Isi ceramah maulid di
Masjid Rengas, Bachok, Kelantan – 11
Rabiul Awal 1433/03022012
Masjid An-Nur, Kg Badak, Bachok- 13
Rabiul Awal 1433/06022012
Masjid Hj Jaafar, Kg Jejulok, KBharu – 14 Rabiul
Awal 1433/07022012
Masjid Bukit Temalong, Gunung - 16 Rabiul Awal 1433/ 09022011
Cerita Nabi Muhammad SAW dari 4 Surah
Surah: Al-Jumu'a
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
۞ يُسَبِّحُ
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ [٦٢:١]
Segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian
alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-sekarang ini sedang bertasbih &
akan terus-menerus bertasbih kepada
AlLah SWT sehingga ke Hari Qiyamat, apa-apa sahaja makhluk yang dicipta-NYA
sama ada yang berada di langit pertama, penghuni langit yang kedua, penduduk
langit yang ketiga, warga langit yang keempat, rakyat langit yang kelima,
komuniti langit yang keenam, atau generasi yang bermukin di langit yang
ketujuh. Turut & ikut serta rangkaian tasbih daripada penduduk semua langit
itu ialah penduduk yang berada di bumi; sama ada di lautan, di daratan, di
bawah lapisan tanah yang kita pijak, yang kurang atau tidak bertasbihnya
hanyalah manusia & jin sahaja. Kenapa makhluk itu semua bertasbih kepada
AlLah SWT sedangkan sebahagian jin & manusia tidak berbuat demikian?
Jawabnya mudah sahaja kerana mereka cukup mengenali & arif akan zat AlLah
SWT itu yang bersifat (al-Malik) sebagai Raja kepada segala raja, yang bersifat
al-Quddus; Maha Suci daripada segala kekurangan & kelemahan, AlLah SWT yang
bersifat al-Aziz; Maha Berkuasa, kuasanya tak pernah surut atau berkurangan,
AlLah SWT yang bersifat al-Hakim; Maha Bijaksana.
AlLah SWT bersifat al-Malik,
al-Quddus, al-Aziz, & al-Hakiim dalam ayat di atas itu bermula daripada
asal & kekal untuk selama-lamanya. AlLah SWT itu raja segala raja dulu,
kini, & selama-lamanya. Sewaktu alam ini diciptakan AlLah SWT lah rajanya,
kini DIA juga rajanya, nanti pada Hari Akhirat pun DIA juga rajanya! Tidak bersilih
ganti dengan sesiapa, kerana DIA tidak memerlukan siapa-siapa & apa-apa, tetapi sesiapa
sahaja & apa-apa yang ada bergantung & memerlukan-NYA setiap saat,
bukan setiap minit, bukan setiap jam. subhanalLah.
Allah SWT juga bersifat dengan
al-Aziz; Maha Berkuasa, kuasa yang ada pada-NYA bukan pemberian sesiapa. kuasa
itu milik-NYA untuk selamanya, tiada siapa yang boleh mengurangkan kuasa itu,
apa lagi untuk merampasnya dengan apa cara sekalipun. Kuasa yang dimiliki-NYA
bukan bermula dengan tiada seperti kita, tapi DIA Maha Berkuasa sedari awal
& tiada tarikh akhirnya. Tidak sama dengan manusia yang mendapat &
diberi sedikit kuasa bermula tahun sekian-sekian & bakal tamat untuk tahun
sekian-sekian.
AlLah SWT pun bersikap dengan
al-Hakiim. Tidak sama seperti manusia yang kononnya hakim juga tapi manusia
perlu melalui proses p & p untuk menjadi sedikit pandai daripada orang
lain. Tetapi pengetahuan manusia cukup terhad. Ada kalanya manusia menjadi lupa
& tak ingat lagi kepada pengetahuan yang dimilikinya itu. Hal yang
sedemikian tidak berlaku kepada AlLah SWT yang mengutuskan para anbiya’.
|
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو
عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ [٦٢:٢]
Dia lah yang telah mengutuskan
dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad
s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat
Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan
mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah
(Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam
kesesatan yang nyata.
AlLah SWT yang bersifat raja segala
raja, Maha Suci daripada kelemahan & kekurangan, Maha Berkuasa, Maha Hakiim
itulah yang telah mengutus & membangkitkan untuk khalayak manusia yang ummi
itu seorang utusan atau wakil-NYA yang juga merupakan seseorang yang ummi
(Muhammad bin AbdulLah); tidak pernah belajar membaca, tidak pernah belajar
menulis, yang tidak pernah menjejakkan kaki ke institusi pendidikan, sama ada
pada peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, lebih-lebih lagi ke
peringkat universiti. Tapi DIA menjadikan hati seorang manusia yang bernama Muhammad
SAW itu dapat menghafal & membacakan al-Qur’an dengan paling fasih. Tidak
pernah diriwayatkan Baginda SAW tersilap membunyikan & membacakan ayat-ayat
al-Qur’an. SubhanalLah.
Dalam ayat ini AlLah SWT menggariskan
ada 4 tugas yang perlu digalas Baginda Nabi Muhammad SAW walaupun dia seorang
yang ummi;
1- Baginda SAW
diminta AlLah SWT untuk menterjemahkan kandungan ayat-ayat Allah
2-membersihkan jiwa
& raga mereka (dari iktiqad yang sesat)
3-mengajarkan mereka
Kitab AlLah (Al-Quran)
4- mengajarkan hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
1- Baginda SAW
diminta AlLah SWT untuk menterjemahkan kandungan ayat-ayat AlLah SWT. Ayat-ayat
AlLah SWT dapat dibahagikan kepada 2 iaitu ayat-ayat yang dibaca &
ayat-ayat yang dilihat, merujuk kepada kejadian alam dalam seharian. Baginda
Rasul SAW menjelaskan sebarang kemenjadian & kejadian alam sama ada
banjirnya, kemaraunya, gempa buminya, hujannya, panasnya itu bukan berlaku
secara kebetulan, tetapi semuanya melalui perancangan rapi daripada AlLah SWT,
pemilik tunggal alam semester ini. Tidak akan berlaku sesuatu kejadian; banjir,
kemarau, gempa bumi, hujan, panas, petir, halalintar, puting beliung dsb,
kecuali dengan izin-NYA & dalam pengetahuan-NYA. DIA yang mentadbir segala
perjalanan ini mengikut suka-NYA & DIA tak pernah berbincang dengan sesiapa
untuk menentukan perjalanan naik turun matahari, berapa jam siang & berapa
jam pula malam, semua itu berlaku ikut kemahuan-NYA.
2-membersihkan jiwa
& raga mereka (dari iktiqad yang sesat)- seruan semua nabi bermula daripada
Adam AS, mengajak manusia membersihkan jiwa atau akidah daripada bergantung
kepada yang selain daripada AlLah SWT. Jiwa manusia perlu dibersihkan
sebersih-bersihnya daripada segala karat syirik, munafik, mulhid, kufur, musyrik,
kepada satu aqidah tauhid yang satu. Manusia yang hanya bertauhid kepada AlLaj
SWT bermakna telah mentauhidkan AlLah Yang Maha Esa. Sementara manusia yang
berasa ada lagi suatu zat yang lain yang perlu dikagumi selain AlLah SWT dikira
bersyirik kepada-NYA.
3-mengajarkan mereka
Kitab AlLah (Al-Quran)- Baginda Nabi Muhammad SAW dititahkan AlLah SWT untuk
mengajarkan Kitab-NYA. Kitab AlLah SWT ini sebetulnya banyak, tetapi kita hanya
diwajibkan mengetahui 4 buah yang unggul sahaja iaitu; Taurat, Zabur, Injil,
& al-Qur’an. Adapun sebarang kitab atau catatan wahyu lain yang juga
diturunkan AlLah SWT tidak wajib kita mengetahuinya. Sebagaimana kitab pada
zaman itu ada tempoh pemakaiannya, al-Qur’an juga sedemikian. AlLah SWT
menetapkan untuk sepanjang zaman bermula setelah Baginda Rasul SAW menerima
wahyu pertama, kitab yang boleh dipakai terus-menerus sehingga ke hari Kiamat
hanyalah al-Qur’an sahaja! Adapun kitab-kitab lain walaupun juga kitab AlLah
SWT, DIA tidak mengizinkan kita membacanya apatah lagi untuk beramal dengannya.
Sebagai kitab terakhir al-Qur’an
hanyalah ada 6236 ayat sahaja yang disusun dalam 30 juzuk & dibahagikan
kepada 114 surah. 6236 ayat itulah yang wajib kita jadikan ikutan & pedoman
serta panduan selagi ada hayat dalam badan. Segala titah suruhan AlLah SWT
wajib kita buat semasa kita masih hidup. Segala perintah larangan AlLah SWT
pula wajib kita jauhi semasa kita masih disambung nyawa! Setelah nyawa terpisah
dari badan, atau setelah berada di alam kubur, tempoh untuk beramal dengan
segala titah perintah yang termuat dalam al-Qur’an sudah tamat.
Jadi sewaktu hidup ini janganlah kita
mencari pelbagai alasan & helah untuk mengelakkan diri dari beramal dengan
ajaran yang ada dalam al-Qur’an. Misalnya dalam al-Qur’an menyuruh kita
bersolat, bilakah masa kita perlu bersolat itu? Semasa di kuburkan atau bila?
Kita diwajibkan AlLah SWT untuk bersolat 5 kali sehari bukan 5 hari sekali.
Tidak wajar sama sekali kita tak mahu solat lalu kita pun beralasan, macam mana
nak solat kita kan berada dalam masyarakat majmuk; ada orang kafir dalam negeri
kita. Agak-agak jika kita jawab begitu jika ditanya AlLah SWT nanti, adakah DIA
akan menerima alasan & putar belit kita itu? Tepuk dada tanyalah iman! Sama
juga bila DIA mengharamkan riba, bolehkah kita jawab, Ya AlLah SWT macam mana
saya nak tinggalkan riba sebab orang kafir ada di negeri saya. Hal yang sama
turut bersangkutan bila DIA mewajibkan kepada pemerintah agar melaksanakan
hukum Islam, kita seharusnya tidak menjadi dalih & helah & fitnah untuk
melarikan diri dari tanggungjawab hududulLah. Kerana DIA tak akan mendengar
helah putar belit kita apabila kita dengan bangannya berkata bagaimana nak
laksanaan hukum hudud orang kafir ada dalam negeri kita.
4- mengajarkan hikmah
(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).- Baginda Nabi Muhammad
SAW juga diminta AlLah SWT agar mengajarlkan umat Islam menjadi bijak. Ya, dengan
berpandukan hanya dengan al-Qur’an kita pasti jadi hakiim- bijaksana. Kenapa
hanya dengan al-Qur’an kita akan jadi hakiim, kerana al-Qur’an itu merupakan
karya AlLah SWT Yang Maha Agung, lebih agung daripada matahari, bulan, bintang,
langit, & bumi. Dalam al-Qur’an ada pelbagai ilmu masa hadapan, ilmu yang
masih belum diteroka manusia. Tapi DIA telah menjelaskan kepada kita umat Islam
yang suka membaca & memahami kandungan ayat-ayat AlLah SWT. Apabila umat
Islam sanggup membaca al-Qur’an, mereka akan jadi umat yang hakiim. Tetapi
apabila mereka hanya sanggup membaca bahan bacaan yang lain & tidak sudi
untuk menghayati Islam , umat Islam akan dibodohkan sepanjang zaman, kerana
pada masa itu kita hanya membaca karya atau buku yang ditulis oleh orang-orang
yang bodoh juga seperti kita. Ya bodoh amatlah jika kita tak baca al-Qur’an
yang digarap AlLah SWT tapi bertungkus lumus membaca tulisan yang dihasilkan
oleh manusia yang sama-sama jadil seperti kita.
﴿٢٥﴾
|
AlLah SWT anggap masyarakat Mekah sebelum diutus Nabi SAW
sebagai sesat, kenapa? Sedangkan mereka ada;
Ketua Hakim Negara :
Abal Hakam ; Umar bin Hisyam
Cendekiawan Negara :
al-Walid bin Mughirah
Tokoh Koorporat Hebat :
Abu Sufian bin Harb, Utbah & Syaibah bin Rabiah
Penglima Turus Angkatan Tentera : Khalid bin al-Walid, Ikhrimah bin Abu Jahal
Ketua Negara :
Abu Talib bin Abd Muttalib
Urusan import & eksport yang hebat membentuk segitiga
niaga; Mekah- Syam – Yaman
Mereka sesat kerana tak jumpa cari jalan untuk balik ke
tempat asal. Asal kita dari syurga & kita diminta balik ke syurga. Datuk
kita Adam AS asalnya di syurga. AlLah
SWT sudah sediakan untuk setiap kita satu istana dalam syurga siap
dengan segala kelengkapannya; perabotnya, khadam-khadamnya, tukang-tukang
kebunnya, dayang-dayangnya, kenderaaan-kenderaaannya, dsb.
AlLah SWT juga telah sediakan untuk
kita satu bilik dalam neraka, siap dengan kepelbagaian azabnya; ular-ular
sebesar leher untanya, jengking kala raksasanya, buah zakum sebagai makanannya, timah yang
menggelegak sebagai minumannya dsb
Di syurga suatu masa berlaku peristiwa yang tak
sepatutnya kita lupa; iaitu sayembara ilmu & penguasaannya. Apabila AlLah
SWT memaklumkan bahawa DIA akan mengutuskan manusia sebagai khalifah-NYA di
bumi ini, lalu kedengaran suara-suara yang berkata Adam & keturunannya
tidak layak berada di dunia kerana mereka suka bersengketa & menumpah darah
sahaja kerjanya. AlLah SWT menegaskan pilihannya kepada Adam AS merupakan
pilihan yang paling tepat kerana milikan ilmu yang ada pada dada Adam &
anak-cucunya, yang akan bertambah setiap masa.
Justeru diadakan sayembara ketelusan & penguasaan
ilmu yang ada di dada, ternyata Adam AS berjaya mengatasi saingannya. Sebagai
penghormatan kepada Adam AS para saingannya diminta menghormati tahap
keilmuannya. Ternyata semua saingannya menghulurkan penghormatan itu kecuali
Iblis yang keras kepala yang berasa dia lebih baik kerana bakanya dijadikan
daripada api, sedang Adam AS manusia tercipta dari zat tanah. AlLah SWT telah
melaknati Iblis & menghalaunya dari dalam syurga. Pengusirannya itu telah
menimbul & membuahkan rasa hasad dengki di hati Iblis & dia meminta
ruang, peluang yang seluas-luasnya untuk menipu Adam & keturunan supaya
menyertai kemnya. Misi & visi pertamanya untuk mengeluarkan Adam AS dari
dalam syurga berjaya dengan cemerlang. Lewat fitnah berhelah Adam sekeluarga
berjaya dipedaya & terhantar ke dunia.
Dunia & alam maya ini menjadi saksi berlakunya
pertembungan idea antara suruhan agama AlLah SWT yang dibawa & diajarkan
para anbiya dengan belaian nafsu janjian
para setan. Pertembungan ini mula berlaku sejak zaman Adam AS hingga kiamat.
Setan anf the gang tidak pernah meletakkan jawatan atau berfikir untuk meletakkan
jawatannya iaitu berhenti menggoda anak cucu Adam AS.
|
|
|
وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ [٦٢:٣]
Dan juga (telah mengutuskan
Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum
(datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), AlLah
jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
AlLah SWT menjelaskan bahawa Nabi
Muhammad SAW ini bukan sahaja wajib diikuti oleh manusia yang sezaman dengannya
sahaja, malah semua manusia yang ada & hidup di dunia, apabila mereka
dilahirkan selepas Baginda SAW diutus menjadi rasul, sehinggalah manusia yang
dilahirkan sehari sebelum kiamat pun wajib beriman dengan ajaran Baginda Nabi
Muhammad SAW ini secara holistik. Penetapan ini dibuat oleh AlLah SWT yang
bersifat Maha Berkuasa & Maha Bijasana. Lalu mana-mana orang yang mengikuti
ajaran Baginda SAW dikira orang cerdik, walaupun mereka tak pernah kenal huruf,
angka, & carta. Sementara sesiapa sahaja yang cuba membangkang &
menentang apa-apa jua cara bawaan & gaya kepemimpinan Baginda SAW dikira
bodoh & membodohkan diri sendiri.
AlLah SWT mempertegas bahawa sesiapa
yang mengikut jejak & langkah yang diajar Baginda Nabi Muhammad SAW
merupakan manusia yang bijak kerana apa yang diajari Nabi SAW itu datangnya
dari AlLah SWT yang penuh dengan kesempurnaan-NYA. Segala sifat AlLah SWT sempurna.
Maha Bijak AlLah SWT merupakan kebijakan yang sempurna, tidak ada walaupun
sekecil zarah kekurangannya. AlLah SWT Maha Berkuasa, kekuasaan yang
dimiliki-NYA sempurna. Pendek kata semua yang ada bersama-NYA sempurna segala.
﴿٣﴾
|
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ
الْعَظِيمِ [٦٢:٤]
(Pengutusan Nabi Muhammad
s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah
kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan
sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
Diutus-NYA para anbiya semenjak
dari Adam AS sehingga terutusnya Baginda Nabi Muhammad SAW itu sebagai rahmat
& Maha Limpah kurnia dari AlLah SWT. Walau bagaimanapun DIA tidak memaksa
manusia untuk mengikut ajaran yang dibawa para rasul-NYA. Lantaran itulah pada
Isra’ & Mikraj, Baginda Nabi Muhammad SAW diperlihatkan, ada dalam kalangan
para nabi yang seramai 124 ribu itu
tidak ada pengikut. SubhanalLah. Walaupun para anbiya menyeru manusia kembali
kepada agama AlLah SWT, masih banyak manusia yang tidak sudi untuk
menggabungkan diri. Hal ini menjadi motivasi kepada diri pendakwah pada hari
ini, usahlah berkecil hati jika apa yang kita serukan tidak dipeduli manusia,
kerana ada para nabi yang tidak diikuti kaumnya, malah yang lebih teruk ada
antara para rasul ini yang dibunuh kaum masing-masing, misalnya Nabi AlLah
Zakaria AS & Nabi AlLah Yahya AS.
Ya, semua seruan para nabi ini
berlangsung secara terbuka, tidak ada walaupun seorang anbiya ini yang memaksa
kaumnya untuk beriman dengan ajaran yang didakwahkannya. Terserahlah kepada
pemikiran masing-masing untuk sama ada memilih beriman kepada AlLah SWT atau
tetap setia menjadi pembela agenda jahiliyah yang nyata di depan mata. Sesiapa
yang menyahut ajakan & seruan para anbiya ini akan mendapat kelebihan yang
amat banyak bermula dengan hari pertama dia didaftarkan sebagai penghuni di
pusara. Kelebihan & kesenangan ini akan berlangsung sehinggalah ke Hari
Qiamat. Sementara yang menentang & membangkang ajaran yang dibawa oleh para
anbiya ini; Nabi Muhammad SAW untuk akhir zaman ini, akan mendapat pelbagai
laknat & azab juga bermula di pusara setelah mereka ini dibumikan kelak.
|
Al-Ahzab
21
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ
يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا [٣٣:٢١]
Demi sesungguhnya, adalah bagi
kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)
AlLah SWT juga Yang Maha
Mengetahui hajat & keperluan manusia. Antara yang amat diperlukan oleh
manusia ialah, seseorang yang boleh dijadikan panduan dalam segala aspek
hidupnya; cara bergaulnya, cara berumahtangganya, cara berjualbelinya, cara
pemerintahnya, cara berperangnya, cara menghukumnya, cara mengajarnya, cara
makannya, cara berpakaiannya, pendek kata segala-galanya. Manusia tersebut yang
telah menunjukkan setiap inci contoh terbaik sepanjang hidupnya hanyalah Nabi
Muhammad SAW. Kita senaraikanlah apa juga sifat & sikap yang kita inginkan
ada kepada seseorang; nescaya semua sifat itu ada pada Baginda Nabi Muhammad
SAW. Hal ini berlaku kerana semua perjalanan hidup Baginda SAW dicatat sama ada
melalui pena atau sebagainya & disampaikan kepada semua manusia di setiap
masa dia berada. Kita dapat membaca sejarah hidup Baginda SAW bukan sahaja
bermula semenjak hari lahirnya, bahkan kita juga tahu tentang sejarah nenek
moyangnya, diikuti dengan sejarah ayah & bondanya secara sah. Kita juga tahu
sejarah semasa Baginda SAW masih menyusu, kita tahu nama-nama penyusu Baginda
SAW & kita juga tahu siapa yang menjadi adik beradik sesusunya. Kita juga
tahu secara terang & jelas apa yang dilaku Baginda SAW sewaktu usia
remajanya, sewaktu mudanya, sewaktu dewasanya, sewaktu hari pertama dakwahnya,
sehinggalah ke saat hari kewafatannya.
Walau bagaimanapun tidak semua manusia
yang sanggup & sudi mengambil serta menjadikan Baginda SAW sebagai ikon
hidupnya. Dalam dunia ini banyak manusia yang dijadikan ikon hidup seseorang.
Banyak anak muda yang menjadikan pemain-pemain sukan sebagai ikonnya; sama ada
bola sepak, tenis, badminton, golf, pelumba kereta atau motosikal, pelari &
sebagainya. Ada sebahagian manusia menjadikan artis sebagai ikonnya; sama ada
penyanyi, pelakon, pelawak, penggubah not muzik, pelukis, penyair, penyajak,
pengukir & seumpamanya. Ada pula manusia yang menjadikan manusia korporat
sebagai ikon hidupnya & sebagainya.
Di sela-sela kehidupan ini masih
tersisa manusia yang sanggup menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon
hidupnya, walaupun mereka tidak pernah bertemu & mendapatkan tandantangan
Baginda SAW. Walaupun mereka tidak pernah mendengar suara Baginda SAW berceramah & memberi tazkirah atau
membacakan al-Qur’an. Walaupun mereka tidak pernah semajlis dengan Baginda SAW.
Ya hari ini Baginda SAW sudah diwafatkan oleh AlLah SWT untuk kehidupan di
dunia, kerana tugas Baginda SAW di dunia ini sudah selesai, iaitu menterjemahkan ajaran al-Qur’an ke dalam
kehidupan! Hal ini dilakukan Baginda SAW selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Kini
kitalah penyambung tugas Baginda SAW untuk menterjemahkan ajaran al-Qur’an
supaya menjadi real dalam kehidupan bermula kehidupan secara individu hinggalah
kewajipan bernegara; mendirikan negara Islam!
Tidak semua manusia bersedia untuk
menjadikan Nabi Muhammad SAW ini sebagai ikutan mereka. Hanya mereka yang ada
& menyimpan 4 sifat ini sahaja yang bersedia iaitu;
1- orang yang yakin akan bertemu dengan AlLah SWT
2- sesiapa yang percayakan ada sungguh balasan
pada Hari Akhirat
3- sesiapa sahaja yang mengingati
AlLah dengan banyaknya
Adakah kita
termasuk ke dalam golongan di atas? Tepuk dada tanya iman.
Al-Kahf
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا
إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ
يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ
بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا [١٨:١١٠]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan
kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang
percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan
amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya
kepada Tuhannya".
Baginda Nabi SAW diminta
memberitahu manusia bahawa dia pun salah seorang manusia yang menghuni bumi
ini. Tidak ada beza dari segi fizikalnya antara manusia yang bernama Muhammad
bin AbulLah SAW dengan manusia yang bernama Abdul Uzza bin Abdul Muttalib.
Sama-sama berketurunan Arab. Sama-sama berstatus orang Quraisy. Sama-sama
dilahirkan di bumi Mekah. Tetapi yang seorang itu dilaknat AlLah SWT; Abdul
Uzza bin Abdul Muttalib, sedang yang seorang lain dirahmati-NYA; Muhammad bin
AbdulLah.
Yang membezakan mereka berdua ialah
yang seorang itu beriman dengan wahyu yang diturunkan & menyebarkannya pula
kepada manusia; iaitu Muhammad bin AbdulLah. Sementara yang seorang lagi bukan
sekadar tidak mempercayai adanya wahyu malah menentangnya, sama ada siang atau
malam. Bukan dia sahaja yang mementang seruan wahyu, malah isterinya (ummu
Jamil) juga menjadi pemimpin wanita Mekah untuk menentang.
Ya, Baginda SAW menerima wahyu dari
AlLah SWT. Adakah wahyu ini meliputi segala bidang? Sebenarnya tidak, wahyu
hanya diturunkan AlLah SWT untuk memperjelas perkara yang tidak sampai otak
manusia untuk memikirkannya, tetapi kita mesti berjumpa & berdepan dengan
perkara tersebut; seperti fenomena dosa & pahala, adanya azab & nikmat
sewaktu di pusara, dihidupkan kembali dari pusara menuju Mahsyar, adanya
Timbangan Amal, adanya Mahkamah AlLah SWT, ada jambatan yang wajib dilintasi
bernama Siraq, adanya syurga & neraka. Adapun hal-hal yang mampu difikir
oleh akal manusia, AlLah SWT tidak akan menurunkan wahyu-NYA; misalnya untuk
menjadikan masakan bertambah lazat tidak akan ada wahyu untuk itu kerana kita
mampu berfikir untuk menambah perisa kepada masakan. Tidak ada wahyu yang
diturunkan-NYA untuk mengajar cara kepada manusia untuk membina rumah atau
bagaimana cara untuk menternak binatang, atau bagaimana cara untuk menjadi
petani yang cemerlang!
Oleh sebab semua manusia terpaksa
bertemu-NYA di akhirat kelak, DIA awal-awal lagi memberikan formula &
petua, bagaimanakah cara bila kita bertemu-NYA kelak, DIA tidak murka &
memasukkan kita ke neraka. DIA mewasiatkan agar semua manusia agar berbuat amal
yang soleh seperti yang dicontohkan oleh para anbiya sahaja, tidak boleh direka
mengikut kepala otak kita bagaaimanakah cara amal soleh itu. Semuanya kena ikut
Nabi Muhammad SAW. Apa-apa yang kita buat sama dengan apa yang dibuat Baginda
SAW itulah amal yang soleh, walaupun kita membunuh; seperti membunuh kerana
hukum qisas dsb. Apa-apa yang kita buat tak kena dengan apa yang Baginda Rasul
SAW ajar, tidak dikira amal soleh, walaupun kita menderma sehingga berjuta-juta
banyaknya. Misalnya kita dermakan sejumlah wang kepada orang Yahudi di Palestin
sana.
Syarat yang kedua untuk layak
bertemu-NYA kelak ialah kita jangan mengadakan sekutu untuk AlLah SWT dalam
semua aspek. Jangan kita adakan sekutu bagi AlLah dalam hal aqidah. Jangan kita
adakan sekutu bagi AlLah dalam hal ibadah. Jangan kita adakan sekutu bagi AlLah
dalam hal munakahat.
Jangan kita adakan
sekutu bagi AlLah dalam hal muamalat. Jangan kita adakan sekutu bagi AlLah
dalam hal syariat. Jangan kita adakan sekutu bagi AlLah dalam hal hukum hakam.
Surah: An-Najm
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ [٥٣:١]
Demi bintang semasa ia
menjunam,
AlLah SWT memulakan surah ini dengan
sumpah & objek yang dipilih-NYA untuk dijadikan sumpah ialah bintang. Hanya
AlLah SWT yang boleh bersumpah menggunakan sesuatu yang dicipta-NYA; sama ada
bulan, bintang, matahari, kejadian siang & malam dsb. Adapun kita sebagai
manusia jika perlu bersumpah mestilah bersumpah dengan nama-NYA sahaja, iaitu
itu Demi AlLah SWT. AlLah
SWT memnyuruh kita melihat bintang & mengkaji perjalanan serta keberadaan
bintang-bintang itu. Di sana pasti akan terlihat keajaiban yang tak
terjangkaukan pikiran. subhanalLah. Jutaan bintang di bawah langit yang
menghias malam bagai lampu itu, tak terjangkau ilmu untuk mengkajinya. Masih terlalu
banyak ilmu AlLah SWT yang belum tergali & diteroka dalam dunia astronomi
ini.
|
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ [٥٣:٢]
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang
kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan
yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
AlLah SWT setelah bersumpah
dengan keajaiban & keunikan bintang-bintang menegaskan bahawa Nabi Muhammad
SAW tidak pernah sesat, tidak tersesat, & tidak akan sesat dalam semua
urusan & dakwahnya. Kerana apa yang disampaikan Baginda SAW itu semuanya
wahyu AlLah SWT yang perlu disampaikan kepada semua umat manusia yang amat
diperlukan. Manusia amat memerlukan bimbingan & petunjuk untuk mengenali
AlLah SWT & seterusnya mentaati-NYA. Lalu pembimbing yang benar ke jalan
AlLah SWT itu hanyalah para anbiya sahaja, bermula dengan Nabi Adam AS
sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
Jadi sebanyak mana ajaran para nabi
ini bila bercanggah dengan kehendak manusia semasa itu bukanlah bermakna para
anbiya ini membawa sesuatu ajaran sesat apa lagi menyesatkan, sebaliknya
khalayaklah yang sesat kerana mereka menjauh daripada mengikut ajaran yang
benar. AlLah SWT memberikan jaminan-NYA bahwa para anbiya ini tidak sesat! Tidak
sesat kerana semua ajaran yang dibawa & diajar para anbiya itu berupa
kehendak-NYA. Itu yang dikehendaki-NYA!.
|
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ [٥٣:٣]
Dan ia tidak memperkatakan
(sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya
sendiri.
Sebarang ajaran Nabi Muhammad
SAW tentang Islam sama ada yang berupa suruhan atau yang berupa larangan
bukanlah datangnya dari nafsu atau reka cipta daripada Baginda SAW. Baginda SAW
tidak pernah memasukkan pendapatnya sendiri untuk menafsirkan semua titah &
perintah AlLah.
|
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ [٥٣:٤]
Segala yang diperkatakannya
itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya.
Semua suruhan & larangan
yang disampaikan kepada manusia itu datangnya daripada AlLah SWT yang
disampaikan melalui Malaikat Jibril AS. Apabila AlLah SWT menghendaki sesuatu
perkara DIA akan menyampaikan perkara tersebut kepada ketua Malaikat iaitu
Jibril & dengan serta-merta pula Jibril AS akan menyampaikannya kepada Nabi
Muhammad SAW. Apabila wahyu itu sampai ke pengetahuan Baginda Nabi SAW, segera
disebar, diajarkannya kepada khalayak yang ada. Yang uniknya khalayak yang ada
akan berebut-rebut untuk melaksana titah & perintah AlLah SWT itu. Mereka bersaing
sesama sendiri untuk menjadi orang yang pertama melaksana kehendak agama AlLah
SWT. Apa yang dikata Nabi Muhammad SAW tentang agama itulah wahyu. Apa yang disuruh
Nabi Muhammad SAW tentang agama itulah wahyu. Apa yang dilarang Nabi Muhammad
SAW tentang agama itulah wahyu. Apa yang dibuat Nabi Muhammad SAW tentang agama
itulah wahyu. Pendek kata semua sekali yang dilaku Nabi Muhammad SAW berhubung
dengan agama itu semua kehendak AlLah SWT, itu semua wahyu.
|
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ [٥٣:٥]
wahyu itu (disampaikan dan)
diajarkan kepadanya oleh (Malaikat Jibril) yang amat kuat gagah, -
Untuk menjamin keaslian wahyu
yang diturunkan kepada para anbiya amnya & Nabi Muhammad SAW khasnya, AlLah
SWT menegaskan bahawa Malaikat Jibril yang membawa & membacakan wahyu
tersebut kepada baginda Nabi SAW merupakan malaikat yang amat kuat & gagah.
Dengan kehebatan tersebut mustahil ada makhluk lain dapat mencuri wahyu yang
dibawa Jibril. Jibril merupakan malaikat terkuat kerana dia merupakan ketua
untuk semua malaikat. Malaikat yang sebeginilah yang dipilih AlLah SWT untuk
menjadi Ketua Para Malaikat & menyampaikan wahyu kepada Baginda Nabi SAW. Hal
ini sebagai penguat kepada dakwah Nabi Muhammad SAW khasnya, iaitu tidak usah
dibimbangi tentang keaslian & kesahihan ajaran yang dibawanya kerana para
malaikat yang menyampaikan kepada Baginda SAW merupakan malaikat yang hebat. Islam
yang hebat, datangnya dari AlLah Yang Maha Hebat, disampaikan oleh Jibril Yang
Hebat, kepada nabi yang hebat; Nabi Muhammad SAW, untuk disampaikan kepada umat
agar mereka turut menjadi hebat!
|
No comments:
Post a Comment