About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Saturday, March 17, 2012

SUrah Yasin ayat 41 - 44

Surah Yasiin 41-44
Tazkirah Bulanan
Sabtu Malam Ahad- Minggu Ketiga
Masjid Sulaiman Alor Jambu
25 Rabiul Akhir 1433 – 18 Mac 2012



وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١]



وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]



وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]



إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤]



Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.




Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -

Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.



And a sign for them is that We carried their forefathers in a laden ship.

And We created for them from the likes of it that which they ride.

And if We should will, We could drown them; then no one responding to a cry would there be for them, nor would they be saved

Except as a mercy from Us and provision for a time.


Sedikit huraian

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١]

And a sign for them is that We carried their forefathers in a laden ship.

Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
          Untuk menarik perhatian manusia untuk menyakini terhadap kekeuasaan-NYA, AlLah SWT meminta kita agar melihat kepada perjalanan kapal, feri, perahu, tongkang, yang bergerak di atas air, sama ada air masin; lautan atau air tawar; kolam, tasik, sungai. Air yang begitu lembik & lembut, kalau terjatuh satu batu yang kecil pun akan tenggelam, kalau terjatuh sehelai daun pun lambat laun akan tenggelam, tetapi dapat menampung kapal atau perahu yang sarat dengan muatan berjalan di atasnya secara terapung. SubhanalLah! Setakad hari ini hanya AlLah SWT yang berani DIA lah yang menampung atau menahan kenderaan yang berjalan di air daripada tenggelam.
            Dalam ayau ini AlLah SWT membawakan kisah pelayaran manusia yang pertama mengelilingi dunia pada masa itu, yang dikemudiakan oleh jurumudi pertama atau kapten kapal yang pertama di dunia iaitu Nabi AlLah Nuh AS. Ya itulah kapal yang pertama belayar membelah dunia, ya kapal yang memuatkan semua insan yang beriman tanpa mengira warna kulit, tanpa mengira status sosial, tanpa mengira darjat & kedudukan. Bukan hanya manusia yang dimuatkan bahkan juga binatang-binatang turut ditempatkan dalam bilik masing-masing.




وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]
And We created for them from the likes of it that which they ride.

Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
            AlLah SWT juga mengizinkan kepada manusia melalui ilmu yang dikurniakan-NYA untuk menusia mencipta pelbagai jenis kenderaan yang sama bagi kegunaan manusia memudahkan segala urusan & kerja buat mereka. AlLah SWT mengizinkan keberadaan kenderaan di darat seperti basikal, motosikal, kereta, van, lori, bas, mpv, dsb. DIA juga mengizinkan adanya kenderaan yang dapat terbang di udara seperti kapal terbang, jet, helikopter, roket, dsb. Semua jenis kenderaan yang dizinkan-NYA berada di maya itu, merupakan limpah kurnia & kemurahan-NYA kepada kita para hamba. Daripada kemudahan tersebut diharap manusia ini dapat menyatakan rasa keterhutangan budi kepada AlLah SWT seterusnya merangkan program untuk mengabdikan diri hanya kepada-NYA sahaja; dulu, kini, & selama-lamanya.




وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]

And if We should will, We could drown them; then no one responding to a cry would there be for them, nor would they be saved

Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
          Oleh sebab ketololan & keingkaran manusia terhadap kekuasaan-NYA, manusia lebih percaya kepada peraturan sebab & akibat, ada waktu-waktunya AlLah SWT tenggelamkan kapal yang dinaiki manusia. Walaupun kapal-kapal tersebut telah melalui proses yang ketat untuk menyaring tahap keselamatannya. Antaranya kapal Tetanic, Flor de Lama, Van Der Wich dll tenggelam dibaham lautan dalam. Tenggelamnya kapal-kapal ini tidak ada sesiapa yang dapat menolong & membantu. SubhanalLah. Penulis suka mencadangkan kepada sesiapa yang kurang yakin kepada kemahaperkasaan AlLah SWT, cubalah belayar sewaktu samudera bergelora dengan agak kuat. Insya-AlLah keyakinan kita kepada AlLah SWT semakin bertambah & bertambah.
            Penulis sendiri memiliki pengalaman belayar dalam gelora lautan ini & penulis bersyukur dengan pengalaman tersebut & merakamkan ucapan jazakalLahu khairan kathira kepada sahabat penulis Syamsul Azura yang membelikan tiket dua hala, pergi balik dari Pulau Pinang ke Langkawi. Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2004, sewaktu itu penulis & Syamsul Azura sama-sama mengajar di SMKA al-Mashoor(L), Pulau Pinang. Sekarang penulis dah ditukarkan ke Kelantan, sementara Syamsul dipinjamkan ke PPD Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
            Bermula menaiki feri di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang jam 8 pagi dengan cuaca yang amat cerah, alhamdullilLah. Setelah 45 minit pelayaran membelah laut Selat Melaka, cuaca yang cerah tiba-tiba bertukar menjadi gelap, angin mulai bertiup, ombak mulai bergelora, feripun mula dilambung oleh ketinggian ombak kemudian jatuh & berbunyi seolah-oleh satu objek jatuh ke atas papan dengan kuat. SubhanalLah. Semua penumpang feri muntah-muntah. Pada masa feri jatuh dari dilambung ombak itu, terlintas dalam fikiran penulis, apakah yang akan terjadi sekiranya jatuhan feri pada air itu, tiba-tiba air menjadi lembik macam jeli, SubhanalLah, tentu penulis & penumpang feri semua akan tengggelam di tengah lautan Selat Melaka. ‘Ya AlLah selamatkanlah kami. Kami sudah hilang segala daya atau upaya, Hanya KAU sahaja penolong kami’





إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤]

Except as a mercy from Us and provision for a time.

Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
          Maha Benar janji-MU Ya AlLah dengan rahmat & kasihan belas daripada-MU sahajalah penulis masih bernafas & dapat bersama-sama menyumbang sedikit dalam bentuk penulisan kepada khalayak.  Ya semua kapal yang belayar sama ada kapal yang berada di lautan atau kapal yang berada di udara, pelayarannya menjadi selamat menuju destinasi hanya dengan rahmat AlLah SWT sahaja. Tanpa rahmat tersebut segala kapal akan tenggelam.




4 comments:

  1. salam..tafsiran yg merupakan tulisan berwarna ungu kurang jelas dan menyakitkan mata..harap admin guna tulisan lain..supaya senang dibaca.tq

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam. Trajedi yang berlaku pada 'kehilangan' MAS MH370 dikaitkan dengan potongan ayat2 suci Al-quran ini. Subhanallah.

    ReplyDelete

Tetamu

free counters