About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Friday, January 20, 2012

ayat 11-21 surah at-Thuur


Tazkirah Subuh Berkala Pagi Sabtu    
27 Safar 1433 - 21 Jan 2012                                                                                                                  Masjid as-Solehin Kg Telok Kemunting, Bachok, Kelantan
Tafsir Surah at-Thur ayat 11-21

11. neraka Waillah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan
12. Iaitu orang-orang leka bermain-main dalam kesesatan.
13. Pada hari mereka ditolak ke dalam Jahannam dengan  sekasar-kasarnya,
14. (dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
15. "sihirkah ini?, atau adakah kamu tidak nampak?
16. "Rasalah bakarannya; sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu  dibalas  dengan apa yang kamu telah kerjakan".
17. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan  dalam taman syurga & nikmat.
18. Mereka bersenang & bersukaria dengan kurniaan RABB & mereka  dipelihara & dibebaskan dari azab neraka.
19. (dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
20. Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan KAMU jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya.
21. Dan orang-orang yang beriman  diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, KAMI hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan KAMI tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
22. Dan (penduduk syurga itu) KAMI tambahi mereka, dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.




Antara 2 Darjat; Neraka & Syurga; Mana Satu Pilihan Kita



11. neraka Waillah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan
        AlLah SWT menjanjikan neraka kepada sesiapa sahaja yang tidak mempercayai Hari Akhirat; tanpa mengira siapa status sosial manusia tersebut & berbangsa apakah dia. Perdana Menteri takl percayakan akhirat AlLah SWT akan hadiahkan neraka padanya. Orang Arab keturunan Nabi Muhammad SAW yang tak percaya hari Akhirat, AlLah SWT akan masukkan mereka ke dalam neraka. AlLah SWT akan memasukkan manusia ke neraka apabila kita berbuat sesuatu yang tidak disukai & diperintahkan-NYA. DIA tidak akan memasukkan manusia ke neraka berpandukan permohonan manusia.


12. Iaitu orang-orang leka bermain-main dalam kesesatan.
        AlLah SWT menjelaskan sifat manusia yang tidak mempercayai Hari Akhirat itu mereka selalu melakukan perkara yang sesat; iaitu perkara yang bercanggah dengan kehendak-NYA. Misalnya ALLah SWT mengharamkan judi, mereka berhempas pulas memberi lesan agar manusia dapat berjudi dengan selesa tanpa dikacau penguatkuasa. Permainan yang seumpama ini diibaratkan AlLah mereka bermain-main dalam kesesatan. Misalan yang lain; AlLah SWT mewajibkan mereka melaksanakan hudud jika memerintah, mereka ambil hukum & peraturan ciptaan sesama mereka, manusia.

 
13. Pada hari mereka ditolak ke dalam Jahannam dengan  sekasar-kasarnya,
        Untuk mereka yang suka bermain-main dengan kesesatan & bermain-main dalam kesesatan ini, AlLah SWT akan memerintahkan para malaikat untuk menolak mereka ke neraka dengan tolakan yang paling kasar. Itu sebagai balasan ketololan mereka yang sedia tolol.


14. (dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
       Oleh mereka yang tidak mahu kepada Islam secara tuntas & menyeluruh ini, disebabkan mereka kurang percaya kepada adanya neraka. Mereka tak percaya jika mereka berjudi mereka akan masuk neraka, mereka tak pecaya jika mereka tolok hudud mereka akan dimasukkan ke neraka, jadi pada hari mereka akan dimasukkan ke neraka, penjaga neraka Malik Zabaniyah akan menempelak merekla dengan katanya; inilah nereka yang kamu tidak percaya itu. Sekarang ada di depan mata kamu.


15. "sihirkah ini?, atau adakah kamu tidak nampak?
        Malaikat Zabaniyah juga akan bertanya, adakah kamu nampak neraka ini seperti kamu melihat permainan silap mata? Pertnyaan yang sebegini akan menambahkan sakit hati & tekanan perasaan kepada yang bakal masuk neraka. Lalu sebelum kita sampai ke tahap & saat yang diceritakan Allah SWT, jom kita baiki di mana kesilapan yang pernah kita lakukan. Mari kita betulkan segala hala & tuju hidup ini sesuai dengan kehendak AlLah SWT agar kita tidak menyesal pada hari yang tidak memberi guna lagi penyesalan.




16. "Rasalah bakarannya; sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu  dibalas  dengan apa yang kamu telah kerjakan".
       Setelah dimasukkan ke neraka mereka terus dipersendakan, nikmatilah bakaran neraka tersebut. Sama ada kamu bersabar berada dalam neraka atau kamu menggelepar, melolong menjerit untuk minta tolong; semua itu tidak akan mengubah keadaan. Semua itu tidak akan mengubah lamanya masa kamu di sana. Kerana balasan neraka itu diperoleh apabila sesorang itu gemar melanggar perintah AlLah SWT.


17. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan  dalam taman syurga & nikmat.
        Setelah AlLah SWT memperihalkan keadaan & sifat manusia yang layak ke neraka, DIA juga memperincikan sifat manusia yang layak ke syurga-NYA. Penjelasan ini untuk menjadi pilihan kepada manusia mana satu idamannya. AlLah SWT tidak berhajat untuk memaksa manusia ke syurga walaupun syurgalah yang terbaik untuk mereka. Begitu juga DIA tidak sesekali menyekat manusia jika itu pilihan hati manusia. Lalu tepuk dada tanya iman.
        Untuk mereka yang mendengar kata-NYA, segala titah & perintah AlLah SWT dijalani dengan redha; yang disuruh-NYA segera dikerjakan semampu yang ada, sementara yang dilarang-NYA ditinggalkan secara total, AlLah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga & ke dalam nikmat.

18. Mereka bersenang & bersukaria dengan kurniaan RABB & mereka  dipelihara & dibebaskan dari azab neraka.
        Dalam syurga mereka diizinkan untuk bergembira setiap  masa, tiada lagi yang diharamkan di sana. Semuanya halalan thoyyiban. Mereka diizinkan makan sebanyak mana yang mereka suka & mereka makan tanpa rasa kenyang, kerana makan di syurga bukan untuk mendapatkan kenyang tapi makan di sana untuk seronok-seronok. Kerana syurga itu tempat untuk seronok-seronok sahaja. Jaminan AlLah SWT, mereka tidak akan dimasukkan ke neraka, kerana mereka kekal di syurga.

 
19. (dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
        AlLah SWT menegaskan kelayakan untuk memasuki syurga itu mestilah beramal soleh. Bila kita beramal dengan amalan yang soleh semasa di dunia, kita berhak dipertimbangkan untuk ke syurga. Sama ada amal soleh yang kita lakukan itu  cukup atau tidak untuk melayakkan kita ke syurga, itu soal lain. Yang penting kita memiliki syarat untuk ke sana. Bila kita ada syarat & tidak mencukupi barulah kita boleh melalui proses rayuan. Rayuan di sini terjadi dengan syafaat Baginda Nabi Muhammad SAW. Seandainya kita tidak mempunyai sebarang syarat yang melayakkan kita ke syurga, adalah terlalu mustahil untuk kita melalui proses rayuan.



20. Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan KAMU jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya.
       Di mereka akan berbaring di atas pelamin yang disediakan dengan maksud apabila di syurga kita menjadi pengantin baru sepanjang masa. Dengan erti kata lain di syurga kita akan berbulan madu sahaja setiap hari. Alangkah enaknya. Di samping berbulan madu dengan isteri kita yang ada di dunia ini, jika mereka beramal soleh & layak ke sana, kita akan dikahwinkan dengan anak-anak bidadari yang bermata jelita, putih mulusnya usah dikira tidak ada bandingannya di dunia. Dalam hadis diceritakan bagaimana kita akan menghabiskan masa selama 40 tahun untuk baring & menikmati keenakan & keseronokan. subhanalLah.  


21. Dan orang-orang yang beriman  diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, KAMI hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan KAMI tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya
                 Untuk menambahkan perisa & zat keseronokan di syurga orang-orang yang beriman diizinkan & ditempatkan  bersama dengan ayah-ayah mereka, ibu-ibu mereka, isteri-isteri mereka, anak-anak mereka, cucu-cucu mereka dsbnya dalam satu syurga membentuk koloni sebagaimana yang ada di atas dunia ini. seandainya ada amalan ahli keluarganya yang kurang, AlLah SWT akan mencukupkannya amalan ahli keluarga yang kurang itu dengan amalan soleh yang dilakukan oleh ketua keluarga masing-masing. Iaitu kekurangan amalan soleh anak-anak akan ditampung oleh amalan soleh ayah-ayah mereka. Oleh sebab itu sebagai ketua keluarga, kita perlu melakukan amal soleh melebihi daripada amal soleh yang dilakukan oleh anak-anak.


 
22. Dan (penduduk syurga itu) KAMI tambahi mereka, dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
        Dalam syurga AlLah SWT akan menambahkan nikmat-NYA kepada penghuni-penghuni syurga setiap hari. Bermaksud nikmat yang dirasi hari ini lebih hebat daripada nikmat yang dirasai semalam, nikmat yang bakal dirasai esok lebih hebat daripada nikmat yang dirasai pada hari ini. sama ada nikmat itu terdiri daripada buah-buahan segar syurga ataupun pelbagai jenis daging segarnya. Selain itu juga mereka akan diberikan tambahan nikmat mengikut apa & bila yang mereka ingini. subhanalLah.
A

No comments:

Post a Comment

Tetamu

Blog Archive

free counters