Tazkirah
Mingguan- Jumaat Malam Sabtu-
08 Jamadil
Awal 1433 bersamaan 31 Mac 2012
Masjid Pak
Da Nor, Padang Embon, Pasir Mas
Surah
Ali-Imran Ayat 169 - 172
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [٣:١٦٩]
فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ
بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ [٣:١٧٠]
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [٣:١٧١]
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِن
بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ [٣:١٧٢]
Dan jangan
sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada
jalan AlLah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa)
di sisi RABB mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan
AlLah (balasan kerana mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan
mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang
(Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati
dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.
Mereka
bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnia-NYA; dan
(ingatlah), bahawa AlLah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
Iaitu
orang-orang yang menjunjung perintah AlLah dan Rasul-NYA (supaya keluar
menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di
medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka
dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
Sahih
International
And
never think of those who have been killed in the cause of Allah as dead.
Rather, they are alive with their Lord, receiving provision,
Rejoicing
in what Allah has bestowed upon them of His bounty, and they receive good
tidings about those [to be martyred] after them who have not yet joined them -
that there will be no fear concerning them, nor will they grieve.
They
receive good tidings of favor from Allah and bounty and [of the fact] that
Allah does not allow the reward of believers to be lost -
Those
[believers] who responded to Allah and the Messenger after injury had struck
them. For those who did good among them and feared Allah is a great reward –
Sedikit
Huraian
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [٣:١٦٩]
And
never think of those who have been killed in the cause of Allah as dead.
Rather, they are alive with their Lord, receiving provision,
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang
yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan AlLah itu mati, (mereka tidak
mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi RABB mereka dengan mendapat
rezeki;
Mati merupakan destinasi yang
pasti bagi setiap yang bernyawa & mati menjadi fardhu ain bagi setiap diri.
Kalau boleh manusia tidak mahu mati kerana kematian akan menyebabkannya meninggalkan
kekayaan yang dikumpulnya di dunia ini untuk diratah oleh orang lain. Justeru banyak
mati yang kalau diberi pilihan antara mahu hidup atau mati, yang pasti semua
manusia akan memilih untuk hidup.
AlLah SWT Yang Maha Tahu kemahuan &
keinginan manusia ini sebab DIA yang menciptakan, menawarkan satu peluang yang
amat istimewa, & tawaran ini terbuka untuk selama-lamanya; iaitu sebelum
dunia ini dikiamatkan. Ya tawaran yang amat istimewa dari-NYA & amat
lumayan hasilnya; iaitu hidup selama-lamanya di sisi-NYA & diberi rezeki
langsung oleh-NYA, iaitu dengan cara kita berjuang untuk mempertahankan
agama-NYA & kita terbunuh atau dibunuh kerana Islam!
Nah, siapakah yang sudi menerima tawaran
istimewa ini? tepuk dada tanya iman yang telah lama mewarna jiwa. Kita semua
mampu melakukannya. Ya yang pasti kita semua wajib mati & mati yang terbaik
ialah mati syahid (membela & mempertahankan Islam)
Setiap hari mungkin ada berpuluh-puluh,
beratus-ratus, beribu-ribu, mungkin berjuta-juta jiwa mati kerana pelbagai
acara, soalnya berapa peratuskah antaranya yang mati kerana Islam? Alangkah beruntungnya
jika kita mati kerana Islam. Pastilah amat rugi jika kita mahu kerana sebab
yang lain selain Islam.
Mati kerana mempertahankaan melayu rugi.
Mati kerana
mempertahankaan nasionalis, rugi.
Mati kerana
mempertahankaan demokrasi rugi.
Mati kerana
mempertahankaan bahasa rugi.
Mati kerana
mempertahankaan bangsa rugi.
Mati kerana
mempertahankaan kampung rugi.
Mati kerana
mempertahankaan budaya, rugi.
Mati kerana mempertahankaan
selain daripada Islam merupakan kematian yang merugikan, dulu, kin, & selama-lamanya.
Itu pasti.
فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ
بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ [٣:١٧٠]
Rejoicing
in what Allah has bestowed upon them of His bounty, and they receive good
tidings about those [to be martyred] after them who have not yet joined them -
that there will be no fear concerning them, nor will they grieve.
(Dan juga) mereka bersukacita dengan
kurniaan AlLah (balasan kerana mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada
mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya)
orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang
belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.
Sesiapa sahaja yang wafat kerana mempertahankan
agama Allah (ISLAM only), setiap saat akan bergembira dengan segala macam
bentuk limpah & kurnia AlLah SWT kepadanya yang tidak pernah putus-putus. Antara
kurnia AlLah SWT kepada sesiapa yang mati kerana mempertahankan Islam (mati syahid) antaranya ;
-
Diampunkan semua dosanya yang
telah lalu apabila tumpahnya percikan darahnya yang pertama
-
Dia tidak akan dikenakan sebarang azab kubur-
-
Dia akan melintas Titian Siraq
secepat kilat
-
70 jelitawan daripada jenis bidadari
sedang setia menanti kedatangnya
Orang yang syahid juga diperlihatkan
berita-berita dari dunia secara langsung iaitu berhubung berita tentang saudara
& sahabat mereka yang juga sedang
berjuang mempertahankan Islam, mereka tidak keberatan pada setiap masa mendoakan agar sahabat &
saudara mereka yang masih hidup juga dikurniakan anugerah syahid
sebagaimana mereka.
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [٣:١٧١]
They
receive good tidings of favor from Allah and bounty and [of the fact] that
Allah does not allow the reward of believers to be lost -
Mereka bergembira dengan balasan nikmat
dari Allah dan limpah kurnia-NYA; dan (ingatlah), bahawa AlLah tidak
menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.
Ya, mereka saban masa
bergembira dengan pelbagai nikmat kurniaan langsung dari AlLah SWT & juga
segala kelebihan lain yang disediakan Allah SWT. Sesungguhnya AlLah SWT tidak
ada kepentingan untuk menghilangkan & menghapuskan pahala daripada orang-orang
yang beriman.. SubhanalLah.
الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِن
بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ [٣:١٧٢]
Those
[believers] who responded to Allah and the Messenger after injury had struck
them. For those who did good among them and feared Allah is a great reward -
Iaitu orang-orang yang menjunjung
perintah AlLah dan Rasul-NYA (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh),
sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk
orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan
yang amat besar.
Mereka merupakan orang-orang yang menjunjung segala titah
& perintah AlLah SWT serta menjunjung segala pedoman yang ditunjukkan
oleh Nabi Muhammad SAW. Ya mereka tercedera dalam peperangan & mendapat
luka-luka, tapi kecederaan itu tidak pernah menyurutkan keyakinan mereka kepada
janji AlLah SWT.
Bagi sesiapa yang bertaqwa &
melaksanakan segala amal yang baik-baik, AlLah SWT telah menyediakan untuk
mereka pahala yang tidak terhingga banyak & besarnya.
No comments:
Post a Comment