About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Thursday, March 15, 2012

surah Maryam


Tazkirah Mingguan Rabu Malam Khamis Surah Maryam Ayat  51 - 53                                                    Masjid Abu Bakar, Kg Pintu Gerbang. 22 Rabiul Akhir 1433 – 15 Mac 2012

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَىٰ ۚ إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا [١٩:٥١]



وَنَادَيْنَاهُ مِن جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا [١٩:٥٢]



وَوَهَبْنَا لَهُ مِن رَّحْمَتِنَا أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا [١٩:٥٣]

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.

Dan KAMI telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan KAMI dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan KAMI.




Dan KAMI kurniakan kepadanya dari rahmat KAMI, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.

And mention in the Book, Moses. Indeed, he was chosen, and he was a messenger and a prophet.

And We called him from the side of the mount at [his] right and brought him near, confiding [to him].

And We gave him out of Our mercy his brother Aaron as a prophet.


وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مُوسَىٰ ۚ إِنَّهُ كَانَ مُخْلَصًا وَكَانَ رَسُولًا نَّبِيًّا [١٩:٥١]
And mention in the Book, Moses. Indeed, he was chosen, and he was a messenger and a prophet.

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.
      AlLah SWT meminta kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW agar  membaca, memperhatikan & mengambil perhatian terhadap sirah Nabi AlLah Musa AS & setelah itu sebarkan pula kisah tersebut kepad anak-anak cucu & zuriat keturunan.  Apa yang ditekankan oleh AlLah SWT terhadap Nabo Musa AS ini bukan bentuk fizikal badannya, tetapi yang perlu dipasak masuk ke dalam hati anak cucu ialah tentang keikhlasan Baginda Nabi Musa AS dalam menyebarkan dakwah Islam ini. antaranya Baginda AS diperintahkan untuk berdepan & mengajak Fir’aun yang juga ayah angkatnya, yang mengaku sebagaai tuhan negeri Mesir. Nabi Musa As dimita agar  dapat menyakinkan Fir’aun bahawa dia bukan tuhan yang mesti disembah oleh rakyat Mesir sebaliknya AlLah SWT itulah RABB.
      Kewajipan menyampaikan dakwah ini kerana Baginda  AS telah dipilih AlLah SWT sebagai salah seorang utusan-NYA. Mengikut riwayat para anbiya AlLah berjumlah 124 ribu  & Baginda Nabi Musa AS dipilih sebagai nabi & rasul. Apa pula beza antara nabi & rasul itu? Bezanya yang tepat hanyalah AlLah SWT yang Maha Mengetahui. Cuma boleh kita fahami daripada pelbagai sumber; beza nabi & rasul ini ada 2 perkara;
1- kawasan dakwah yang diperintahkan nabi lebih kecil lingkungannya jika nak dibandingkan dengan kawasan dakwah seorang rasul, samalah dengan kawasan dewan undangan negeri dengan kawasan parlimen.
2- para nabi meneruskan syariat yang dibawakan oleh para rasul yang terdahulu. Misalnya Nabi Yusna AS dia meneruskan syariat yang  terdapat dalam Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi AlLah Musa AS.





وَنَادَيْنَاهُ مِن جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا [١٩:٥٢]
And We called him from the side of the mount at [his] right and brought him near, confiding [to him].

Dan KAMI telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan KAMI dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan KAMI.
        Dalam ayat ini AlLah SWT memberitahukan kelebihan yang dikurniakan-NYA kepada Nabi Musa AS.  AlLah SWT memberikan penghormatan kepda Nabi Musa AS dapat berkomunikasi (bercakap-cakap, berdialog) langsung-NYA tanpa perantaraan malaikat.  Ya satu-satunya utusan-NYA yang dapat bercakap secara langsung dengannya hingga wafat ialah Nabi Musa AS. SubhanalLah.  Nabi Adam AS juga dapat bercakap langsung dengan AlLah SWT, tetapi semasa di syurga sahaja & Nabi Muhammad SAW pula diizinkan-NYA untuk bercakap & melihat-NYA pada Isra’ & Mikraj.
           AlLah SWT memberitahukan DIA memanggil Nabi Musa AS dari sebelah kanan, yang memberi maksud pada pandangan AlLah SWT anggota kanan lebih dimuliakan berbanding dengan anggota kiri. Lalu untuk melakukan perkara yang baik-baik, lakukanlah dengan anggota kanan, misalnya untuk makan, minum dsb. Sementara untuk melakukan perkara yang kurang manis lakukan dengan anggota kiri, misalnya untuk membasuh najis.
       Pada hari akhirat juga AlLah SWT menjelaskan manusia akan diberikan catatan amal mereka, lalu ada manusia yang menerima catatan tersebut dengan tangan kanan & mereka  pun berlari-lari untuk mendapatkan syurga. Ada banyak pula manusia yang menerima catatan amalnya dengan tangan kiri lalu mereka pun diheret ke neraka.




وَوَهَبْنَا لَهُ مِن رَّحْمَتِنَا أَخَاهُ هَارُونَ نَبِيًّا [١٩:٥٣]
And We gave him out of Our mercy his brother Aaron as a prophet

Dan KAMI kurniakan kepadanya dari rahmat KAMI, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.
            AlLah SWT menjelaskan antara rahmat yang diberikan-NYA kepada Nabi Musa AS ialah DIA  menerima permohonan Nabi Musa AS agar turut melantik abangnya Harun sebagai nabi juga. Nabi Musa AS bermohon kepada AlLah SWT agar melantik juga abangnya Harun sebagai nabi kerana Baginda AS menghadapi masalah pada lidahnya. Apa yang berlaku pada lidahnya? Diriwayatkan lidah Baginda AS keras & tidak fasih kerena semasa kecil Baginda AS memasukkan bara api ke dalam mulutnya. AlLah SWT yang lebih mengetahui.
         



Tazkirah Mingguan Rabu Malam Khamis Surah Maryam Ayat  41 - 50                                                    Masjid Abu Bakar, Kg Pintu Gerbang. 15 Rabiul Akhir 1433 – 8 Mac 2012

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ ۚ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا [١٩:٤١]
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنكَ شَيْئًا [١٩:٤٢]
يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا [١٩:٤٣]
يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا [١٩:٤٤]
يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا [١٩:٤٥]
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا [١٩:٤٦]



قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا [١٩:٤٧].



وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا [١٩:٤٨]



فَلَمَّا اعْتَزَلَهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا نَبِيًّا [١٩:٤٩]



وَوَهَبْنَا لَهُم مِّن رَّحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا [١٩:٥٠]


Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.

Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?

" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.

" Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah menderhaka kepada AlLah yang melimpah-limpah rahmat-NYA.

" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (AlLah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah  selainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi syaitan di dalam neraka".
(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarkanmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".




Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggal ayah; aku akan memohon kepada RABBku mengampuni dosamu; sesungguhnya IA sentiasa melimpahkan kemurahan ihsan-NYA kepadaku.



Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari AlLah; dan aku akan beribadat kepada RABBku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada RABBku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".




Maka apabila ia (Ibrahim) berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang kaumnya  sembah selain dari AlLah, KAMI kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya KAMI jadikan berpangkat Nabi.

Dan KAMI kurniakan kepada mereka dari rahmat KAMI, dan KAMI jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.

And mention in the Book [the story of] Abraham. Indeed, he was a man of truth and a prophet.

 [Mention] when he said to his father, "O my father, why do you worship that which does not hear and does not see and will not benefit you at all?

O my father, indeed there has come to me of knowledge that which has not come to you, so follow me; I will guide you to an even path.

O my father, do not worship Satan. Indeed Satan has ever been, to the Most Merciful, disobedient.

O my father, indeed I fear that there will touch you a punishment from the Most Merciful so you would be to Satan a companion [in Hellfire]."

 [His father] said, "Have you no desire for my gods, O Abraham? If you do not desist, I will surely stone you, so avoid me a prolonged time."

 [Abraham] said, "Peace will be upon you. I will ask forgiveness for you of my Lord. Indeed, He is ever gracious to me.

And I will leave you and those you invoke other than Allah and will invoke my Lord. I expect that I will not be in invocation to my Lord unhappy."

So when he had left them and those they worshipped other than Allah , We gave him Isaac and Jacob, and each [of them] We made a prophet.

And We gave them of Our mercy, and we made for them a reputation of high honor.



وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ ۚ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا [١٩:٤١]

And mention in the Book [the story of] Abraham. Indeed, he was a man of truth and a prophet.

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.
          AlLah SWT meminta kita membaca & menyebarkan kisah Nabi Ibrahim AS kepada umat manusia. Ya, siddiq atau benar merupakan sifat unggul yang ada pada semua para anbiya’ lalu AlLah SWT menakankan sifat tersebut & kita diminta meniru sifat benar itu dalam apa juga keadaan; sama ada suka atau duka. Nabi Ibrahim dikenali dengan jolokan ‘KhalillulLah” & kesemua para nabi & rasul yang diutus Allah SWT selepas Baginda AS terdiri daripada anak-anak cucunya, bermua dengan Nabi AlLah Ismail hinggalah ke Nabi AlLah Muhammad SAW. Nabi Ibrahim AS juga dikenali sebagai ‘Bapa Anbiya’.




إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنكَ شَيْئًا [١٩:٤٢]
[Mention] when he said to his father, "O my father, why do you worship that which does not hear and does not see and will not benefit you at all?

Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?
        AlLah SWT meminta kita menceritakan dialog yang berlaku antara Nabi Ibrahim AS dengan ayahnya, bernama Azar atauTarikh. AlLah SWT memberikan cubaan yang hebat kepada Baginda AS iaitu ayahnya sendiri sebagai pengusaha patung & berhala.  Pada suatu hati Nabi Ibrahim AS bertanyakan kenapa ayahnya menyembah patung atau berhala yang tidak dapat mendengar sebarang pengaduan, rintihan, jerit tangis, suka hilai, maki hamun itu? Di samping itu patung & berhala tersebut tidak dapat melihat apa-apa sama ada yang berada di sampingnya atau yang berada agak jauh darinya. Seterusnya Nabi Ibrahim AS menjelaskan bahawa patung itu tidak dapat menolong ayahnya walaupun dengan sedikit pertolongan. Sebab patung itu kaku.





يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا [١٩:٤٣]
O my father, indeed there has come to me of knowledge that which has not come to you, so follow me; I will guide you to an even path.

" Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.
       Nabi Ibrahim AS menjelaskan sesungguhnya dia telah dilantik menjadi nabi & AlLah SWT telah memberikan wahyu kepadanya & wahyu ini tidak diberikan kepada ayahnya(Tarikh /Azar). Dengan wahyu itulah Nabi Ibrahim AS akan memandu manusia yang ada ke jalan yang diredhai AlLah SWT iaitu Islam. 




يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا [١٩:٤٤]
O my father, do not worship Satan. Indeed Satan has ever been, to the Most Merciful, disobedient.

" Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah menderhaka kepada AlLah yang melimpah-limpah rahmat-NYA.
        Nabi Ibrahim AS terus memperingatkan ayahnya bahawa sebenarnya mereka menyembah setan, kerana setanlah yang berjaya menipu mereka sehingga manusia sanggup menyembah berhala. Ya dengan menyembah berhala sebetulnya manusia merendahkan tarafnya. Sepatutnya berhala & patung itu yang menyembah manusia, kerana manusia berjaya memindahkan bentuknya daripada seketul batu menjadi satu patung yang kira-kira ada anggota sama seperti manusia. Sepatutnya patung itu yang menyembah manusia sambil berkata ‘terima kasih boss dulu, kini, & selamanya kerana menukarkan bentuk saya dari kayu menjadi patung yang ada anggota seperti tuan, budi tuan akan saya kenang sampai qiyamat’
       Setan tidak boleh diikuti kerana setan telah menderhaka kepada perintah AlLah SWT lalu setan enggan sujud kepada Adam. Kenapa makhluk yang derhaka ini kita perlu ikut? SubhanalLah. 




يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا [١٩:٤٥]
O my father, indeed I fear that there will touch you a punishment from the Most Merciful so you would be to Satan a companion [in Hellfire]."

" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (AlLah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah  selainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi syaitan di dalam neraka".
        Dakwahnya diteruskan lagi dengan ancaman yang bakal diterima oleh para penderhaka iaitu azab berada dalam neraka. Nabi Ibrahim AS menjelaskan bahawa AlLah SWT akan meyiksa sesiapa sahaja tanpa mempedulikan status seseorang yang menyembah selain dari-NYA. Semua penyembah AlLah SWT dipanggil muslim, sementara agama yang ada di sisi-NYA & diturunkan untuk menjadi amalan manusia bernama Islam. Sesiapa yang menolak Islam sebagai cara hidupnya, di akhirat kelak akan dimasukkan ke neraka bersama setan kerana mereka bersahabat di dunia & bersahabat pula dalam neraka.  




قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا [١٩:٤٦]
 [His father] said, "Have you no desire for my gods, O Abraham? If you do not desist, I will surely stone you, so avoid me a prolonged time."

 (Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarkanmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".
        Hujah yang dikemukan oleh Nabi Ibrahim AS tidak dijawab dengan hujah oleh ayahnya, sebaliknya ayahnya mengugut Nabi Ibrahim AS pula dengan 2 ugutan. Begitulah resam pejuang kebatilan di sepanjang zaman sehinggalah dunia ini qiymat; apabila mereka tidak berdaya menjawab hujah dengan hujah mereka akan menggunakan kekerasan kuasa yang mereka miliki. Kemilau ugutan dijadikan modal untuk menghadapi pendokong dakwah oleh para pembela kebatilan di sepanjang zaman. Ugutan yang disuarakan oleh ayah Nabi Ibrahim AS ada 2 iaitu;
1- ugutan untuk menyakiti fizikal Nabi Ibrahim AS
2- menghalau Nabi Ibrahim AS dari tanah kelahirannya iaitu di Babilon (Iraq). Ya semua para anbiya ASW berhijrah termasuklah Nabi AlLah Ibrahim AS, antara tempat atau lokasi penghijrahan Baginda AS ialah ke Syam, ke Mesir, ke Mekah kemudian kembali ke Syam.




قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا [١٩:٤٧]
[Abraham] said, "Peace will be upon you. I will ask forgiveness for you of my Lord. Indeed, He is ever gracious to me.

Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada RABBku mengampuni dosamu; sesungguhnya IA sentiasa melimpahkan kemurahan ihsan-NYA kepadaku.
        Sebelum meninggalkan bumi Babilon dengan perintah AlLah SWT, bukan dengan sebab dihalau oleh kaumnya, Nabi AlLah Ibrahim AS memberitahu ayahnya, Tarikh/Azar suatu hal yang mengharukan iaitu walaupun Baginda AS diugut dengan pelbagai ugutan, Baginda AS tidak pernah menyimpan ugutan tersebut dalam hati, sebaliknya Baginda AS membalas segala tindakan jahat kaumnya itu yang diketuai oleh ayahnya dengan balasan yang terbaik iaitu Baginda AS akan memohon kepada AlLah SWT supaya DIA mengampuni dosa penentang ajarannya, kerana AlLah SWT itu sifat-NYA Maha Pengampun & Amat Melimpah kurnia-NYA kepada Baginda Nabi Ibrahim AS.




وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا [١٩:٤٨]
And I will leave you and those you invoke other than Allah and will invoke my Lord. I expect that I will not be in invocation to my Lord unhappy."

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari AlLah; dan aku akan beribadat kepada RABBku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada RABBku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
       NabiIbrahim AS menjelas bahawa dia akan meninggalkan bumi Babilon & berlepas diri daripada segala gejala syirik yang diamalkan oleh kaumnya di sana. Syirik yang diamalkan kaumnya pada masa itu ialah menyembah & meminta pertolongan dengan patung & berhala yang mereka buat sendiri dengan kepandaian ketukangan mereka. Baginda AS juga menjelaskan bahawa Baginda AS akan berabdi kepada Allah SWT dengan ikhlas seikhlas-ikhlasnya untuk menraih keredhaan-NYA bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia. Nabi Ibrahim AS penuh yakin segala peribadatan yang ikhlas kepada Allah SWT itu tidak akan menjadi sia-sia, iaitu ada ganjarannya dari sisi AlLah SWT yang berupa pahala-pahala yang berganda.




فَلَمَّا اعْتَزَلَهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا نَبِيًّا [١٩:٤٩]
So when he had left them and those they worshipped other than Allah , We gave him Isaac and Jacob, and each [of them] We made a prophet.

Maka apabila ia (Ibrahim) berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang kaumnya  sembah selain dari AlLah, KAMI kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya KAMI jadikan berpangkat Nabi.
        Setelah tiba masa & ketika yang diizinkan AlLah SWT, maka Nabi AlLah Ibrahim AS pun berhijrahlah keluar dari bumi Babilon menuju bumi Syam pula untuk mencari sasaran dakwah yang baharu pula. Walau bagaimanapun Nabi Ibrahim AS tidak lama berada di bumi Syam kerana Baginda AS diperintahkan AlLah SWT untuk berhijrah pula ke bumi Mesir. 
       Semasa berada di bumi Syam inilah Baginda AS telah berkahwin dengan Sarah. Lalu Baginda AS berasama isterinya Sarah berhijrah pula ke bumi Mesir, di sana Baginda AS diperintahkan untuk berkahwin dengan Hajar pula. Bersama Hajar Baginda AS diperintah ke Mekah & meninggalkan Hajar bersama bayi yang masih kecil Ismail untuk menjadi penghuni di Mekah sana, sementara Baginda AS diperintahkan AlLah SWT kembali ke bumi Syam bersama isterinya Sarah.   Semasa berada di bumi Syam inilah Baginda Nabi Ibrahim AS dikurniai anak yang bernama Ishak & daripada perkawhinan Ishak inilah AlLah SWT anugerahkan pula anak bernama Yaakub. Ya itulah rahmat & nikmat AlLah SWT kepada Nabi Ibrahim AS, anaknya Ishak & cucunya Yaakub semuanya dilantik menjadi nabi. Nabi Yaakub AS dikurniai AlLah SWT dengan 12 orang anak & kesemua para nabi kecuali Nabi Muhammad SAW (Baginda SAW keturunan Nabi Ismail AS-bapa saudara Nabi Yaakub AS) merupakan keturunan Nabi Yaakub AS yang juga digelar Israel. 





وَوَهَبْنَا لَهُم مِّن رَّحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا [١٩:٥٠]
And We gave them of Our mercy, and we made for them a reputation of high honor.

Dan KAMI kurniakan kepada mereka dari rahmat KAMI, dan KAMI jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.
        AlLah SWT telah menganugerahkan rahmat yang amat hebat kepada Nabi AlLah Ibrahim KhalilulLah AS & kepada Nabi Muhammad SAW. Rahnat yang tertinggi & terhebat ialah mereka berdua iaitu Nabi Muhammad SAW & Nabi Ibrahim AS menjadi sebutan pada setiap saat sehingga ke hari qiyamat. SubhanalLah. Manusia akan menyebut nama kedua-dua nabi tersebut, iaitu sewaktu mereka membaca tahiyyat dalam solat, sama solat fardhu, solat sunat, atau solat jenazah yang tidak ada rukuk & sujud. Tanpa menyebut nama kedua-dua anbiya itu solat seseorang itu dikira tidak sah. AlLahhuma solli ala Muhammad wa aalaa alihii Muhammad kamaa sollaita aalaa Ibrahim wa aalaa ali Ibrahiim...

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters