Malam ini 15 Safar 1433- 09 Jan 2012
Tazkirah Mingguan di Masjid Haji Sulaiman,
Kg Jembal, Bachok, Kelantan.
Surah Al A'raf Ayat 80-86
Insya-AlLah. Dialog Nabi AlLah Luth & Nabi AlLah Syuaib AS dengan Kaumnya
80.
Dan Nabi Lut juga ketika ia berkata kepada kaumnya: "kenapakah kamu
mendatani perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
penduduk alam ini sebelum kamu?
81.
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
82.
Dan tidak ada jawapan dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah
mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini,
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".
83.
Maka KAMI selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan
isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
84.
Dan KAMI menghujani mereka dengan hujan, lihatlah, bagaimana kesudahan
orang-orang yang berdosa.
85.
Dan kepada penduduk Madyan (KAMI utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia
berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada ILLAH
bagi kamu selain DIA. Sesungguhnya telah datang kepada kamu
keterangan yang nyata dari RABB kamu. Oleh sebab itu, sempurnakanlah sukatan
dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan barang-barang
mereka; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah AlLah
menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. yang demikian itu lebih
baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
86.
"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan
menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman menuju jalan AlLah,
dan kamu pula menghendaki supaya jalan AlLah itu bengkok terpesong. dan
ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu AlLah menjadikan kamu
kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat
kerosakan.
87.
"Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah
AlLah) yang AKU telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi
tidak beriman, maka sabarlah sehingga AlLah menjalankan hukum-NYA antara kita
semua, dan DIA sebaik-baik hakim yang memberi keputusan".
Dialog Nabi AlLah Luth & Nabi AlLah Syuaib AS
dengan Kaumnya
dengan Kaumnya
80.
Dan Nabi Lut juga ketika ia berkata kepada kaumnya: "kenapakah kamu
mendatangi perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
penduduk alam ini sebelum kamu?
Nabi
AlLah Luth AS merupakan anak saudara kepada Nabi AlLah Ibrahim AS. Ayahnya
bernama Haran bin Tareh/Azal. Baginda AS diutuskan ke negeri Sadom. Umat yang
dihadapi Nabi AlLah Luth ialah satu bangsa pencandu dosa. Kaum Nabi AlLah Luth
AS telah mencipta satu dosa baharu yang teramat keji iaitu liwat. Liwat
merupakan hubungan sejenis sama ada lelaki dengan lelaki ataupun perempuan
dengan perempuan. Perbuatan yang belum
pernah ada dalam sejarah umat manusia & tidak pernah dilakukan oleh umat
terdahulu sama ada oleh umat Nabi AlLah Adam AS, umat Nabi AlLah Idris AS, umat
Nabi AlLah Nuh AS, umat Nabi AlLah Hud AS, umat Nabi AlLah Salleh AS, atau umat
Nabi AlLah Ibrahim AS.
81.
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Nabi AlLah Luth AS menjelaskan tentang
perbuatan mereka kaumnya iaitu lelaki
mendatangi atau berkahwin sesama lelaki dan meninggalkan perempuan yang sengaja
dicipakan AlLah sebagai pasangan hidup bagi orang lelaki itu sebagai satu
perbuatan yang melanggar & menghancurkan batas pergaulan yang
ditentukan-NYA. Kaum lelaki umat Nabi Luth tidak lagi berminat dengan kaum
perempuan sebagai isteri. Dijelaskan oleh Nabi AlLah Luth akan
keburukan-keburukan kelakuan liwat itu & bala yang bakal diturunkan AlLah
SWT jika kaumnya berterusan mengekalkan dosa tersebut.
82.
Dan tidak ada jawapan dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah
mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini,
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".
Segala dakwah & penerangan yang
diberitahu oleh Nabi Luth tidak dapat disangkal oleh kaumnya. Kebenaran yang
diberitahu itu tidak mampu dipatahkan, lalu kaum cuba menggunakan kekuatan
kuasa untuk berhadapan dengan Nabi Luth AS. Akhirnya mereka sepakat untuk
menghalau & mengusir Nabi AlLah Luth dari bumi Sadom. Mereka juga
mempersendakan Nabi AlLah Luth AS dan pengikutnya sebagai orang-orang yang suci
dalam kalangan mereka.
83.
Maka KAMI selamatkan dia dan keluarganya kecuali isterinya, adalah ia dari
orang-orang yang dibinasakan.
Sebagaimana yang diberitahu Nabi AlLah Luth
AS, setiap pelakuan dosa pasti mengundang bala & azab AlLah SWT. Walau
bagaimanapun sebelum azab & bala diturunkan, AlLah SWT telah menyelamatkan
Nabi Luth dan dua orang anak perempuannya sahaja kerana isterinya juga tidak
beriman dengan dakwah. Isterinya termasuk dari dalam kalangan penduduk Sadom
yang mendapat azab.
84.
Dan KAMI menghujani mereka dengan hujan, lihatlah, bagaimana kesudahan
orang-orang yang berdosa.
azab & bala yang diperuntukan AlLah SWT
untuk membinasakan kaum Luth AS ialah dengan cara mereka dihujani batu yang
dinyalakan. Pada setiap sebutir batu itu sudah dituliskan nama, siapa yang
bakal dihujaninya. Di samping mereka dihujani batu api itu, AlLah SWT juga
memerintahkan agar bumi Sadom ditebalikkan, sebagai imbangan perbuatan mereka
yang terbalik. Bumi tempat kaum Nabi AlLah Luth AS yang diterbalikkan itu
sekarang dipanggil Laut Mati.
AlLah
SWT mempelawa kita agar pergi melawat ke tempat tersebut untuk mengambil
& mendapat pengajaran yang berguna.
Bagaimanakah kesudahan kaum yang menderhakai AlLah SWT dan menentang para nabi.
85.
Dan kepada penduduk Madyan (KAMI utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia
berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada ILLAH
bagi kamu selain DIA. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang
nyata dari RABB kamu. Oleh sebab itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan
janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan barang-barang mereka; dan janganlah
kamu berbuat kerosakan di muka bumi
sesudah
AlLah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Hal demikian itu
lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Untuk penduduk
Madyan AlLah SWT mengutuskan sanak keluarga mereka iaitu Nabi Syuaib AS. Nabi
Syuaib AS mengikut sesetengah riwayat merupakan keturunan (anak cucu) Nabi
AlLah Ibrahim AS, hasil perkahwinannya dengan Qantura. Qantura dikahwini Nabi
AlLah Ibrahim AS setelah kewafatan isterinya Sarah. Hasil perkahwinan antara
Nabi Ibrahim AS dengan Qantura ini, Baginda AS telah dianugerakan dengan
beberapa orang anak; antaranya Madyan. Sementara Nabi Syuaib AS ini berketuruan
Madyan. AlLah SWT telah mengutuskan Nabi Syuaib AS kepada kaum keluarganya
penduduk Madyan.
Seruan
pertama yang dikemuandangkan dalam
setiap misi dakwah para anbiya ini ialah meminta agar kaum yang didakwahnya
supaya menyembah AlLah SWT sahaja kerana tidak ada ILLAH yang
berhak & layak disembah selain dari-NYA. Seterusnya Nabi Syuaib AS telah
menjelaskan segala bukti & keterangan-keterangan untuk membuktikan keesaan
AlLah SWT dengan hujah yang cukup nyata & meyakinkan.
Antara
yang diminta oleh Nabi AlLah Syuaib supaya kaumnya berubah ialah dalam soal
timbangan & sukatan. Hal ini kerana penduduk Madyan cukup licik dalam soal
menipu dalam urusan timbang-menimbang & sukat-menyukat semasa berjual beli.
Pendek kata mereka merupakan kaum yang curang dalam masalah timbang-menimbang. Kaum
diingatkan agar jangan mengurangkan sukatan kerana itu akan menafikan hak yang
sepatutnya diperoleh oleh seseorang.
Mereka
juga diingatkan agar tidak melakukan kerosakan di bumi kerana AlLah SWT
menetapkan peraturan-peraturan untuk diikuti agar segala jenis kerosakan dapat
dihindari. Perbuatan menipu dalam soal sukat & timbang akan mengundang bala
daripada AlLah SWT, perbuatan tersebut juga
akan memberi kesan kepada diri sendiri kerana akan merosakkan iman yang sedia
ada.
Untuk
menjaga kedamaian iman & ketenangan hati agar tidak diganggu gugat segala perbuatan
yang mencabul hak orang lain perlu dihentikan.
86.
"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan
menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman menuju jalan AlLah,
dan kamu pula menghendaki supaya jalan AlLah itu bengkok terpesong. dan
ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu AlLah menjadikan kamu
kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat
kerosakan.
Kaum Nabi Syuaib AS juga gemar menjadikan
jalan raya sebagai tempat berkumpul. Apabila mereka berkumpul maka dari situ
timbul pula idea untuk merangka perrbuatn-perbuatan yang negatif. Antara kelakuan
negatif mereka ialah mereka menakut-nakut orang ramai daripada mendengar dakwah
Nabi Syuaib AS. Apabila dengan cara & jalan menakut-nakutkan khalayak tidak
berjaya, mereka akan bertindak menghalang oarng ramai daripada mengikuti ajaran
Nabi AlLah Syuaib AS.
Dakwah
para nabi sebetulnya untuk membetulkan aqidah manusia kepada AlLah SWT sebagai
pencipta & penjaga. Apabila kita bergerak ke arah kehendak agama AlLah SWT
kita berada pada garisan yang lurus. Apabila ada sekelompok manusia yang tidak
menghalang manusia lain daripada mendengar titah & perintah AlLah SWT,
bermakna jalan AlLah SWT yang sedia terhampar lurus itu cuba dibengkokkan cuba
disabotajkan. Ekoran daripada itu akan menjadikan hubungan yang tidak mesra
antara manusia dengan pencipta-NYA. Kerana akan muncul pula manusia yang tidak
meyakini ketuhanan AlLah SWT 100% walaupun pada setiap detik & saat mereka
meneguk & merasa rezeki nyawa, rezeki penglihatan, rezeki pendengaran, rezeki bau-bauan, rezeki
sentuhan, rezeki dapat berfikir & membezakan, & pelbagai rezeki lain
100% tak pernah tertangguh atau berkurangan.
87.
"Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah
AlLah) yang AKU telah diutuskan untuk menyampaikannya, dan segolongan lagi
tidak beriman, maka sabarlah sehingga AlLah menjalankan hukum-NYA antara kita
semua, dan DIA sebaik-baik hakim yang memberi keputusan".
Seterusnya Nabi
AlLah Syuaib AS memberitahukan bahawa dalam setiap menanggapi seruan dakwah
para anbiya, kaum & umat akan terbahagi
2 golongan; satu golongan yang dengan senang hati beriman manakala satu
golongan lagi yang bukan sahaja tidak beriman malah menentang & mendera
mereka yang menyatakan iman. Untuk kaum yang didera fizikal & mental, Nabi
AlLah Syuaib AS meminta mereka membanyak & memperteguhkan kota sabar
masing-masing semasa menghadapi serangan penderaan kaum yang derhaka. Kaum yang
beriman tidak dibenarkan untuk membalas perbuatan jahat & zalim yang
dideritai. Mereka diminta berserah & sentiasa bersabar kepada AlLah SWT sehinggalah DIA membalas segala agenda jahat
musuh, kerana AlLah SWT itulah sebaik-baik hakim apabila menetukan hukuman.
No comments:
Post a Comment