About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Monday, March 12, 2012

surah Haj ayat 5 - 10

Tafsir Surah al-Haj; Ayat 5 - 10
Kuliah Bulanan Setiap Minggu Kedua
Selasa Malam Rabu
Masjid ar-Rahman Mukim Kg Kor
Nilam Puri, Kota Bharu.
21 Rabiul Akhir 1433 – 14 Mac 2012

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ [٢٢:٥]
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٢٢:٦]
وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ [٢٢:٧]
وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ [٢٢:٨]
ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ [٢٢:٩]

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ [٢٢:١٠]
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya KAMI telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (KAMI jadikan secara yang demikian) kerana KAMI hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan KAMI pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang KAMI rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian KAMI mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada  antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila KAMI menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Yang Benar (yang berhak disembah), dan sesungguhnya DIA lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan DIA lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya AlLah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.

Dan ada antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan AlLah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab (rujukan) yang jelas;

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan AlLah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan KAMI akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;

(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya AlLah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-NYA".

O People, if you should be in doubt about the Resurrection, then [consider that] indeed, We created you from dust, then from a sperm-drop, then from a clinging clot, and then from a lump of flesh, formed and unformed - that We may show you. And We settle in the wombs whom We will for a specified term, then We bring you out as a child, and then [We develop you] that you may reach your [time of] maturity. And among you is he who is taken in [early] death, and among you is he who is returned to the most decrepit [old] age so that he knows, after [once having] knowledge, nothing. And you see the earth barren, but when We send down upon it rain, it quivers and swells and grows [something] of every beautiful kind.

That is because Allah is the Truth and because He gives life to the dead and because He is over all things competent

And [that they may know] that the Hour is coming - no doubt about it - and that Allah will resurrect those in the graves.

And of the people is he who disputes about Allah without knowledge or guidance or an enlightening book [from Him],

Twisting his neck [in arrogance] to mislead [people] from the way of Allah . For him in the world is disgrace, and We will make him taste on the Day of Resurrection the punishment of the Burning Fire [while it is said],

"That is for what your hands have put forth and because Allah is not ever unjust to [His] servants."

Sedikit Huraian

          AlLah SWT  sebagai  yang bertindak sebagai pencipta segala, Maha Tahu segala perkara & Maha Tahu kemampuan hamba-NYA. DIA juga Maha Tahu keupayaan tipu muslihat setan dalam mempengaruhi manusia.  Antara kelemahan manusia untuk faham ialah memahami konsep hidup semula selepas mati. Kelemahan inilah yang dimanipulasikan setan untuk mempedaya manusia daripada menyakini adanya hidup semula selepas mati. Para anbiya bertungkus lumus menyakinkan manusia bahawa AlLah SWT yang akan menghidupkan kita buat kali  keseterusnya. Dalam masa yang sama setan memusingkan isu hidup semula ini dengan memasukkan satu isu baru yang nampak macam lojik, iaitu setan masukkan dalam hati-hati manusia; kalau betul ada hidup semula tentulah orang yang sedang mati & yang sudah lama mati itu pasti hidup semula. Tapi sehingga ke hari ini manusia pertama yang hidup di dunia ini pun tidak hidup-hidup juga. Seterusnya setan berjaya menyakinkan sesetengah manusia dengan hujah kamu jangan percaya hidup semula ini sehinggalah ada orang kampung kita yang mati tu, hidup semula & balik ke rumahnya. Atau pergilah minta kepada manusia yang bercakap soal hidup semula tu, biar dia hidupkan seseorang dari dalam kubur, kalau itu berlaku barulah kita boleh percaya adanya hidup semula.
        Para anbiya memberitahu bahawa kita akan dihidupkan semula selepas dunia ini ditamatkan usianya iaitu pada Hari Qiyamat, bukannya sekarang ini. Untuk memudahkan manusia memahami fenomena hidup semula ini, AlLah SWT membawakan untuk manusia dengan 2 contoh yang cukup mudah untuk difahami iaitu;
1- sewaktu AlLah SWT menciptakan kita bermula dari dalam rahim bonda
2-AlLah SWT meminta kita melihat bagaimana DIA menghidupkan tumbuhan yang sudah mati. 
        AlLah SWT meminta kita agar berfikir bagaimana hebatnya DIA mencipta manusia yang pertama dahulu iaitu Adam dari gumpalan tanah tempat kita berpijak ini. Tetapi anak cucu Adam tidak lagi dijadikan daripada gumpalan tanah secara langsung sebaliknya  mereka dijadikan daripada air mani yang juga kejadian air mani itu pun berpunca daripada zat-zat tanah(makanan & minuman). Setelah benih lelaki bercampur dengan benih perempuan maka akan membentuk seketul darah proses ini berlaku dalam masa 40 hari. Setelah itu dalam masa 40 pula darah tadi akan bertukar menjadi seketul daging.
        Setelah itu ada sesetengah daripada kejadian itu tidak sempurna dengan maksud ada antara kandungan ibu itu menjadi gugur, & sebahagian besarnya AlLah SWT takdirkan untuk menjadi manusia. Yang akan dilahirkan sebagai manusia DIA akan tahan benih tersebut dalam kandungan ibu secara relatifnya antara 6 bulan hinggalah masa dilahirkan. Kemudian akan dilahirkan sebagai bayi, seterusnya dari peringkat bayi menjadi kanak-kanak, dari kanak-kanak menjadi remaja, menjadi dewasa, menjadi tua, & ada sebilangan kecil akan dilanjutkan usianya sehingga mereka menjadi nyayuk & tidak mengetahui & mengingati apa-apa yang telah dilaluinya sama ada semasa kanak-kanaknya, semasa remajanya, semasa mudanya, atau semasa tuanya. SubhanalLah.
        AlLah SWT juga meminta manusia melihat keadaan bumi yang telah mati akibat kemarau, bagaimana AlLah SWT hidupkan semula bumi itu dengan turunnya hujan dari awan. Apbila turunnya hujan, kita dapati bumi yang tadinya mati mulai menampakkan tunas hijaunya. Daripada hujan tersebut akan menumbuhkan pelbagai jenis tanaman & buah-buahan atau bunga-bungaan yang pelmacam warna & saiznya. SubhanlLah. Demikianlah misalan untuk dilihat, diperhati, & dimengerti oleh kita sebagai manusia yang diberi aqal oleh-NYA.
         
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَأَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٢٢:٦]
That is because Allah is the Truth and because He gives life to the dead and because He is over all things competent

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Yang Benar (yang berhak disembah), dan sesungguhnya DIA lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan DIA lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
          Demikianlah AlLah SWT  membawakan 2 kejadian yang selalu berlaku di hadapan mata semua manusia; iaitu kelahiran seseorang yang sebelum ini tidak ada atau dengan erti kata lain sebelum ini seseorang itu mati, lalu dihidupkan AlLah SWT dengan kudrat & iradat-NYA & AlLah SWT memperincikan tahap-tahap kejadian manusia dengan teliti & sempurna. Contoh yang kedua yang dibawa AlLah SWT ialah hidupnya bumi & tanaman yang mati selepas berlakunya kemarau yang berpanjangan. Dari itu AlLah SWT mendakwa hanya DIA yang mampu menghidupkan apa-apa sahaja yang dikehenaki-NYA & pada bila-bila sahaja yang dikehendaki-NYA, tanpa perlu meminta izin atau memberitahu terlebih dahulu kepada sesiapa. DIA juga akan mematikan semua makhluknya pada bila-bila masa yang disukai-NYA dengan cara yang dikehendaki-NYA. Kerana hanya DIA yang Maha Berkuasa 100%  & kuasanya mutlak! SubhanalLah.

وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ [٢٢:٧]

And [that they may know] that the Hour is coming - no doubt about it - and that Allah will resurrect those in the graves.

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya AlLah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
          DIA menegaskan berkali-kali dalam pelbagai surah yang ada termuat dalam al-Qur’an bahawa hari qiyamat pasti akan berlaku. Hanyasanya DIA tidak memberitahukan tarikh yang tepat bilakah hari tersebut. Hal itu tidak dapat disangkal lagi. Hari qiyamat ialah hari yang mana umur dunia ini berakhir atau dapat difahami hari qiyamat ialah hari kematian dunia ini. Oleh sebab dunia ini juga makhluk yang dicipta-NYA sama seperti manusia, haiwan, dsb, maka dunia ini juga akan mati sebagaimana manusia & haiwan. Oleh sebab dunia ini lebih besar daripada manusia maka umurnya pun lebih panjang daripada manusia.
        AlLah SWT menetapkan agenda & atur cara yang bakal berlaku pada hari qiyamat iaitu semua manusia akan dihidupkan daripada tempat mereka dimatikan  semasa berada di dunia dahulu. Semua makhluknya akan dihidupkan tanpa terkecuali; semuanya untuk satu tujuan iaitu  pembalasan segala aksi yang sempat dilakukan secara pilihan & sukarela. AlLah SWT akan bertindak sebagai hakim tunggal Yang Maha Adil, tanpa bias tanpa berpihak kepada mana-mana geng & golongan. Sesiapa yang berbuat sesuatu yang bercanggah dengan kehendak-NYA yang termuat dalam al-Qur’an pasti akan menerima balasan yang berupa siksa & menyakitkan, kerana semua pembalasan ini berlaku dalam api. Sesiapa yang berbuat sesuatu yang tepat dengan kehendak-NYA seperti termaktub dalam al-Qur’an pasti akan menerima ganjaran yang melayakkannya memasuki syurga. Sama ada berada dalam neraka atau menghuni syurga, kita tidak akan disentuh & dijemput oleh mati lagi, kerana pada hari itu mati sudah dimatikan oleh AlLah SWT . SubhanalLah.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ [٢٢:٨]
And of the people is he who disputes about Allah without knowledge or guidance or an enlightening book [from Him],

Dan ada antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan AlLah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab (rujukan) yang jelas;
          Banyak benar dalam kalangan manusia & jin semasa hidupnya di dunia meragui  kemahaperkasaan AlLah SWT, sedangkan kemahahebatan & kemahaperkasaan AlLah SWT jelas & nyata ada keterangannya dalam al-Qur’an & semua kitab atau suhuf yang diwahyukan-NYA kepada para anbiya. Keberadaan AlLah SWT boleh dibuktikan sama ada melalui akal yang sihat atau melalui nash yang nyata. Sementara manusia yang meragui kemahaperksaan AlLah SWT pula mereka tiada nash yang boleh diyakini, tiada hujah akal yang boleh dipegangi, mereka hanya dibodohkan setan yang sememangnya bodoh & tolol. Mereka tidak menggunakan akal mereka yang waras untuk berfikir secara rasional & relevan. Malah belum ada mana-mana buku yang terkarang hingga kini yang isinya menafikan kekuasaan AlLah SWT; sama ada buku itu ditulis oleh orang kafir, sama ada buku itu ditulis oleh orang komunis, sama ada buku itu ditulis oleh orang nasionalis, sama ada buku itu ditulis oleh orang demokrasi, sama ada buku itu ditulis oleh orang munafik, sama ada buku itu ditulis oleh orang mulhid, sama ada buku itu ditulis oleh orang musyrik, sama ada buku itu ditulis oleh pejuang-pejuang bangsa.

ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ [٢٢:٩]
Twisting his neck [in arrogance] to mislead [people] from the way of Allah . For him in the world is disgrace, and We will make him taste on the Day of Resurrection the punishment of the Burning Fire [while it is said],

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan AlLah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan KAMI akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
          AlLah memaklumkan manusia yang tidak percayakan hari qiyamat itu akan berpindah ke tempat-tempat lain jika ada majlis penerangan berhubung dengan hari qiyamat, bukan setakad itu sahaja malah mereka akan menyekat orang lain daripada mempercayai keberadaan hari qiyamat itu. Dengan makna bukan mereka sahaja  yang menolak kebenaran adanya hari qiyamat itu, malah mereka turut & akan cuba mempengaruhi orang lain agar menjadi sama seperi mereka iaitu kufurkan adanya hari yang dijanjikan AlLah SWT itu. Sementara itu AlLah SWT memberi jaminan-NYA iaitu sesiapa yang tidak berimankan kepada hari qiyamat, hidup mereka semasa di dunia ini berada dalam kehinaan & pada hari akhirat kelak AlLah SWT akan membakar mereka dengan api yang panasnya tidak dapt dikira lagi. Ya amat rugilah sesiapa yang tidak berimankan keberadaan hari qiyamat, di dunia hidupnya hina  & di akhirat masuk ke dalam api.

ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ [٢٢:١٠]

"That is for what your hands have put forth and because Allah is not ever unjust to [His] servants."

(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya AlLah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-NYA".
        Kehinaan yang ditimpakan kepada mereka di dunia & nereka yang dipaksakan kepada mereka di akhirat itu berpunca daripada usaha & kerja keras yang mereka buat semasa di dunia ini. AlLah SWT tidak pernah sekali-kali menzalimi  para manusia atau hamba-NYA yang lain, tetapi para hamba-NYA lah yang menzalimi diri sendiri. Tidak mengambil perhatian & tindakan terhadap apa yang diberitahukan, sebaliknya mengikut jejak langkah setan yang direjam.  Kehinaan semasa hidup di dunia & dimasukkan ke neraka di akhirat merupakan 2 azab yang sungguh jelek.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters