About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Friday, March 9, 2012

surah anNajmi ayat 24 - 29

Tazkirah Mingguan Pagi Jumaat, Masjid as-Solehin, Kg Telok Kemunting,
Surah an-Najm, Ayat 24 – 28. 09 Rabiul Akhir 1433 – 02 Mac 2012

أَمْ لِلْإِنسَانِ مَا تَمَنَّىٰ [٥٣:٢٤]



فَلِلَّهِ الْآخِرَةُ وَالْأُولَىٰ [٥٣:٢٥]
 وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِن بَعْدِ أَن يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشَاءُ وَيَرْضَىٰ [٥٣:٢٦]



إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ لَيُسَمُّونَ الْمَلَائِكَةَ تَسْمِيَةَ الْأُنثَىٰ [٥٣:٢٧]



وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا [٥٣:٢٨]



فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا [٥٣:٢٩]
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).




Kerana AlLah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah AlLah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA dan diredhai-NYA.




Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,




Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).




Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.


Or is there for man whatever he wishes?

Rather, to Allah belongs the Hereafter and the first [life].

And how many angels there are in the heavens whose intercession will not avail at all except [only] after Allah has permitted [it] to whom He wills and approves.

Indeed, those who do not believe in the Hereafter name the angels female names,

And they have thereof no knowledge. They follow not except assumption, and indeed, assumption avails not against the truth at all.

So turn away from whoever turns his back on Our message and desires not except the worldly life.




أَمْ لِلْإِنسَانِ مَا تَمَنَّىٰ [٥٣:٢٤]  

Or is there for man whatever he wishes?

Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
          Antara uslub/pendekatan dakwah yang diajarkan AlLah SWT kepada hamba-NYA ialah; bersoal jawab. Ada antara soalan yang dikemukakan itu, DIA menyediakan jawapan & banyak juga soalan  yang DIA minta kita berfikir. Begitu juga dalam ayat ini, AlLah SWT bertanyakan kepada manusia, adakah segala apa yang dicita-cita atau dirancang oleh manusia itu akan tercapai tanpa campurtangan & keizinan-NYA? Ya, manusia bebas merancang & bebas mempunyai cita-citanya yang tersendiri, tetapi oleh sebab manusia ini terlampau lemah, dia tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dirancangnya tanpa keizinan AlLah SWT. Manusia boleh merancang esok dia ingin ke mana-mana, tetapi tak ada seorangpun manusia yang boleh & berani menjamin bahawa esok dia masih boleh menghirup udara, kerana esok macam-macam boleh berlaku, dia boleh diserang sakit, dia juga boleh dipanggil Izrael sebelum sempat dia bernafas kembali setelah nafas yang sedia ada dihembuskan.




فَلِلَّهِ الْآخِرَةُ وَالْأُولَىٰ [٥٣:٢٥]

Rather, to Allah belongs the Hereafter and the first [life].

Kerana AlLah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
          Segala urusan manusia sama ada kecil atau besar, semuanya akan dikembalikan kepada-NYA. Apa-apa sahaja yang diizinkan-NYA pasti berlaku dengan sesempurnanya. Sementara apa-apa yang tidak diizinkan-NYA tidak akan terjadi walaupun sudah diusahakan oleh semua penghuni langit & bumi ini. kalaulah semua urusan yang bakal berlaku di atas perut dunia ini pun perlukan keizinan-NYA bagaimana pula segala apa yang bakal berlaku di akhirat, yang mana manusia terlalu jahil tentang perjalanannya, lebih-lebih lagilah manusia jahil. Sedang manusia dipaksa mengambil bahagian pada Hari Qiyamat kelak dengan agenda yang sudah tersusun rapi. Untuk membimbing & memimpin urusan manusia di akhirat kelak DIA telah mengutuskan para nabi & rasul di samping dibekalkan-NYA juga dengan kitab-kitab atau suhuf-suhuf yang memuatkan segala titah & segala perintah.

 وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِن بَعْدِ أَن يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشَاءُ وَيَرْضَىٰ [٥٣:٢٦]
And how many angels there are in the heavens whose intercession will not avail at all except [only] after Allah has permitted [it] to whom He wills and approves.

(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah AlLah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA dan diredhai-NYA.
          Manusia yang tercipta lemah, saban masa memerlu & mengharapkan pertolongan untuk pengurus segala macam urusan hidupnya. Manusia tidal boleh bergerak solo! Misalnya untuk makan sahaja, manusia tidak mampu menyampaikan makanan ke mulut & ke perutnya tanpa bantuan & pertolongan orang lain. Untuk makan nasi sahaja, puluhan malah ratusan bantuan insan lain diperlukan. Kita perlukan orang yang menanam padi. Tidak banyak rakyat Malaysia yang sanggup turun ke sawah untuk menanam padi. Tidak semua penanam padi mempunyai sawah sendiri, ada antara mereka yang terpaksa menyewa tanah sawah.  Manusia juga memerlukan bantuan traktor atau lembu, kerbau untuk membajak sawah. Begitulah seterusnya sebelum padi boleh berubah menjadi beras & dari beras menjadi nasi.
        Keperluan kepada bantuan ini bertambah apabila berada di Padang Mahsyar. Di sana hanya seorang sahaja yang diizinkan-NYA untuk memberikan semua jenis pertolongan; manusia yang seorang itu bernama Muhammad bin AbdulLah SAW. Soalnya adakah semasa berada di dunia ini sebelum kita dimatikan, kita sudah menjalinkan hubungan dengan Baginda SAW ini? adakah Baginda SAW akan mengenali diri kita apabila bertemu dengannya kelak? Apa jaminan Baginda SAW pasti mengenali diri kita di celah-celah berbilion-bilion manusia yang ada? Untuk menjalinkan hubungan 2 hala dengan Baginda SAW, tidak sepayah mana cukup hanya kita berbuat 2 perkara sahaja;
1- memperbanyak selawat kepada Baginda SAW lebih-lebih lagi apabila tiba Hari Jumaat.
2- mengamal, menyebar, & mempertahankan sunnah (apa yang Baginda SAW pernah buat) walaupun terpaksa berpisah nyawa daripada badan. Misalnya bercakap benar, menegakkan sistem pemerintahan negara secara Islam, dsb.
        Ya, pada Hari Akhirat kelak, makhluk yang tak pernah berbuat dosa pun; para malaikat pun, AlLah SWT tidak mengizinkan untuk memberikan pertolongan, apa lagi manusia yang suka & gemar berbuat dosa ini.




إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ لَيُسَمُّونَ الْمَلَائِكَةَ تَسْمِيَةَ الْأُنثَىٰ [٥٣:٢٧]
Indeed, those who do not believe in the Hereafter name the angels female names,

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
          Sirah peradaban manusia merakamkan bahawa ada 3 jenis manusia yang kufurkan AlLah SWT, berani mendakwa AlLah SWT ada anak seperti mereka. Adapun golongan mereka ialah;
1- kelompok yahudi yang mendakwa Uzair anak AlLah SWT
2- kelompok nasoro yang mendakwa Isa bin Maryam anak AlLah
3- geng quraisy pula mendakwa malaikat anak perempuan AlLah




وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا [٥٣:٢٨]
And they have thereof no knowledge. They follow not except assumption, and indeed, assumption avails not against the truth at all.

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
          Dakwaan mereka bahawa AlLah SWT itu ada anak hanyalah imaginasi & khayalan mereka sahaja. Tidak ada nash yang dapat dipertanggungjawabkan sama ada hujah secara ilmiah, hujah secara fikiran, atau hujah yang ada dalam mana-mana kitab yang diturunkan AlLah SWT. Dalam dunia moden pada hari ini pun khayalan & imaginasi tidak boleh dijadikan bukti untuk sabitan sesuatu kes di mahkamah, apatah lagi untuk dijadikan hujah dalam beragama! Imaginasi ini hanyalah boleh dijadikan hujah dalam cereka-cereka atau dalam penglipurlara sahaja. Atau dengan erti kata lain hanya boleh dijadikan hujah dalam dogengan sahaja.




فَأَعْرِضْ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكْرِنَا وَلَمْ يُرِدْ إِلَّا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا [٥٣:٢٩]
So turn away from whoever turns his back on Our message and desires not except the worldly life.

Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran KAMI, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
          AlLah SWT mengarahkan rasul-NYA, Nabi Muhammad SAW agar jangan membuang masa untuk melayan karenah-karenah manusia yang suka berkhayal ini, sebaliknya memberi tumpuan seruan dakwah ini kepada manusia lain yang bersedia untuk mendengar & menerima kebenaran yang datangnya dari RABB. Kerana segala ajaran Islam ini bukan ditunjang & didasarkan kepada kepelbagaian khayal tetapi Islam ini merupakan titah & perintah AlLah SWT. Segala muatan titah & perintah AlLah SWT ini wajib diutamakan daripada segala, segala titah & perintah AlLah SWT wajib didahulukan walaupun terpaksa berkorban nyawa!

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters