About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Sunday, March 18, 2012

Surah A'raf Ayat 145- 149

Tafsir Surah al-A’raf ayat  145- 149,
Malam ini  26 Rabiul  Akhir 1433-  19 Mac  2012
Tazkirah Mingguan di Masjid Haji Sulaiman,
Kg Jembal, Bachok, Kelantan



وَكَتَبْنَا لَهُ فِي الْأَلْوَاحِ مِن كُلِّ شَيْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلًا لِّكُلِّ شَيْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا ۚ سَأُرِيكُمْ دَارَ الْفَاسِقِينَ [٧:١٤٥]



سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ [٧:١٤٦]
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ ۚ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [٧:١٤٧]
وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَىٰ مِن بَعْدِهِ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُ خُوَارٌ ۚ أَلَمْ يَرَوْا أَنَّهُ لَا يُكَلِّمُهُمْ وَلَا يَهْدِيهِمْ سَبِيلًا ۘ اتَّخَذُوهُ وَكَانُوا ظَالِمِينَ [٧:١٤٨]
وَلَمَّا سُقِطَ فِي أَيْدِيهِمْ وَرَأَوْا أَنَّهُمْ قَدْ ضَلُّوا قَالُوا لَئِن لَّمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ [٧:١٤٩]
Dan KAMI telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). AKU akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".

AKU akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-KU (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat KAMI dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat KAMI dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).

Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (AlLah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman".



Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika RABB kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi

And We wrote for him on the tablets [something] of all things - instruction and explanation for all things, [saying], "Take them with determination and order your people to take the best of it. I will show you the home of the defiantly disobedient."

I will turn away from My signs those who are arrogant upon the earth without right; and if they should see every sign, they will not believe in it. And if they see the way of consciousness, they will not adopt it as a way; but if they see the way of error, they will adopt it as a way. That is because they have denied Our signs and they were heedless of them.

Those who denied Our signs and the meeting of the Hereafter - their deeds have become worthless. Are they recompensed except for what they used to do?

And the people of Moses made, after [his departure], from their ornaments a calf - an image having a lowing sound. Did they not see that it could neither speak to them nor guide them to a way? They took it [for worship], and they were wrongdoers.

And when regret overcame them and they saw that they had gone astray, they said, "If our Lord does not have mercy upon us and forgive us, we will surely be among the losers."

Sedikit Huraian


وَكَتَبْنَا لَهُ فِي الْأَلْوَاحِ مِن كُلِّ شَيْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلًا لِّكُلِّ شَيْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا ۚ سَأُرِيكُمْ دَارَ الْفَاسِقِينَ [٧:١٤٥]

And We wrote for him on the tablets [something] of all things - instruction and explanation for all things, [saying], "Take them with determination and order your people to take the best of it. I will show you the home of the defiantly disobedient."

Dan KAMI telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). AKU akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".
       Al Lah SWT menjelaskan dalam ayat ini apakah yang terkandung dalam kitab Taurat, yang difirmakan-NYA kepada Nabi Musa AS.  Secara mudah untuk kita faham ialah, apa yang terkandung dalam kitab Taurat itu ialah cara hidup yang perlu diterjemahkan oleh Baginda Nabi Musa AS kepada umatnya Bani Israel agar diamalkan dalam kehidupan atau dengan erti kata lain dalam Taurat itu ada kehendak Allah SWT kepada para hamba-NYA.
        Sebelum AlLah SWT menyuruh Nabi Musa AS mengajarkan & meminta umatnya  beramal dengan kandungan kitab Taurat, AlLah SWT terlebih dahulu meminta Nabi AlLah Musa AS agar mempraktikkannya terlebih dahulu. Begitulah ajaran dalam Islam, agama AlLah SWT ini, para pendakwah terlebih dahulu perlu mengaplikasikan cara hidup Islam itu ke atas dirinya sebelum diajarkannya kepada orang lain, barulah tidak ada ungkapan cakap tak serupa bikin.
        Nabi AlLah Musa AS & kaumnya Bani Israel diminta oleh AlLah SWT agar mengamalkan ajaran yang terdapat dalam  Taurat itu dengan bersungguh-sungguh & jangan dibuat sambil lewa sahaja atau sekadar melepas batuk di tangga sahaja.  Secara mudah dapat kita faham ialah umat Nabi Musa AS diminta agar  beramal & menjalankan syariat AlLah SWT yang ada dalam Taurat sebagaimana kita umat Nabi Muhammad SAW pada hari ini diminta beramal & menjalankan segala titah perintah AlLah SWT yang termuat dalam al-Qur’an. Kerana Taurat & al-Qur’an datangnya dari AlLah SWT yang  sama, Cuma untuk umat yang  berbeza sahaja. Taurat hanya untuk bani Israel sementara al-Qur’an untuk kegunaan & menjadi rahmat kepada sekalian alam.




سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ [٧:١٤٦]

I will turn away from My signs those who are arrogant upon the earth without right; and if they should see every sign, they will not believe in it. And if they see the way of consciousness, they will not adopt it as a way; but if they see the way of error, they will adopt it as a way. That is because they have denied Our signs and they were heedless of them.

AKU akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat-KU (yang menunjukkan kekuasaan-KU); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat KAMI dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
        AlLah SWT dengan tegas memaklumkan bahawa DIA akan memaling hati manusia yang takabur & sombong daripada memahami kehendak agama Islam ini. Hal  ini  berlaku kerana DIA amat membenci manusia yang sombong & takabur. Manusia yang sombong & takabur ini ialah manusia yang tidak mahu mengiktiraf kekuasaan AlLah SWT. Mereka berasa ada lagi kuasa lain yang sama hebat atau lebih hebat berbanding dengan kekuasaan AlLah SWT. Lalu amat patutlah jika AlLah SWT amat membenci golongan yang seperti ini. bayangkan dia hidup 24 jam sehari meyedut udara yang dijadikan AlLah SWT , ya 24 jam sehari kita menerima nikmat yang disediakan AlLah SWT dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, apa yang sampai kepada kita semuanya adalah pemberian AlLah SWT. Dalam pada itupun masih banyak manusia yang tidak mahu berterima kasih & bersyukur kepada-NYA.
        Antara tanda seseorang manusia itu sudah terpaling hati & keyakinannya dengan kehendak agama ialah mereka tidak akan mengikut jalan yang dipandu oleh agama. Bila mendengar sesuatu  yang ada hubung kait dengan agama dirasanya berserabut sekali hatinya.  Tetapi apabila mereka mendengar seseuatu yang lainselain daripada peringatan agama, mereka cukup bergembira & senang hati.
        Kegemaran & keseronokan manusia apabila disuakan dengan cara hidup yang lain selain daripada cara hidup yang dipandu agama ialah berpunca daripada tidak berimannya mereka  atau tidak percayanya mereka terhadap kehebatan & kemahaperkasaan AlLah SWT. Mereka rasa AlLah SWT itu setaraf & lebih rendah tarafnya daripada mereka.   Mereka berasa mereka lebih pandai daripada AlLah SWT sebab mereka mungkin belajar hingga ke universiti & memiliki pelbagai gelaran kesarjanaan seperti doktor, profesor madya, profesor, profesor emaratus dsb sedang AlLah SWT tidak ada gelaran  yang sedemikian. SubhanalLah.

       




وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ ۚ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [٧:١٤٧]
Those who denied Our signs and the meeting of the Hereafter - their deeds have become worthless. Are they recompensed except for what they used to do?
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat KAMI dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).
        Sesiapa yang tidak percayakah dengan apa yang terkandung & termuat dalam al-Qur’an untuk mereka yang hidup selepas Nabi Muhammad SAW ini, yang mana sebahagian besar kandungan al-Qur’an itu menjelaskan tentang keberadaan Hari Akhirat & balasan yang bakal diterima oleh setiap manusia. Apabila seseorang itu tidak berminat untuk membaca al-Qur’an, apalagi untuk memahami maksudnya, lebih-lebih lagi untuk mengamal suruhan yang ada & menjauhi larangan yang diperintahkan, pasti mereka tidak  percayakan tentang adanya hari akhirat. Kerana hanya dalam al-Qur’an & sunnah Nabi SAW sahaja yang menerangkan tentang Hari Akhirat.  Antara sebab manusia tidak berminat untuk mempelajari al-Qur’an itu ialah mereka berasakan al-Qur’an sama sahaja dengan akhbar harian yang dijual di tepi-tepi jalan.
        Untuk mereka yang tidak percayakan al-Qur’an & keberadaan hari akhirat, segala amal baiknya jika ada tidak akan dibalas dengan pahala oleh AlLah SWT, walaupun kebaikan & kebajikan yang dibuatnya itu memenuhi langit & bumi. Sebaliknya amal jahat & negatif  yang mereka lakukan sahaja akan dibalas oleh AlLah SWT dengan menempatkan mereka ke dalam api neraka & mereka akan kekal hidup dalam neraka itu selama-lamanya, tidak akan mati lagi.



وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوسَىٰ مِن بَعْدِهِ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُ خُوَارٌ ۚ أَلَمْ يَرَوْا أَنَّهُ لَا يُكَلِّمُهُمْ وَلَا يَهْدِيهِمْ سَبِيلًا ۘ اتَّخَذُوهُ وَكَانُوا ظَالِمِينَ [٧:١٤٨]


And the people of Moses made, after [his departure], from their ornaments a calf - an image having a lowing sound. Did they not see that it could neither speak to them nor guide them to a way? They took it [for worship], and they were wrongdoers.
Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (AlLah berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman".
        SubhanalLah, tololnya umat Nabi Musa AS pada zaman silam.  Nabi Musa AS sudah memaklumkan dia akan pergi bermunajat dengan AlLah SWT di Bukit Tursina 40 hari & 40 malam. Tetapi kaumnya apabila Nabi Musa AS berada di Tursina selama 20 hari, mereka mendakwa sudah 40 hari & apabila Nabi Musa tidak kembali mereka mendakwa Baginda sudah wafat, & mereka berpakat untuk membina patung lembu yang dibuat daripada emas & perak yang mereka dapat daripada peninggalan Fir’aun.  Walaupun nabi Harun AS abang Nabi Musa AS melarang mereka berbuat demikian tetapi mereka hampir-hampir membunuh Nabi Harun AS, kerana mereka mempunyai bilangan yang ramai sedangkan Nabi Harun AS hanya ditemani  oleh beberapa pengikutnya yang setia sahaja.
        Pelik sungguh puak-puak ini, mereka bersusah payah membuat patung kemudian bersusah payah pula menyembahnya. Sepetutnya patung itu yang menyembah mereka sebagai ucapan terima kasih. Mengikut sirah umat bani Israel ini percaya kepada seorang manusia yang bernama Samiri, Samiri inilah yang berjaya memujuk & menghasut manusia agar membuat anak lembu  & kemudiannya menyembahnya.




وَلَمَّا سُقِطَ فِي أَيْدِيهِمْ وَرَأَوْا أَنَّهُمْ قَدْ ضَلُّوا قَالُوا لَئِن لَّمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ [٧:١٤٩]

And when regret overcame them and they saw that they had gone astray, they said, "If our Lord does not have mercy upon us and forgive us, we will surely be among the losers."
Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika RABB kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi
        lama-kelamaan  mereke menyembah lembu & pada masa yang sama juga dakwah daripada Nabi Musa & Nabi Harun AS bersama pengikut nya yang setia berterusan tanpa mengira masa,  mengajak mereka meninggalkan sembahan kepada lembu & kembali menyembah & meninta pertolongan hanya kep[ada AlLah SWT, akhirnya penyembah-penyembah lembu berasa perbuatan mereka menyembah patung & berhala yang mereka buat berupa lembu itu  sebagai satu perbuatan yang bodoh & sesat. Setelah mereka insaf mereka beramai-ramai memohon doa kepada Allah SWT, mengakui bebal dosa mereka & mengharapkan rahmat  serta kasih sayang AlLah SWT. & tentunya AlLah SWT bersedia pada bila-bila masa untuk mendengar & menerima taubat daripada para hamba. AlLah SWT tidak hairan jika kita terbuat dosa walaupun dosa tersebut memenuhi langit & bumi, tetapi DIA hairan jika kita enggan bertaubat. Kerana pintu taubat ALLah SWT itu lebih luas daripada langit & bumi. Lalu bertaubatlah jika kita terbuat salah & silap sebelum nyawa menghampiri halkum.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters