Tazkirah Bulanan, Isnin Malam Selasa
Minggu Kedua, Masjid
as-Solehin, Kg Telok Kemunting,
Surah an-Najm, Ayat 33 – 42.
20 Rabiul Akhir 1433 – 13 Mac 2012
أَفَرَأَيْتَ الَّذِي تَوَلَّىٰ [٥٣:٣٣]
وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰ [٥٣:٣٤]
أَعِندَهُ عِلْمُ الْغَيْبِ فَهُوَ
يَرَىٰ [٥٣:٣٥]
أَمْ لَمْ يُنَبَّأْ بِمَا فِي صُحُفِ
مُوسَىٰ [٥٣:٣٦]
وَإِبْرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّىٰ [٥٣:٣٧]
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
[٥٣:٣٨]
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا
سَعَىٰ [٥٣:٣٩]
وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ [٥٣:٤٠]
ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ [٥٣:٤١]
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الْمُنتَهَىٰ [٥٣:٤٢]
Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang
yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
Dan setelah ia memberi sedikit
pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai
perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang
gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang
terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim
yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa
sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan)
bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan
diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan
balasan yang amat sempurna;
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum RABBmu
lah kesudahan (segala perkara);
Have you
seen the one who turned away
And gave a
little and [then] refrained?
Does he
have knowledge of the unseen, so he sees?
Or has he
not been informed of what was in the scriptures of Moses
And [of]
Abraham, who fulfilled [his obligations] -
That no
bearer of burdens will bear the burden of another
And that
there is not for man except that [good] for which he strives
And that
his effort is going to be seen -
Then he
will be recompensed for it with the fullest recompense
And that to
your Lord is the finality
أَفَرَأَيْتَ الَّذِي تَوَلَّىٰ [٥٣:٣٣]
Have you
seen the one who turned away
Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang
yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
AlLah SWT bertanyakan adakah kita melihat kelakuan orang
yang berpaling dari kebenaran. Mengikut asbanul nuzul ayat ini ialah mengenai
seseorang yang bernama al-Walid bin Mughirah iaitu ayah kepada penglima perang
yang hebat, yang digelar SaifulLah=Pedang AlLah SWT iaitu, Khalid bin al-Walid.
Al-Walid merupakan antara cendekiawan
quraisy yang terkenal. Dia dihantar oleh kaumnya untuk berdebat dengan
RasulLulLah SAW berhubung dengan ajaran yang didakwahkan Baginda SAW. Banyak sesi
perdebatannya dengan Baginda Nabi SAW, yang menyebabkan akhirnya pintu hati
al_walid terketuk untuk beriman dengan
Islam yang didakwahkan.
Apabila
sang quraisy mengetahui keadaan ini mereka beramai-ramai datang berjumpanya
& menghasut serta mengugutnya agar jangan memalukan nenek moyang mereka
kerana mengikut dakwah budak muda, sepatutnya anak muda yang ikut orang
tua-tua. Akhirnya apabila termakan pujukan tersebut al-Walid membatalkan
hasratnya untuk tunduk & patuh kepada ajaran Islam.
وَأَعْطَىٰ قَلِيلًا وَأَكْدَىٰ [٥٣:٣٤]
And gave a
little and [then] refrained?
Dan setelah ia memberi sedikit
pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
Oleh sebab al-Walid tak jadi menggabungkan dirinya dalam ajaran
Islam yang Maha Suci ini, geng-geng kuffar quraisy memberikan sedikit habuan
kepadanya. Dengan adanya upah & habuan ini menjadikan al-Walid sentiasa
menjauhkan dirinya dari majlis-majlis tazkirah yang disampaikan Baginda SAW. Dengan
erti kata lain al-Walid diupah dengan sejumlah upah tertentu agar dia tidak
mendengar al-Qur’an yang ditafsirkan oleh Nabi Muhammad SAW. Fenomena ini kan
berjalan berterusan sehingga qiamat kelak; iaitu akan wujud golongan-golongan
tertentu yang berwang akan menggunakan kewangannya untuk mengupah manusia agar
jangan datang ke masjid untuk mendengar tazkirah & seterusnya boleh
memahami ajaran Islam.
أَعِندَهُ عِلْمُ الْغَيْبِ فَهُوَ
يَرَىٰ [٥٣:٣٥]
Does he
have knowledge of the unseen, so he sees?
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai
perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang
gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
AlLah SWT bertanyakan adakah manusia itu mempunyai
pengetahuan tentang perkara yang ghaib seolah-olah mereka dapat melihatnya? Sehingga
mereka berasa tidak memerlukan bimbingan para anbiya? Lalu mereka berkeyakinan
bahawa mereka tidak akan disiksa kelak, kerana
mereka rapat dengan AlLah SWT? SubhanalLah. Maha Suci AlLah SWT. Sebenarnya
semua manusia terlalu jahil tentang perkara yang ghaib seperti dosa-pahala,
azab-nikmat dalam kubur, siksa neraka –
nikmat di syurga, kerana yang diberitahu
tentang perkara yang ghaib ini hanyalah para nabi & rasul ASW & segala
ajaran tentang perkara ghaib ini dimaktubkan AlLah SWT dalam kitab-kitab yang
diturunkan-NYA kepada para utusan. Untuk umat akhir zaman ini semua ilmu
tentang perkara yang ghaib itu termuat dalam al-Qur’an sahaja & kemudiannya ditafsir
secara terperinci oleh Nabi Muhammad SAW dalam sunnahnya.
أَمْ لَمْ يُنَبَّأْ بِمَا فِي صُحُفِ
مُوسَىٰ [٥٣:٣٦]
Or has he
not been informed of what was in the scriptures of Moses
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang
terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa –
AlLah SWT walaupun DIA sudah mengetahui sengaja DIA
bertanya dengan pertanyaan adakah kita sudah membaca & mengetahui apa yang
terkandung dalam kitab & suhuf yang diturunkan-NYA kepada Nabi Musa AS? Jawapnya
kita belum pernah melihat kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS,
kita juga tidak pernah melihat suhuf-suhuf Baginda AS. Kalau kitab Taurat & suhuf itu masih ada, belum tentu kita
boleh membacanya, mungkin kita tidak
mengenal huruf-huruf & angkanya. Kalau kita membacanya pun belum pasti kita
akan dapat memahaminya, kerana bahasa yang digunakan AlLah SWT untuk kitab Taurat & suhuf itu
bukan bahasa Melayu, bukan bahasa Arab, bukan bahasa inggeris!
وَإِبْرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّىٰ [٥٣:٣٧]
And [of]
Abraham, who fulfilled [his obligations] -
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim
yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
Sama seperti kitab Taurat & suhuf yang diturunkan kepada Nabi Musa AS, AlLah
SWT juga bertanyakan adakah kita mengetahui apa yang termuat kejap dalam suhuf
Ibrahum itu? Tentunya kita tidak pernah melihat suhuf-suhuf tersebut apa lagi
untuk membaca & memahaminya. Kalaulah kita mencarinya sekarang suhuf Nabi
Ibrahim AS ini, di manakah agaknya tempat yang boleh kita menjumpainya? Tidak ada
jaminan tempat mana kita boleh menemui suhuf Nabi Ibrahim AS atau suhuf Nabi
Musa AS, atau kitab Taurat itu kerana kitab & suhuf selain daripada al-Qur’an tidak ada jaminan dari AlLah SWT yang DIA
akan menjaganya! Hanya al-Qur’an satu-satunya kitab-NYA yang menerima jaminan
dari-NYA untuk dijaga-NYA sampai bila-bila.
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
[٥٣:٣٨]
That no
bearer of burdens will bear the burden of another
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa
sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
AlLah SWT memaklumkan antara kandungan ajaran yang termuat
dalam suhuf & kitab Taurat Nabi Musa
AS juga yang termuat dalam suhuf Nabi Ibrahim AS ialah dosa orang lain tidak
akan dapat dipikul oleh orang lain. Siapa yang berbuat dosa dialah yang akan
menanggungnya. Walaupun ada orang yang gatal mulut & berkata ‘silalah buat dosa tuan-puan semua, tak apa
suruh malaikat tulis dalam akaun saya dosa tuan-puan itu’. Pelaku dosa itu
tetap berdosa kerana melakukan dosa & dosa tersebut 100% ditanggung
pembuatnya sahaja.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا
سَعَىٰ [٥٣:٣٩]
And that
there is not for man except that [good] for which he strives
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan)
bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
Begitu
juga dalam suhuf Nabi Ibrahim, dalam Suhuf Nabi Musa serta dalam kitab Taurat
dimuatkan ajaran, seseorang tidak akan diberikan pahala orang lain tanpa usaha
daripadanya. Kita hanya dibalas mengikut apa yang kita usahakan secara pilihan
& sukarela sahaja. Kita tidak akan dapat pahala free daripada amalan orang
lain, kecuali kita berusaha melakukan sesuatu itu.
Daripada
pemahaman kepada ayat inilah dapat disimpulkan bahawa pahala bacaan al-Qur’an
yang dibacakan oleh orang hidup tidak sampai kepada si mati kecuali yang
dibacakan oleh anaknya yang soleh. Kerana anak menjadi soleh perlukan usaha
yang dilakukan oleh ayah & bondanya. Walaupun ada sesetengah pendapat
bahawa pahala bacaan al-Qur’an oarng yang hidup sampai kepada si mati dengan
syarat pembacanya tidak mengambil upah!
وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ [٥٣:٤٠]
And that
his effort is going to be seen -
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan
diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
AlLah
SWT menegaskan kepada manusia bahawa setiap apa yang kita usahakan semasa hidup
di dunia ini akan diperlihatkan satu persatu, sama ada perbuatan yang baik
ataupun perbuatan yang negatif. Bukan sekadar diperlihatkan tetapi DIA akan membalasnya berpandukan kepada apa
yang terkandung dalam al-Qur’an. Apa-apa yang kita lakukan berbetulan dengan
kehendak al-Qur’an, kita akan dapat balasan pahala , manakala mana-mana yang
kita lakukan tidak kena dengan kehendak al-Qur’an kita pasti akan mendapat
dosa.!
ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ [٥٣:٤١]
Then he
will be recompensed for it with the fullest recompense
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan
balasan yang amat sempurna;
AlLah
SWT memperjelas lagi bahawa setiap balasan yang dikenakan kepada manusia semuanya
tepat & sempurna, tidak ada sesuatu pun yang tercicir & terseleindung
dari balasan-NYA kerana setiap gerak & tindak kita setiap saat dirakam
& direkod oleh para malaikat yang
setia iaitu Raqiib & Atiiq. Setiap helaian buku amalan kita pasti dikira
& dinilai satu persatu. SubhanalLah.
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الْمُنتَهَىٰ [٥٣:٤٢]
And that to
your Lord is the finality
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum RABBmu
lah kesudahan (segala perkara);
Ya tidak sesiapa yang dapat menafi lagi bahawa, di akhirat
kelak kita bakal dihadapkan di hadapan AlLah SWT & kita dihukum mengikut
hukum-NYA sahaja, walaupun di sana masyarakatnya hypermajmuk; banyak yang kafir
& tak banyak mana yang Islamnya. Hukum Islam tetap berjalan. Oleh itu wahai
manusia usah berdolak dalik untuk menjalan hukum Islam dengan dalih masyarakat
malaysia penduduknya adapelbagai bangsa & anutan agama! Kerana hanya hukum
AlLah SWT yang Terbaik untuk makhluk yang dicipta-NYA. Kita berhak tidak
menjalankan hukum AlLah SWT jika kita tidak dicipta oleh ALLah SWT, selagi kita
dicipta-NYA, menghidu & menghirup oksigen-NYA 24 jam sehari tanpa henti;
kita wajib tunduk kepada hukum-NYA only!
No comments:
Post a Comment