Tazkirah Bulanan
Minggu Pertama Sabtu Malam Ahad
11 Rabiul Akhir 1433 – 04 Mac 2012
Masjid Pohon Tal, Kubang Mas, Tumpat
Surah Thaa Haa ayat 9- 16
وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ [٢٠:٩]
إِذْ رَأَىٰ نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا
لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى [٢٠:١٠]
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ [٢٠:١١]
إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ
الْمُقَدَّسِ طُوًى [٢٠:١٢]
وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ [٢٠:١٣]
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ
الصَّلَاةَ لِذِكْرِي [٢٠:١٤]
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ
بِمَا تَسْعَىٰ [٢٠:١٥]
فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَن لَّا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ
فَتَرْدَىٰ [٢٠:١٦]
Dan sudahkah sampai kepadamu
(wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
Ketika ia melihat api, lalu
berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat
api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku
dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
Maka apabila ia sampai ke
tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
"Sesungguhnya Aku RABBmu!
Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
"Dan AKU telah memilihmu
menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
"Sesungguhnya AKU lah AlLah;
tiada ilah melainkan AKU; oleh itu, berabdilah kepada-KU, dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati-KU.
"Sesungguhnya hari kiamat
itu tetap akan datang - yang AKU sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya
tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
"Maka janganlah engkau
dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta
ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
And has the story of Moses reached you? -
When he saw a fire and said to his family, "Stay here; indeed,
I have perceived a fire; perhaps I can bring you a torch or find at the fire
some guidance."
And when he came to it, he was called, "O Moses,
Indeed, I am your Lord, so remove your sandals. Indeed, you are in
the sacred valley of Tuwa.
And I have chosen you, so listen to what is revealed [to you].
Indeed, I am Allah . There is no deity except Me, so worship Me and
establish prayer for My remembrance.
Indeed, the Hour is coming - I almost conceal it - so that every
soul may be recompensed according to that for which it strives.
So do not let one avert you from it who does not believe in it and
follows his desire, for you [then] would perish.
وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ [٢٠:٩]
And has the story of Moses reached you? -
Dan sudahkah sampai kepadamu
(wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
AlLah SWT bertanyakan kepada Nabi Muhammad SAW & tentunya kepada
kita umat Nabi Akhir Zaman adakah telah sampai ke pendengaran telinga tentang
kisah Musa bin Imran AS? Tentunya AlLah SWT Yang Maha Mengetahui sudah maklum,
bahawa Nabi Muhammad SAW tidak dijadikan-NYA pandai membaca & menulis,
tentunya amat sulit untuk Baginda SAW membaca kisah Musa daripada mana-mana
catatan. Ini merupakan antara cara untuk berdakwah iaitu dengan cara
mengemukakan soalan, biarpun jurudakwah sudah mengetahui khalayak yang
dihadapinya itu sememangnya belum mengetahui. Bentuk pertanyaan yang sebegini
akan lebih mendatang & mengundang perhatian daripada khalayak untuk memberi
tumpuan terhadap apa yang bakal diberitahu. Tentunya kisah Musa bin Imran ini
bukan sekadar untuk memenuhi santapan telinga semata-mata, tetapi untuk diambil
pengajaran & disebarluaskan pula kepada semua umat manusia.
إِذْ رَأَىٰ نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا
لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى [٢٠:١٠]
When he saw a fire and said to his family, "Stay here; indeed,
I have perceived a fire; perhaps I can bring you a torch or find at the fire
some guidance."
Ketika ia melihat api, lalu
berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat
api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku
dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
Sebetulnya banyak kisah Musa bin Imran ini, yang dimuatkan-NYA dalam
al-Qur’an, tetapi untuk kali ini DIA memilih satu kisah sewaktu Musa membawa
isterinya Safura bt Syuaib keluar daripada bumi Madyan. Setelah sejenak
berjalan Musa terlihat adanya api, lalu dia meminta kepada isterinya agar
berhenti sekejap di situ, sementara dia akan pergi mendapatkan api tersebut
untuk kegunaan mereka; sama ada untuk memasak, memanaskan badan, atau untuk
dijadikan obor sebagai penunjuk &
pencerah jalan yang bakal ditempuhnya. Boleh jadi juga di tempat api tersebut
terdapat kumpulan manusia lain lalu boleh dia bertanyakan mereka tentang arah
mana yang lebih dekat & selamat untuk menuju ke sesuatu tempat. Lalu dengan
tenang Musa pun menyusun langkahnya menuju ke tempat api tersebut.
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ [٢٠:١١]
And when he came to it, he was called, "O Moses,
Maka apabila ia sampai ke
tempat api itu (kedengaran) ia diseru:"Wahai Musa! " - sebaik sahaja dia sampai ke tempat api
tersebut, terdengar ada satu suara yang memanggilnya; Wahai Musa. Tentunya panggilan
tersebut mendatangkan satu rasa hairan dalam hatinya, bagaimana suara tersebut
tahu namanya di samping itu dia tidak melihat sebarang kelibat manusiapun di
situ. Walau bagaimanapun Musa tidak melarikan diri apabila mendengar namanya
dipanggil, kerana dia tidak berbuat apa-apa kesalahan. Benarlah kata orang
tua-tua berani kerana benar tak payah takut kalau tidak bersalah.
إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ
الْمُقَدَّسِ طُوًى [٢٠:١٢]
Indeed, I am your Lord, so remove your sandals. Indeed, you are in
the sacred valley of Tuwa.
"Sesungguhnya Aku RABBmu!
Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
Suara tersebut bertambah jelas
didengar, rupanya itulah suara AlLah SWT yang memanggilnya untuk DIA sampaikan
titah & perintah-NYA. Perintah pertama dari RABB AlLah SWT ialah agar dia
membuka alas kakinya kerana dia sedang berada di tempat yang suci. Daripada
peristiwa inilah diambil pengajaran iaitu kita diminta membuka alas kaki
apabila berada di tempat yang digunakan untuk beribadat.
وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ [٢٠:١٣]
And I have chosen you, so listen to what is revealed [to you].
"Dan AKU telah memilihmu
menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
Titah & perintah AlLah SWT yang kedua ialah DIA telah memilih Musa
bin Imran ini sebagai salah seorang utusan-NYA. Setelah menerima perlantikan
tersebut Nabi Musa AS diminta mendengarkan pula wahyu yang bakal
diterjemahkannya & diajarkannya kepada manusia. Nabi Musa AS dipanggil
KalamulLah sebab dia dapat berhubung terus dengan AlLah SWT tanpa perantaraan
Jibril. Sedangkan para anbiya yang lain DIA gunakan Jibril AS untuk
menyampaikan wahyu dari-NYA. Mengikut catatan ada 3 orang nabi yang AlLah SWT
bercakap langsung dengannya iaitu;
1- Nabi AlLah
Adam AS
2- Nabi AlLah
Musa AS
3- Nabi Muhammad
SAW- sewaktu Isra’ & Mikraj
(walau bagaimanapun
AlLah SWT yang lebih mengetahui)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ
الصَّلَاةَ لِذِكْرِي [٢٠:١٤]
Indeed, I am Allah . There is no deity except Me, so worship Me and
establish prayer for My remembrance.
"Sesungguhnya AKU lah AlLah;
tiada ilah melainkan AKU; oleh itu, berabdilah kepada-KU, dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati-KU.
Titah & perintah
berikutnya ialah AlLah SWT memaklumkan bahawa DIA lah AlLah, tidak ada ilah
selain daripada-NYA. Tidak ada kuasa, tiada zat yang lain di bumi ini atau di
langit sana, atau dari dalam bumi ini, atau yang berada dalam jangkauan laut
yang berhak & patut disembah & dimohon segala bantuan serta pertolongan
selain dari AlLah SWT. Oleh sebab Maha Hebatnya DIA, maka AlLah SWT meminta
manusia agar hanya menjadi hamba abdi kepada-NYA sahaja. Dengan maksud
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah & berbahagi 24 jam sehari hanya kepada-NYA.
Seterusnya AlLah SWT meminta agar
manusia menjalinkan hubungan 2 hala dengannya iaitu dengan bersolat. Ya,
apabila kita bersolat sebenarnya kita sedang bercakap dengan AlLah SWT, kerana
DIA akan menjawab setiap patah kata yang diucapkan sewaktu kita bersolat. Lalu semakin
banyak rakaat kita bersolat, bermakna semakin banyaklah masa yang kita gunakan
untuk berinteraksi dengan-NYA. Tentunya tidak rugi sedikit pun untuk diri yang
gemar bersolat walaupun nama solat tersebut.
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ
بِمَا تَسْعَىٰ [٢٠:١٥]
Indeed, the Hour is coming - I almost conceal it - so that every
soul may be recompensed according to that for which it strives.
"Sesungguhnya hari kiamat
itu tetap akan datang - yang AKU sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya
tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
Titah & perintah AlLah SWT yang
berikutnya ialah tentang keberadaan & kedatangan Hari Qiyamat yang pasti. Tetapi
DIA sengaja menyembunyikan bilakah tarikh yang tepat terjadinya hari tersebut. Tidak
ada sebarang makhluk ini yang diberitahu-NYA bilakah hari tersebut, walaupun
kepada para nabi & rasul atau kepada para malaikat. Hanya DIA yang tahu. Di
negara kita Malaysia ada satu tarikh yang hanya diketahui oleh PM sahaja, tidak
diberitahunya kepada sesiapa walaupun kepada jemaah menterinya; iaitu tarikh
bilakah pilihanraya umum negara.
AlLah SWT merahsiakan bilakah Hari
Qiyamat tersebut ialah kerana DIA ingin membalas segala aksi manusia yang
dibuat secara sukarela. DIA tidak manu manusia berbuat sesuatu kerana terpaksa
& tiada pilihan. Boleh jadi kalau manusia tahu bilakah hari tersebut,
manusiapun berebut-rebut berbuat amal yang baik sebulan sebelum qiyamat, seminggu
sebelum qiyamat, dsb. Sedang DIA mahukan kita menjadi hamba-NYA secara fulltime.
Jadi kalaulah ada ramalan daripada mana-mana pihak tarikh qiyamat, itu
merupakan ramalan yang merapu & untuk menipu manusia yang kurang waras
akalnya.
فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَن لَّا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ
فَتَرْدَىٰ [٢٠:١٦]
So do not let one avert you from it who does not believe in it and
follows his desire, for you [then] would perish.
"Maka janganlah engkau
dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta
ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
AlLah SWT menyifatkan sesiapa sahaja yang tidak dapat
menerima akan datang adanya Hari Qiyamat itu sebagai manusia yang menurut hawa
nafsu yang dipandu setan and the gang. Oleh sebab itu, sebagai umat yang ada
nabi, sebagai umat yang ada agama, sebagai umat yang ada kitab, sebagai umat
yang ada AlLah SWT janganlah kita mengikut golongan yang tidak beriman dengan
Hari Qiyamat ini, walau apapun namanya; hindukah dia, budhakah dia, kritiankah
dia, nasionalismekah dia, demokrasikah dia, kerana tidak beriman dengan
keberadaan Hari Qiyamat itu akan menyebabkan kita akan menghuni nereka buat
selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment