jalan AlLah SWT tidak akan pernah terhenti, walaupun jasad kita sudah lama
digigit & ditelan bumi.
وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الْأَرْضَ بَارِزَةً
وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا [١٨:٤٧]
Dan (ingatkanlah) hari KAMI
bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka
bumi terdedah nyata; dan KAMI himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga KAMI
tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
Walaupun kini kita masih ada di
bumi, walaupun kini kita masih belum mati, tetapi AlLah SWT yang Maha Pengasuh
& Maha Penyayang, telah diberitahu-NYA kepada kita apa yang bakal berlaku
pada suatu masa nanti. Antara perkara yang bakal kita hadapi ialah Hari
Qiayamat. Pada hari itu nanti AlLah SWT akan mencabut semua gunung-gunung yang
berdiri megah pada hari ini, sama ada Gunung Tahan, Gunung Kinabalu, Gunung
Everest, Gunung Fujiyama, Gunung Kilimanjaro, dsb bukan sahaja dicabut bahkan
DIA akan menghancurleburkan gunung-gunung tersebut selepas itu semua gunung
tadi akan berterbangan menjadi debu di udara.
Setelah bumi ini dibersihkan
sebersih-bersihnya, AlLah SWT akan menukarkannya dengan satu alam yang baharu
yang bernama Mahsyar. Di padang yang terlalu luas yang bernama Mahsyar itu,
semua yang pernah menerima subsidi nyawa akan dihimpunkan bersama, sama mereka
penduduk dunia atau penduduk di langit sana. Tidak seorangpun yang terkecuali
daripada beraksi di Mahsyar nanti dengan maksud mengikuti & akur pada
setiap inci atur cara rasmi yang ditentukan sendiri oleh IlLahi.
وَعُرِضُوا عَلَىٰ رَبِّكَ صَفًّا لَّقَدْ جِئْتُمُونَا كَمَا
خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ بَلْ زَعَمْتُمْ
أَلَّن نَّجْعَلَ لَكُم مَّوْعِدًا [١٨:٤٨]
Dan mereka tetap akan dibawa
mengadap RABBmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka):
"Kamu sekarang telah datang kepada KAMI - (berseorangan) sebagaimana KAMI
telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa KAMI
tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang
Kami telah janjikan)".
Semua manusia & jin akan
dipaksa mengadap Allah SWT pada Hari Qiyamat nanti seorang demi seorang untuk
didakwa & dibicarakan. Pada hari itu hakimnya ialah AlLah SWT.
Undang-undangnya diputuskan mengikut apa yang termuat dalam al-Qur’an.
Pendakwarayanya para malaikat. Saksinya pula seluruh anggota badan kita. Peguam
bela kita pula ialah keimanan & kepatuhan kita kepada titah & perintah
al-Qur’an, dengan maksud sejauh mana kita membela & memperjuangkan apa yang
tersurat dalam al-Qur’an semasa kita hidup, agar al-Qur’an direalisasikan, maka
kesungguhan usaha kita untuk membela kandungan al-Qur’an itu, InsyaAlLah akan bertukar menjadi peguam bela di akhirat
kelak.
Ya, memang banyak manusia pada hari
ini, lebih-lebih lagi pada zaman manusia sudah melupakan intipati ajaran Islam
ini yang beransur-ansur untuk tidak mempercayai bahkan menafikan wujudnya
Qiyamat. Kepada sesiapa yang tidak mengimani Qiyamat, AlLah SWT akan
menempelaknya kelak! Jika kita susuri sirah sepanjang 13 tahun dakwah
RasullulLah SAW berada di Mekah, Baginda SAW diberikan wahyu untuk memantapkan
aqidah dengan ayat-ayat yang menceritakan hal ehwal Hari Qiyamat. Bermakna
lebih daripada seperuh usia dakwah Baginda SAW diisikan dengan menanam keimanan
kepada keberadaan Allah SWT & kemuculan Hari Qiyamat.
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ
وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً
وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا
عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ
رَبُّكَ أَحَدًا [١٨:٤٩]
Dan "Kitab-kitab
Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang
yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka
akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian
keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua
dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia
(tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) RABBmu tidak berlaku zalim kepada
seseorangpun.
Seterusnya di Mahsyar, agenda
yang telah lama diatur ialah pembahagian suatan amalam kepada semua manusia.
Ya, sewaktu di dunia ada 2 malaikat yang bertugas untuk mencatat semua sekali
apa yang dilakukan manusia pada setiap masa. Bermakna 24 jam sehari tanpa henti
Raqib & Atiq akan mencatat apa sahaja aksi kita. Segala aksi yang positif
akan dicatat Raqib semua sekali walaupun sekecil zarah. Semua laku negatif kita
pula tidak terlepas daripada rakaman Atiq walaupn sekecil atom dibelah berjuta.
2 kali seminggu catatan ini akan dipersembahkan oleh Raqib & Atiq kepada
AlLah SWT untuk didokumentasikan; iaitu hari Isnin & Khamis. Lalu Baginda
Nabi SAW mempelawa kita agar berpuasa pada hari-hari tersebut. Bermaksud untuk
seminggu sahaja buku catatan kita berjumlah 4 buah; 2 yang ditulis Raqib &
2 buah lagi yang ditulis Atiq.
Buku-buku inilah yang akan
dibahagi-bahagian kepada penama masing-masing. Kepada mereka yang banyak
melakukan amal yang negatif semasa hidupnya, mereka akan takut untuk menerima
buku catatan amalan mereka apalagi untuk dibicarakannya satu-persatu. Mereka
tidak beriman dengan tugas-tugas malaikat yang setia itu, lalu mereka merintih
untuk meluahkan perasaan yang amat kecewa, kerana semua kelakuan mereka yang
negatif dicatatkan malaikat, walaupun pada mereka itu kesalahan kecil. Tetapi
AlLah SWT Yang Maha Pengasih & Yang Maha Penyayang berlaku adil pada semua
hamba. Sesiapa yang sudi berbuat sesuatu yang diperintah-NYA walaupun terlalu
kecil, DIA sedia membalas dengan kebaikan. Demikianlah sebaliknya sesiapa juga
yang berbuat onar DIA bersedia untuk membalasnya tak kira sama ada onar itu
berupa penumpahan darah ataupun onar itu menyakiti binatang belaan.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا
إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ
وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ
لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا [١٨:٥٠]
Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika KAMI berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam";
lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia
menderhaka terhadap perintah RABBnya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan
iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin
selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya
bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Berikutnya AlLah SWT membawakan kita
suatu kisah yang mula-mula berlaku pada awal kejadian manusia yang pertama
iaitu Adam AS. Setelah berlaku sayembara ilmu yang menyaksikan para makhluk
AlLah SWT tewas di tangan Adam AS, maka sebagai tanda menghormati ilmu para
makhlut semua diminta sujud dengan maksud hormat & mengakui kepada kehebatan
ilmu Adam AS, maka semua makhluk lain akur pada perintah AlLah SWT lalu
serentak memberi penghormatan tersebut. Cuma ada satu makhluk sahaja yang
enggan tunduk & menghormati kewibawaan Adam AS iaitu iblis and the gang.
Dalam masa yang sama iblis telah menderhakai perintah AlLah SWT. Kerana
sebetulnya iblis tidak tunduk kepada perinta AlLah SWT bukan tidak sujud kepada
Adam AS. Iblis gagal memahani bahwa sujud kepada Adam itu perintah AlLah SWT.
Gejala ini samalah yang berlaku kepada sebahagian besar umat Islam kini,
apabila mereka mendengar seruan azan, mereka gagal memahami & mentafsirkan
bahawa itu perintah & ajakan AlLah SWT untuk bersolat jemaah cuma melalui
mulut seorang muazzin. Banyak orang fikir itu hanya suara muazzin yang mengajak
& muazzin itu hanyalah orang kampung sama seperti saya juga.
Oleh sebab iblis pernah &
mencetuskan permusuhan secara tradisi dengan keturunan manusia, amatlah malang
sekali jika pada hari ini kita anak cucu Adam AS menjadikan iblis and the gang
sebagai teman keakraban dalam pergaulan. Menjadikan bisikan iblis & setan
sebagai rujukan untuk sebarang tindakan. Bagaimanakah cara untuk kita
mengetahui sama ada kita pada hari ini menggabungkan diri ke dalam geng iblis
atau tidak? Untuk mengetahuinya mudah sahaja iaitu, seandainya dalam apa juga
tindakan atau tutur kata kita yang bercanggah dengam apa yang termuat dalam
al-Qur’an, bermakna kita menjadi pengikut setan! Misalnya kita menolak cara
yang diajar & dianjurkan Islam, pada masa yang sama kita mengambil isme
yang lain, bermana kita telah mendaftarkan diri menjadi pengikut iblis &
setan tanpa perlu mengisi borang permohonan. Misalnya kita tolak Islam kita
pilih kebangsaan dalam perjuangan. Kita tolak sistem ekonomi Islam kita ambil
sistem ekonomi kapitalis atau komunis, kita menolak hukum hudud kita amalkan
undang-undang rekaan otak manusia.
No comments:
Post a Comment