Surah
Yasiin 31-40
Tazkirah
Bulanan
Sabtu
Malam Ahad- Minggu Ketiga
Masjid Sulaiman Alor Jambu
26
Safar 1433 – 21 Jan 2012
30. Sungguh besar perasaan sesal & kecewa yang
menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! tidak datang kepada mereka
seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat yang
telah KAMI binasakan sebelum mereka? Umat Yang
tidak kembali lagi.
32. Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan
ke tempat perbicaraan KAMI, semuanya dibawa hadir
33. Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami
kekuasaan kAMI), ialah bumi yang mati; KAMI
hidupkan lalu keluarlah daripadanya
biji-bijian, maka daripadanya itu mereka
makan.
34. Dan KAMI jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan
anggur, & KAMI pancarkan padanya beberapa mata air,
35. Supaya mereka makan dari buah-buahannya & dari
apa yang diusahan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
36. Maha suci AlLah yang telah menciptakan
makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi,
atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
37. Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir)
ialah malam; KAMI hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka
berada dalam gelap-gelita;
38. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah)
matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itulah takdir
dari Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39. Dan bulan juga KAMI takdirkan dia beredar melalui
beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke
peringkat awalnya (berbentuk melengkung)
seperti tandan yang kering.
40. (dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak
mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang;
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya
masing-masing.
Kebinasaan Umat Silam
& Sebahagian
Tanda Kekuasaan-NYA
31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat yang
telah KAMI binasakan sebelum mereka? Umat itu
tidak kembali lagi.- sudah tidak ada lagi.
AlLah
SWT bertanyakan manusia tidakkah mereka membaca sejarah atau kisah &
daripada itu mereka mengetahui bahawa sebelum mereka hidup ini sudah banyak
umat zaman silam yang bertapak & memerintah bumi ini. Apabila sesuatu umat menyimpang daripada jalan AlLah SWT, akan ada
para utusan AlLah SWT sama ada nabi atau rasul yang cuba mengajak mereka
kembali ke jalan yang dikehendaki-NYA. Tapi sayangnya umat silam bukan sahaja
tidak beriman dengan ajakan para anbiya, mereka menjadi lebih jahat dengan
menyiksa & membunuh para anbiya AlLah SWT. Ekoran kebiadaban itu AlLah SWT
telah menurunkan pelbagai azab & bala yang mengakibatkan umat tersebut
binasa. Umat tersebut menjadi binasa tidak tinggal baka lagi, menyebabkan
keturunan mereka tidak ada lagi di bumi
ini pada hari ini. semuanya terpupus. Semuanya sudah terhapus.
32. Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan
ke tempat perbicaraan KAMI, semuanya dibawa hadir
Oleh sebab antara tunjangan &
agenda agama AlLah SWT ini akhirat, DIA
kerap membicarakan persoalan akhirat ini agar kejap melekat. Antara atur cara
rasmi yang bakal berlaku pada hari akhirat kelak ialah; semua yang pernah hidup
akan dibawa ke tempat perbicaraan di Mahkamah Mahsyar. Pada hari itu AlLah SWT
akan bertindak sebagai hakim tunggal & keputusan atau hukuman yang
dikenakan merupakan hukuman mandatori, tiada mahkamah rayuan di sana, tiada
mahkamah persekutuan di sana yang boleh membatalkan keputusan AlLah SWT.
Semua
makhluk yang pernah hidup akan dibawa oleh para malaikat yang bertugas ke
Mahsyar untuk diadili. Sama ada yang pernah diadili & dijatuhi hukuman di
dunia ini ataupun di sebaliknya. Sama ada umat itu pernah dibinasakan ataupun
umat itu dibiarkan.
33. Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami
kekuasaan kAMI), ialah bumi yang mati; KAMI
hidupkan lalu keluarlah daripadanya
biji-bijian, maka daripadanya itu mereka
makan.
Antara tanda kekuasaan AlLah SWT yang
diperlihatkan kepada manusia semasa di dunia ini ialah adanya bumi/tanah yang
dimatikan- tiada sebarang tumbuhan yang hidup, pokok-pokok yang dimatikan-
kering & reput, ikan-ikan yang dimatikan-meninggalkan sisa-sisa tulang
dalam tanah. Iaitu apabila berlakunya kemarau yang panjang.
Setelah
berlalu sejumlah masa kemarau mungkin sebulan, tiga bulan, setengah tahun,
setahun dsb; kita pun bersolat hajat memohon hujan dari-NYA, dengan kemurahan
& keizinan-NYA maka hujan pun turun, esok atau lusa mata & kepala kita
dapat melihat bagaimana rumput-rumput mulai menghijau menutupi bumi, dahan
yangmati & reput tadi mulai ada tunas-tunasnya, juga hijau warnanya,
anak-anak & ibu-ibu & ayah-ayah ikan pula dapat dilihat riang berenang.
Dengan
adanya siraman hujan maka pokok-pokok mulai hidup semula & dalam jangka
masa tertentu akan menerbitkan bunga dari bunga menjadi buah yang masak &
ranum. Dari situ dapatlah kita makan atau kita jualkan sebagai sumber
pendapatan. SubhanalLah.
Kalaulah kita pada musim kemarau itu
mengambil air & menyiram bumi & pokok, bumi yang mati tadi tidak akan
hidup kembali. Kerana kuasa menghidupkan itu hanya ada pada AlLah SWT sahaja.
Tiada pada sesiapa.
34. Dan KAMI jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan
anggur, & KAMI pancarkan padanya beberapa mata air,
Sebagai
tanda kemahapemurahan-NYA ialah DIA mengizinkan wujudnya pelbagai kebun untuk
kemaslahatan manusia; sama ada kebun anggur, kebun kurma, kebun durian, kebun
rambutan, kebun duku, kebun getah, dsb. Daripada kebun tersebut manusia boleh
menjadi kaya-raya pula, dari itu dapat pula mengeluarkan zakat, membantu &
mengeratkan hubungan sosial sesama manusia.
DIA
juga mengizinkan adanya mata air yang bantyak di bumi ini, juga untuk kegunaan manusia
& hidupan lain agar mudah menapatkan air. Dengan adanya mata air ini
manusia tidak payah lagi hanya bergantung kepada hujan & sungai untuk
mendapatkan bekalan air.
35. Supaya mereka makan dari buah-buahannya & dari
apa yang diusahan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
Buahan yang pelbagai warna bentuk &
rasa yang ditumbuhkan AlLah SWT yang ada di serata dunia ini, AlLah SWT sengaja
jadikannya untuk dimakan. Apa kuasa kita untuk menghalang jika semua buah yang
ada itu menjadi racun & tidak dapat dimakan & hanya untuk dilihat
sahaja? SubhanalLah. DIA menyempurna hajat manusia. Keenakan yang
dimasukkan-NYA ke dalam isi buah-buahan itu tidak sama rasanya. Keenakan
rambutan tidak sama dengan keenakan duku. Kemanisan tamar tidak sama dengan
manisnya epal. Keenakan mangga tidak pernah sama dengan keenakan bacang. Lalu
kenapa manusia liat sangat untuk menuturkan dengan lidahnya kalimah syukur
kepada RABBnya; dengan hanya sepatah kata yang cukup ringan pada lidah;
al-HamdullilLah, setiap kali setelah setiap juadah masuk & mengejatkan
perut.
36. Maha suci AlLah yang telah menciptakan
makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi,
atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
SubhanalLah;
Maha Suci AlLah SWT yang dengan kemurahan-NYA telah menciptakan semua
makhluknya berpasang-pasangan. Tumbuhan ada jantan betinanya, manusia pula ada
lelaki perempuannya. Bukan setakad manusia, haiwan, & tumbuhan ada pasangan
masing-masing, unsur alam yang lain yang kita kita mengetahui kewujudannya pula
ada pasangannya masing-masing. Magnet, eletrik, ion-ion & seumpamanya ada
pasangan. Ada yang dipanggil negatif-positif, ada yang dipanggil kutub utara
–kutub selatan dsb.
37. Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir)
ialah malam; KAMI hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka
berada dalam gelap-gelita;
Fenomena malam yang setiap hari terjadi
merupakan dalil yang terang & nyata tentang kemahaperkaan AlLah SWT. DIA
memasukkan malam ke dalam waktu siang menyebabkan hilanglah siang itu. Kalau
kita perhatikan mata kita tidak akan dapat memastikan bagaimana terjadinya
siang & malam itu. Hal ini berlaku terlalu seni. SubhanalLah.
38. Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah)
matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itulah takdir
dari Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
AlLah SWT telah mentakdirkan matahari
berpusing & beredar pada orbitnya & mengambil masa 365 hari untuk
menyelesaikan satu pusingan. Cubalah lihat sewaktu matahari akan jatuh pada
waktu senja, subhanalLah, terlalu cantik! Berapa darjah selsius kepanasannya
dengan tepat hanya AlLah SWT sahaja yang mengetahui. Manusia melalui sedikit
ilmu hanya dapat mengandaikannya saja. Matahari dirujuk untuk menetukan waktu
solat seharian.
39. Dan bulan juga KAMI takdirkan dia beredar melalui
beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke
peringkat awalnya (berbentuk melengkung)
seperti tandan yang kering.
Berbeza dengan matahari, AlLah SWT
mentakdirkan pusingan bulan berperingkat-peringkat. Bermula dengan bulan sabit
kemudian menjadi bulan bulat pada pertengahan kalendar & kembali menjadi
sabit pada pengakhirnya. Bulan digunakan untuk menentukan permulaan puasa,
penetapan hari raya, pembahagian gaji, kandungan dalam perut bonda, tarikh
sesuatu kejadian, dsb.
40. (dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak
mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang;
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya
masing-masing.
Bulan
& matahari ditetapkan AlLah SWT bergerak dalam orbit/ril masing-masing;
seumpama pada zaman sekarang monorel & komuter bergerak mengikuit ril yang
tertentu baginya. Dengan penetapan ril masing-masing, matahari tidak akan apat
mengejar bulan, begitulah sebaliknya. Kejadian alam ini dengan izin AlLah SWT
akan berlaku siang, malam, siang, malam begitulah seterusnya. Tidak akan
berlaku kejadian siang, siang, malam, siang, kecualilah pada akhir zaman
seperti yang dikehendaki-NYA.
No comments:
Post a Comment