Minggu Pertama Sabtu Malam Ahad
14 Safar 1433 - 08 jan 2012
Masjid Pohon Tal, Kubang Mas, Tumpat
Surah Taa' Haa Ayat 1-8
1.
Taa' Haa.
2.
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau
menanggung kesusahan.
3. Melainkan
untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
4. Diturunkan
/ datngnya dari pencipta bumi dan langit yang tinggi.
5.
Iaitu Ar-Rahman, yang bersemayam di atas
Arasy.
6. Bagi-NYA
apa yang di langit dan yang di dalam bumi serta yang ada di antara keduanya dan
juga yang ada di bawah tanah.
7.
Dan jika engkau menyaringkan suara untuk berdoa permohonanmu, sesungguhnya Allah
mengetahui Segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
8.
Allah! tiada ILLAH yang layak disembah melainkan DIA, bagi-NYA segala nama yang
baik.
Fungsi & Tujuan Penurunan al-Qur’an
1. Thaa' Haa.
AlLah SWT memulakan surah Thaahaa dengan
dua huruf hijaiyah iaitu thaa & haa. Kebanyakan muffasirin tidak
menafsirkan maksudnya kerana hanya AlLah SWT yang Maha Mengetahui.
2. KAMI tidak menurunkan
Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau
menanggung kesusahan.
Sepertimana dalam surah-surah lain yang
menggunakan huruf sebegini, surah ini juga demikian; iaitu AlLah SWT akan
memuatkan sanjungan & kehebatan al-Qur’an. Dalam awal surah ini AlLah SWT
menegaskan bahawa tidak sekali-kali DIA kirimkan al-Qur’an untuk kita sebagai
beban & meerupakan sesuatu yang menyusahkan. Kesemua ayat al-Qur’an yang
diperkirakan ada 6236 itu, tidak ada satu atau setengah pun yang akan menyusahkan
manusia. Sama ada ayat yang ada dalam al-Qur’an itu yang berupa suruhan ataupun
ayat yang berupa larangan.
Kesemua
ayat al-Qur’an itu; yang bersifat suruhan semuanya kita mampu laksanakan.
Misalnya AlLah SWT menyuruh kita solat. Semua manusia mampu melakukannya sama
ada kanak-kanak, remaja, pemuda, atau golongan veteran. Konsep mampu buat semua
suruhan AlLah SWT ini kerana adalah keringanan semasa melaksanakannya. Apabila
kita tak mampu untuk berdiri menunaikan solat, kita boleh bersolat sambil duduk,
tak mampu solat sambil duduk kita boleh solat sambil baring, begitulah
seterusnya. Sebetulnya kita boleh meninggalkan solat apabila jantung kita
berhenti berdenyut, malah kita boleh jemput sesiapa pula untuk menyolatkan
kita.
Begitu
pula kesemua ayat al-Qur’an yang berupa larangan & tegahan, kita mampu
menjauhkan diri daripada melakukannya. Misalnya AlLah SWT mengharamkan kita
berjudi. Sebenarnya meninggalkan larangan AlLah SWT itu lebih mudah daripada
untuk melanggar larangan-NYA.
3. Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang-orang
yang takut melanggar perintah Allah
Seterusnya AlLah SWT memperincikan lagi
tujuan penurunan al-Qur’an kepada manusia & jin. Tujuannya hanya tidak lain
& tidak bukan hanya satu; sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang
takut untuk melanggar perintah AlLah SWT. Antara ingatan yang kerap & acap
diutarakan oleh al-Qur’an ialah tentang adanya pengadilan AlLah SWT di akhirat.
Sesiapa yang berbuat sesuatu semasa hidupnya bercanggah dengan kehendak
al-Qur’an, akan dicatatkan untuknya dosa, & di akhirat kelak dia bakal
kekal sebagai penghuni neraka. Jadi peringatan ini cukup berguna kepada mereka
yang mematuhi titah & perintah AlLah SWT.
Hal ini
berbeza dengan apa yang kita alami semasa menjalani agenda kehidupan setelah
dipinjami nyawa. Kita berada di sebuah negara & negara yang kita huni tentu
ada peraturan-peratuannya. Tetapi jika kita tetap setia menjadi warganegara
yang menuruti semua peraturan yang ada, tidak akan ada mana-mana kerajaan yang
akan memberikan anugerah kepada kita. Dalam dunia ini semua kerajaan hanya
menyedia & memberikan balasan untuk mereka yang melanggar peraturan sahaja.
Sebab itulah di semua negeri adanya penjara untuk memuatkan orang salah tetapi
tidak ada satu tempat yang dikhaskan untuk manusia yang berbuat baik &
dilayan seadanya. Hal ini mengilstrasikan bahawa kerajaan yang ada di
sekeliling kita ini amat miskin & tidak berupa untuk menampung semua
keperluan rakyatnya.
AlLah SWT
Yang Maha Kaya telah menyediakan 2 buah rumah untuk setiap manusia. Satu
tempatnya di neraka & satu lagi tempatnya di dalam syurga. Lalu kita pun
dilepaskan untuk beraksi secara sukarela di bumi ini mengikut kadar umur yang
diberi. Kita pula dibekal dengan akal yang semprna untuk menilai baik atau
sebaliknya.
Untuk
membantu manusia dapat bergerak & berjalan dengan betul & selesa di
dunia bertepatan dengan kehendak-NYA, DIA mengirimkan ratusan ribu para nabi
& mengirim pula pelbagai nama kita suci sebagai pedoman & rujukan di
sepanjang zaman. Untuk kita pada akhir zaman ini kita dibekalkan dengan
al-Qur’an, bukan cerpen, bukan novel, bukan skrip drama, bukan akhbar, bukan
majalah, bukan saluran tv sama ada yang berbayar atau yang percuma. Al-Qur’an
yang dibekalkan kepada kita untuk dibaca, difahami, dihayati, diamali,
disebari, & dipertahankan jika datangnya pelbagai cercaan & tohmahan.
Rata-rata umat Islam pada hari ini hanya mengambil al-Qur’an untuk dibaca
sahaja & dipelbagaikan tujuan pembacaan itu; ada masanya dibaca untuk orang
mati, ada masanya dibaca untuk menghalau pelesit, ada masanya dibaca untuk
melariskan perniagaan & pelbagai lagi tujuan yang tidak disyariatkan.
Seandainya
kita menempatkan diri kita dengan amal soleh kita akan kembali ke rumah kita di
syurga. Begitu pula bila kita hiaskan diri dengan alam yang negatif kita akan
berlari menuju rumah kita di neraka. Bertapa hebatnya & hebatnya kudrat
& iradat AlLah SWT telah disediakan untuk semua hamba-NYA kediaman di
syurga yang seluas langit & bumi untuk semua hamba-NYA. Tapi sayang banyak
daripada para hamba tidak berminat untuk menghuni syurga sebaliknya mereka
berlumba-lumba untuk menentukan siapa dulu ke neraka. SubhanalLah.
4. Diturunkan / datangnya dari pencipta bumi dan langit
yang tinggi.
Seterusnya AlLah SWT menegaskan bahawa
al-Qur’an yang ada dalam kalangan kita itu datangnya dari-NYA. AlLah SWT juga
memberitahu Maha Hebatnya DIA telah menciptakan langit tanpa tiang &
dinding tetapi tidak pernah jatuh. Hebatnya DIA mencipta & menghamparkan
bumi supaya kita mudah berdiri & berlari untuk mencari rezeki. Kita
diberitahu bumi kita berpusing di atas paksinya & mengambil mas 24 jam
untuk satu pusingan. Di samping itu bumi juga beredar mengelilingi matahari
dengan mengambil masa 360 hari. Pernahkan kita tertanya-tanya selaju manakah
agaknya bumi kita berpusing untuk menyempurnakan 24 jam sehari untuk satu
pusingan? Selaju mana pula bumi ini terpaksa memecut untuk sampai dalam masa
360 hari mengelilingi orbitnya? SubhanalLah. DIA yang sehebat itulah juga yang
menciptakan al-Qur’an. Kandungan al-Qur’an pula jauh lebih hebat daripada
langit & bumi, kerana dengan panduan & pedoman al-Qur’an kita boleh
mengguna & memakmurkan kedua-dua ciptaan AlLah SWT antara yang terbesar
itu.
5. Iaitu
Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Berikutnya
AlLah SWT menjelaskan bahawa al-Qur’an itu dicipta-NYA yang bersifat Rahman
(Yang Amat Penyayang untuk semua hamba semasa di dunia). Oleh sebab AlLah SWT
bersifat ar-Rahman dicipta-NYA al-Qur’an dengan sifat Rahman-NYA itu.
Menjadikan al-Qur’an itu sebuah ciptaan yang penuh & bersifat kasih & sayang. DIA bersemayam di atas Arasy.
6. Bagi-NYA apa yang di langit dan yang di dalam bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga
yang ada di bawah tanah.
AlLah SWT
kerap- kali menegaskan apa sahaja yang singgah pada pandangan kita, dengan erti
kata lain apa-apa sahaja yang kita nampak, sama ada yang berada di langit atau
apa juga yang ada di bumi, apa juga yang ada dalam perut bumi, semua itu hak mutlak
AlLah SWT. DIA sediakan kesemua fasiliti itu untk kegunaan kita para hamba-NYA,
agar mudah untuk kita berabdi kepada-NYA. Apa yang kita hajati semua sudah
tersedia di sekeliling kita, apa yang perlu kita lakukan hanyalah gerakanlah
usaha melalui tulang empat kerat yang ada.
7. Dan jika engkau
menyaringkan suara untuk mendoakan permohonanmu,
sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala
yang tersembunyi.
AlLah SWT
mengajarkan kita segala-galanya & kita diharapkan dengan bimbingan dari
AlLah SWT itu akan menjadi pandai segala-galanya. Antaranya AlLah dalam ayat
ini mengajarkan adab & cara berdoa. Tidak perlulah kita berdoa dengan menggunakan
suara yang nyaring kerana AlLah SWT itu tidak pekak malah DIA amat mengetahu
apa yang terlintas di hati. Lalu berdoalah dengan suara yang perlahan &
menampakkan ketergantungan kita kepada-NYA. Ilmu AlLah SWT itu mengetahui bukan
sahaja yang tersurat malah yang tersirat ataupun tersembunyi. Kerana kepada-NYA
tiada yang tersembunyi, di sisi-NYA semua jelas & nyata.
8. Allah! tiada
ILLAH yang layak disembah melainkan DIA, bagi-NYA segala nama yang baik.
Ya, AlLah SWT itu tiada lagi ILLAH lain
yang layak untuk kita sembah & hambakan diri. Kerana kesemua yang dirasakan
illah itu hakikatnya statusnya sama seperti kita; iaitu sama-sama dijadikan,
sama-sama lemah, sama-sama terhad pengetahuannya. Cubalah kita senaraikan sifat
sesuatu yang dijadikan sembahan itu, misalnya ada manusia sembah patung, cuba
senaraikan sifat yang ada pada patung itu. Kalau manusia lebih banyak sifatnya
daripada patung, berhala, haiwan, dsb yang disembah manusia, manusia wajar
berhenti segera daripada menyembahnya, biar patung, berhala, & yang
seumpama dengannya itu pula yang menyembah manusia.
Bertapa hebat
& agung-NYA, DIA ada & memiliki 99 nama. Kita mungkin ada 2 @ 3 nama
gelaran yang lain tapi yang pasti tiada manusia yang menghuni dunia ini punyai
sampai 99 nama. Adapun nama AlLah SWT bukan sekadar omongan kosong tetapi
bermakna & menjelaskan sifat-NYA. Misalnya antara nama AlLah SWT itu
al-Ghaffur= Maha Pengampun. Ya memang AlLah SWT itu Maha Pengampun. DIA
bersedia mengampunkan semua dosa para hamba-NYA biarpun dosa tersebut memenuhi
langit & bumi. Apa yang penting hamba tersebut bertaubat!
Adapun nama
AlLah SWT yang disebut Asma ul Husna itu seperti berikut;
Asmaul Husna
No.
|
Nama
|
Arab
|
Maksud
|
1
|
al-Rahman
|
الرحمن
|
Maha Pengasih
|
2
|
al-Rahim
|
الرحيم
|
Maha Penyayang
|
3
|
al-Malik
|
الملك
|
Maha Merajai/Memerintah
|
4
|
al-Quddus
|
القدوس
|
Maha Suci
|
5
|
al-Salam
|
السلام
|
Maha Memberi Kesejahteraan
|
6
|
al-Mukmin
|
المؤمن
|
Yang Memberi Keamanan
|
7
|
al-Muhaimin
|
المهيمن
|
Maha Pemelihara
|
8
|
al-Aziz
|
العزيز
|
Maha Gagah
|
9
|
al-Jabbar
|
الجبار
|
Maha Perkasa
|
10
|
al-Mutakabbir
|
المتكبر
|
Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
|
11
|
al-Khaliq
|
الخالق
|
Maha Pencipta
|
12
|
al-Barik
|
البارئ
|
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk,
Menyeimbangkan)
|
13
|
al-Musawwir
|
المصور
|
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
|
14
|
al-Ghaffar
|
الغفار
|
Maha Pengampun
|
15
|
al-Qahhar
|
القهار
|
Yang Memaksa
|
16
|
al-Wahhab
|
الوهاب
|
Maha Pemberi Kurnia
|
17
|
al-Razzaq
|
الرزاق
|
Maha Pemberi Rejeki
|
18
|
al-Fattah
|
الفتاح
|
Maha Pembuka Rahmat
|
19
|
al-Alim
|
العليم
|
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
|
20
|
al-Qabid
|
القابض
|
Yang Menyempitkan (makhluknya)
|
21
|
al-Basit
|
الباسط
|
Yang Melapangkan (makhluknya)
|
22
|
al-Khafid
|
الخافض
|
Yang Merendahkan (makhluknya)
|
23
|
al-Rafik
|
الرافع
|
Yang Meninggikan (makhluknya)
|
24
|
al-Muiz
|
المعز
|
Yang Memuliakan (makhluknya)
|
25
|
al-Muzil
|
المذل
|
Yang Menghinakan (makhluknya)
|
26
|
al-Samik
|
السميع
|
Maha Mendengar
|
27
|
al-Basir
|
البصير
|
Maha Melihat
|
28
|
al-Hakam
|
الحكم
|
Maha Menetapkan
|
29
|
al-Adl
|
العدل
|
Maha Adil
|
30
|
al-Latif
|
اللطيف
|
Maha Lembut
|
31
|
al-Khabir
|
الخبير
|
Maha Mengetahui Rahasia
|
32
|
al-Halim
|
الحليم
|
Maha Penyantun
|
33
|
al-Azim
|
العظيم
|
Maha Agung
|
34
|
al-Ghafur
|
الغفور
|
Maha Pengampun
|
35
|
al-Syakur
|
الشكور
|
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
|
36
|
al-Ali
|
العلى
|
Maha Tinggi
|
37
|
al-Kabir
|
الكبير
|
Maha Besar
|
38
|
al-Hafiz
|
الحفيظ
|
Maha Menjaga
|
39
|
al-Muqit
|
المقيت
|
Maha Pemberi Kecukupan
|
40
|
al-Hasib
|
الحسيب
|
Maha Membuat Perhitungan
|
41
|
al-Jalil
|
الجليل
|
Maha Mulia
|
42
|
al-Karim
|
الكريم
|
Maha Pemurah
|
43
|
al-Raqib
|
الرقيب
|
Maha Mengawasi
|
44
|
al-Mujib
|
المجيب
|
Maha Mengabulkan
|
45
|
al-Wasik
|
الواسع
|
Maha Luas
|
46
|
al-Hakim
|
الحكيم
|
Maka Bijaksana
|
47
|
al-Wadud
|
الودود
|
Maha Pencinta
|
48
|
al-Majid
|
المجيد
|
Maha Mulia
|
49
|
al-Bais
|
الباعث
|
Maha Membangkitkan
|
50
|
al-Syahid
|
الشهيد
|
Maha Menyaksikan
|
51
|
al-Haq
|
الحق
|
Maha Benar
|
52
|
al-Wakil
|
الوكيل
|
Maha Memelihara
|
53
|
al-Qawi
|
القوى
|
Maha Kuat
|
54
|
al-Matin
|
المتين
|
Maha Teguh
|
55
|
al-Wali
|
الولى
|
Maha Melindungi
|
56
|
al-Hamid
|
الحميد
|
Maha Terpuji
|
57
|
al Muhsi
|
المحصى
|
Maha Menghitung
|
58
|
al-Mubdik
|
المبدئ
|
Maha Memulai
|
59
|
al-Muid
|
المعيد
|
Maha Mengembalikan Kehidupan
|
60
|
al-Muhyi
|
المحيى
|
Maha Menghidupkan
|
61
|
al-Mumit
|
المميت
|
Maha Mematikan
|
62
|
al-Hai
|
الحي
|
Maha Hidup
|
63
|
al-Qayyum
|
القيوم
|
Maha Mandiri
|
64
|
al-Wajid
|
الواجد
|
Maha Penemu
|
65
|
al-Majid
|
الماجد
|
Maha Mulia
|
66
|
al-Wahid
|
الواحد
|
Maha Esa
|
67
|
al-Ahad
|
الاحد
|
Maha Esa
|
68
|
al-Samad
|
الصمد
|
Tempat Meminta
|
69
|
al-Qadir
|
القادر
|
Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
|
70
|
al-Muqtadir
|
المقتدر
|
Maha Berkuasa
|
71
|
al-Muqaddim
|
المقدم
|
Maha Mendahulukan
|
72
|
al-Muakhir
|
المؤخر
|
Maha Mengakhirkan
|
73
|
al-Awwal
|
الأول
|
Maha Awal
|
74
|
al-Akhir
|
الأخر
|
Maha Akhir
|
75
|
al-Zahir
|
الظاهر
|
Maha Nyata
|
76
|
al-Batin
|
الباطن
|
Maha Ghaib
|
77
|
al-Wali
|
الوالي
|
Maha Memerintah
|
78
|
al-Mutaali
|
المتعالي
|
Maha Tinggi
|
79
|
al-Bar
|
البر
|
Maha Penderma
|
80
|
al-Tawwab
|
التواب
|
Maha Penerima Taubat
|
81
|
al-Muntaqim
|
المنتقم
|
Maha Penyiksa
|
82
|
al-Afu
|
العفو
|
Maha Pemaaf
|
83
|
al-Rauf
|
الرؤوف
|
Maha Pengasih
|
84
|
Malik al-Mulk
|
مالك الملك
|
Penguasa Kerajaan (Semesta)
|
85
|
Zu al-Jalal wa al-Ikram
|
ذو الجلال و الإكرام
|
Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
|
86
|
al-Muqsit
|
المقسط
|
Maha Adil
|
87
|
al-Jamik
|
الجامع
|
Maha Mengumpulkan
|
88
|
al-Ghani
|
الغنى
|
Maha Berkecukupan
|
89
|
al-Mughni
|
المغنى
|
Maha Memberi Kekayaan
|
90
|
al-Manik
|
المانع
|
Maha Mencegah
|
91
|
al-Dar
|
الضار
|
Maha Memberi Derita
|
92
|
al-Nafik
|
النافع
|
Maha Memberi Manfaat
|
93
|
al-Nur
|
النور
|
Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
|
94
|
al-Hadi
|
الهادئ
|
Maha Pemberi Petunjuk
|
95
|
al-Badik
|
البديع
|
Maha Pencipta
|
96
|
al-Baqi
|
الباقي
|
Maha Kekal
|
97
|
al-Waris
|
الوارث
|
Maha Pewaris
|
98
|
al-Rasyid
|
الرشيد
|
Maha Pandai
|
99
|
al-Sabur
|
الصبور
|
Maha Sabar
|
Dalam sesetengah kitab disebut kelebihan nama-nama
tersebut
ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA
KHASIATNYA
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari
KHASIATNYA: Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
AR RAHMAANU Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.
AR RAHIIMU Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
AL MALIKU Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
AL QUDDUUSU Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.
AS SALAAMU Ertinya Sejahtera daripada kekurangan
KHASIATNYA: Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
AL MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya
KHASIATNYA: Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
AL'AZIIZ Ertinya Yang Menyalahkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.
AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.
AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
AL KHAALIQU Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
AL BAARI-U Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
AL MUSHAWWIRU Ertinya Yang Merupakan Makhluk.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
AL GHAFFAARU Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
AL QAHHAARU Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
AR RAZZAQU Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.
AL FATTAHU Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
AL'ALIIMU Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
AL QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.
AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.
AL KHAAFIDHU Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA: Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.
AR RAAFI'U Ertinya Maha Mengangkat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
AL MU'IZZU Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.
AL MUDZILLU Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.
AS SAMII'U Ertinya Maha Mendengar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.
AL BASHIIRU Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
AL HAKAMU Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
AL'ADLU Ertinya Yang Maha Adil.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.
AL LATHIIFU Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
AL KHABIIRU Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA: Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
AL HALIIMU Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
AL'AZHIIMU Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
AL GHAFUURU Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA: Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA: Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
AL'ALIYYU Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA: Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
AL KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
AL HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
AL MUQI ITU Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA: Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
AL HASIIBU Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA: Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
AL JALIILU Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
AL KARIIMU Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
AR RAQIIBU Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.
AL MAJIIBU Ertinya Yang Memperkenankan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
AL WAASI'U Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
AL HAKIIMU Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
AL WADUUDU Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
AL MAJIIDU Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.
AL BAA'ITSU Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.
ASY SYAHIIDU Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.
AL HAQQU Ertinya Maha Besar.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
AL WAKIILU Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
AL QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.
AL MATIINU Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
AL HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
AL MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA: Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
AL MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
AL MU'IIDU Ertinya Yang Mengembalikan.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
AL MUHYI Ertinya Yang Menghidupkan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
AL MUMIITU Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU Ertinya Yang Hidup.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
AL QAYYUUM Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
AL WAAJIDU Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
AL MAAJIDU Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.
AL WAAHIDU Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
ASH SHAMADU Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA: Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
AL QAADIRU Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.
KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
AL MUQTADIRU Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA: Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL MUQADDIMU Ertinya Zat yang mendahulukan.
KHASIATNYA: Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.
AL MUAKHHIRU Ertinya Zat yang mengakhirkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
AL AWWALU Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.
AL AKHIIRU Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
AZH ZHAHIIRU Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA: Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.
AL BAATHINU Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA: Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA: Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.
AL MUTA'AALII Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
ALBARRU Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA: Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
AT TAWWAABU Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.
AL MUNTAQIMU Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA: Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.
AL 'AFUWWU Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA: Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.
AL MAALIKUL MULKI Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA: Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.
DZUL JALAALI wal IKRAAMI Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
AL MUQSITHU Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA: Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.
AL JAAMI'U Ertinya Yang Mengumpulkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.
AL GHANIYYU Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA: Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
AL MUGHNII Ertinya Zat yang memberi kekayaan.
KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
AL MAANI ' U Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
KHASIATNYA: Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.
ADH DHAARU Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
AN NAAFI ' U Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN NUURU Ertinya Yang menerangi.
KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.
AL BADII ' U Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA: Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
AL BAAQII Ertinya Maha Kekal.
KHASIATNYA: Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.
AL WAARITSU Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA: Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.
AR RASYIIDU Ertinya Yang Memberi Petunjuk.
KHASIATNYA: Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
AS SABUURU Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.
No comments:
Post a Comment