Tafsir Surah Hud 6 & 7
Tazkirah Bulanan Minggu Pertama
Hari Selasa Malam Rabu
Masjid Haji Jaafar, Kg Jejulok
13 Rabiul Akhir 1433 – 06 Mac 2012
وَمَا
مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ
مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ
مُّبِينٍ [١١:٦]
وَهُوَ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ
عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۗ وَلَئِن قُلْتَ
إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِن بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ [١١:٧]
Dan tiadalah sesuatupun dari
makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan AlLah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya
itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat
yang berkenaan).
Dan DIA lah yang menjadikan
langit dan bumi dalam masa, sedang "Arasy-NYA, berada di atas air. IA
menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi
sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan
dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar
akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata
(tipuannya)".
And there is no creature on earth but that upon Allah is its
provision, and He knows its place of dwelling and place of storage. All is in a
clear register.
And it is He who created the heavens and the earth in six days -
and His Throne had been upon water - that He might test you as to which of you
is best in deed. But if you say, "Indeed, you are resurrected after
death," those who disbelieve will surely say, "This is not but
obvious magic."
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ
مُّبِينٍ [١١:٦]
And there is no creature on earth but that upon Allah is its
provision, and He knows its place of dwelling and place of storage. All is in a
clear register.
Dan tiadalah sesuatupun dari
makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan AlLah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya
itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat
yang berkenaan).
AlLah SWT dengan tegas memberitahukan bahawa semua makhluk yang
dicipta-NYA itu, walau apapun namanya, walau apa pun statusnya, telah DIA
siapkan segala rezekinya masing-masing.
Manusiakah makhluk itu, atau binatangkah ciptaan-NYA itu, atau
tumbuh-tumbuhankah, batu-batuankah, anginkah, atau apa sahaja namanya, rezeki
untuk makhluk itu hidup sehingga ke saat akhirnya (mati) sudahpun disiapkah
AlLah SWT sebelum makhluk itu hidup lagi. Manusia
misalnya, sewaktu kita berada dalam rahim bonda lagi, iaitu setelah kita
berumur 120 hari sewaktu masih bernama
janim, AlLah SWT sudah menetapkan seluruh rezeki yang bakal kita nikmati
apabila kita dilahirkan nanti sehinggalah kita dimatikan. Lalu apa-apa sahaja
yang smpai kepada kita, itu sememangnya rezeki kita. Rezeki orang lain tidak
akan masuk ke dalam mulut kita walaupun setitik, begitu juga semua rezeki kita
tak akan masuk ke perut manusia lain walaupun setengah titik! Segala catatan
rezeki kita ini diamanahkan kepada Mikael AS untuk menguruskannya atau
menyampaikannya kepada kita. Lalu amat malanglah diri kita seandainya dalam
usaha untuk mencari rezeki yang memang sudah ditakdirkan untuk diri kita itu, kita sampai tak solat, kita
tak sempat untuk berpuasa dsbnya. Juga lebih malang lagi jika kita mengambil
rezeki kita itu dengan cara kita curi, kita rompak, kita ragut, sebab kita
curi, kita rompak, kita ragut harta kita sendiri.
Tidak susah & tidak sukar untuk
kita faham kenyataan AlLah SWT yang menanggung semua rezeki manusia, sebab
manusia boleh bertebaran di seluruh pelusuk alam untuk mencari sara hidup. Walaupun manusia boleh bekerja siang-malam,
pagi-petang, boleh buat overtime dsb, tetapi
jika di sana tidak ada rezeki yang diperuntukkan AlLah SWT kepadanya,
dia tetap tidak akan mendapatkannya. AlLah SWT menentukan rezeki untuk semua
hamba-NYA dengan kadar yang tidak sama, ada yang lebih & ada yang kurang.
Sebab itulah walaupun 2 orang mengusahakan kerjaya yang sama, di tempat yang
sama, pada jangkamasa yang relatifnya sama, tetapi kedua-dua mereka rezekinya tidak
sama, salah seorang dari mereka akan mendapat lebih sementara seorang yang lain
akan mendapat kurang sedikit.
AlLah SWT yang menanggung &
menyampaikan rezeki kepada semua makhluk yang dicipta-NYA. Ada haiwan yang tidak ada kaki, tak ada sayap
seperti lala, remis, etak, dsb berada dalam lumpur atau pasir, tetapi apabila
kita makan, kita tidak akan menemui lumpur atau selut atau pasir dalam
binatang-binatang tersebut. Siapakah yang memberinya rezeki & makanan jika
tidak AlLah SWT. SubhanalLah.
Bukan sekadar rezeki makhluk ini yang dijamin & ditanggung-NYA, bahkan
DIA mengetahui secara terperinci di manakah kediaman atau tempat tinggal
makhluknya itu & DIA juga sudah mengetahui di manakah tempat yang akan
menjadi lokasi kematiannya. Secara mudah
boleh difahami bahawa semua manusia akan dikembalikan (dimatikan) di mana tanah
yang digunakan AlLah SWT untuk menciptanya dahulu. Katakan seseorang itu
dijadikan oleh AlLah SWT dari tanah Mekah, maka dia akan dimatikan di bumi yang
penuh berkat itu. Tetapi perlu diingat dicipta dengan tanah yang berkat (tanah
Mekah) & dimatikan di bumi tempat kelahiran Nabi Akhir Zaman, tidak
menjamin seseorang itu akan mendapat rahmat selepas mati, lihat sahajalah Abu
Jahal & Abu Lahab walaupun dilahirkan di Mekah, adakah mereka berdua
mendapat rahmat AlLah SWT? Abu Lahab tu bapa saudara Nabi Muhammad SAW lagi,
adakah dia mendapat rahmat? Tidak! Bahkan dia dilaknat AlLah SWT kerana menjadi
orang pertama memperlekehkan ajaran Islam, sehingga ada surah Abi Lahab dalam
al-Qur’an untuk melaknatnya. Bezakan pula dengan Bilal bin Rabah, orang Afrika,
orang Negro, dia tetap mendapat rahmat, sehingga pada malam Mikraj sewaktu
Baginda SAW dibawa melawat syurga, Baginda SAW mendengar sepatut Bilal berbunyi
sewaktu dia berjalan dalm syurga! SubhanalLah. Ya, pada perkiraan AlLah SWT
bukan warna bangsa tetapi taqwa yang berada dalam dada & mendominasi segala
gerak & tindak. Keturunan Arab Quraisy pun tidak mulia tanpa taqwa; lihat
sahaja Abu Lahab tetapi Bilal walaupun hanya orang Afrika berketurunan Negro
dipandang & dinilai mulia di sisi AlLah SWT kerana dia bertaqwa, kerana
Bilal berusaha menjadikan dirinya sebagai salah seorang pengikut ajaran tauhid
yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۗ وَلَئِن قُلْتَ
إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِن بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ [١١:٧]
And it is He who created the heavens and the earth in six days - and
His Throne had been upon water - that He might test you as to which of you is
best in deed. But if you say, "Indeed, you are resurrected after
death," those who disbelieve will surely say, "This is not but
obvious magic."
Dan DIA lah yang menjadikan
langit dan bumi dalam enam masa, sedang "Arasy-NYA, berada di atas air. IA
menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi
sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan
dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar
akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata
(tipuannya)".
Hanya AlLah SWT sahaja setakad hari
ini yang menjadi pemberani & mendakwa DIA yang menciptakan 7 langit secara
berlapis-lapis & segala kehidupan
yang ada bersama –sama di setiap langit tersebut. DIA juga
mendakwa sebagai pencipta bumi yang nampak terhampar tetapi berbentuk
sfera ini. DIA yang mencipta 7 petala langit & bumi ini dengan reka bentuk
& reka cipta dari-NYA tanpa perlu meniru-niru dari mana-mana. DIA
menciptakan keduanya dari tidak ada kepada tersergam indah, hanya memakan
sedikit daripada masa sahaja. DIA mencipta dengan ESA-NYA. Kemudian AlLah SWT
memberitahu tentang Arasy-NYA daripada air. Tentunya bukan air seperti yang
kita faham dalam kehidupan kita seharian ini. air sebetulnya ada macam-macam,
itu hanya yang berada di dunia yang kelihatan & sampai kita fikirkan. Ada air laut, ada air salji, ada air embun,
ada air sungai, ada air mineral, ada air mani, ada air hujan, ada air peluh,
ada air kumuhan dsb. Air-air tersebut berbeza-beza fungsi, sifat, kegunaan,
molekulnya antara satu sama lain. Ya AlLah SWT menciptakan setiap sesuatu
berasal daripada air.
AlLah SWT menciptakan 7 petala langit
dengan segala keajaibannya, menciptakan bumi dengan segala keunikannya,
mencipta segala sesuatu bersumberkan air ada tujuannya. Tujuan primernya ialah
untuk menguji manusia semua, siapakah antara manusia yang paling baik
amalannya. Sifat yang terbaik yang perlu ada pada setiap manusia hanyalah 2
sahaja iaitu;
1- bersyukur
apabila dikurniai apa yang dihajati
2- bersabar
apabila datang musibah tanpa diduga & dipinta
Ya itulah 2
situasi yang kita kena hadapi setiap saat dalam kehidupan ini, ada waktunya
kita boleh dapat apa yang kita hajati, ada masanya pula kita dinafi daripada
menikmati apa yang kita hajati. Justeru sabar & syukur perlu dijemput untuk
merawat sebarang keberadaan situasi. Untuk itu Baginda Nabi Muhammad SAW telah
mengajarkan satu rangkaian doa untuk kita amali setiap hari dalam melayani
situasi iaitu;
‘Ya AlLah
jadikanlah aku hamba-MU yang mampu bersabar, Ya AlLah jadikanlah aku
hamba-MU yang bisa bersyukur, Ya AlLah jadikan
pada mataku, diriku kelihatan kecil & kerdil tetapi terlihat berkudrat
hebat pada mata & pandangan manusia’
Antara ajaran yang menjadi inti risalah para anbiya
ialah beriman kepada hidup selepas mati atau setiap manusia akan dibangkitkan
atau dihidupkan semula. Oleh sebab kepercayaan kepada fenomena hidup selepas
mati ini merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh lojik akal biasa, AlLah SWT
awal-awal lagi telah memberitahu bahawa, orang yang tidak beriman akan
menyatakan kehidupan selepas mati itu tidak ada, seperti sihir sahaja. Kenapa manusia
yang lemah & daif ini tidak mahu percaya kepada kehidupan selepas mati? Hal
ini disebabkan oleh tipu muslihat setan
yang berjaya membodohkan manusia dengan memutar belitkan ajaran para rasul
tentang beriman kepada hidup semula selepas mati. Para rasul menjelaskan AlLah SWT akan
menghidupkan manusia untuk kali keseterusnya setelah berlakunya kiamat. Tetapi setan
memutar belitkan ajaran & keyakinan hidup setelah mati tersebut dengan
soalan kalau betul manusia akan hidup semula, kenapa datuk nenek kita yang
sudah lama mati itu tidak hidup pun, kalau betul ada hidup semula tentunya
datuk nenak kita sudah hidup, atau cuba minta para nabi yang mendakwa ada hidup
selepas mati itu, hidupkan semula datuk nenak kita. Ya dakyah setan inilah yang
berjaya hidup & berakar dalam fikiran sesetengah manusia sama ada pada
zaman dahulu, atau manusia yang sedang hidup kini, atau manusia yang akan hidup
pada zaman yang akan datang. Manusia yang
tidak percayakan adanya kehidupan untuk kali yang keseterusnya inilah hari ini
menganut ajaran selain daripada Islam; sama ada bernama hindu, budha, kristian,
majusi, sinto, bahai, qadyani, nasionalisme, sekularisme, demokrasi, dan lain-lain
lagi.
No comments:
Post a Comment