Tazkirah Bulanan
Masjid Mukim Sering, Kota Bharu, Kel
25 Safar - 1433 19 Jan 2012
Selasa Malam Rabu
Minggu Ketiga
Surah an-Naml ayat 1-10
Surah an-Naml
Surah ke-27 dalam
Mushaf Uhtmani; berada di antara Surah
asy-Syu’ara (Penyair/Artis) dengan Surah al-Qasas (pelbagai cerita). Terdiri
daripada 93 ayat & diturunkan di Mekah dikenali sebagai Surah Makiyyah.
Apabila sesuatu surah itu diturunkan sewaktu Baginda Nabi Muhammad SAW masih berada di Mekah, isi & fokus
ayat-ayatnya ialah berhubung dengan aqidah. Untuk menguat & memperkukuh
aqidah kepada keyakinan kemahaperkasaan AlLah SWT, keberadaan Hari Kebangkitan=
Hari Qiamat, mendapat balasan daripada anugerah syurga atau bakal tersiksa
kekal di neraka.
Berada dalam juzuk
ke-19, bersama-sama Surah al-Furqan (Pembeza), & Surah asy-Syu’ara
(Penyair/Artis). An-Naml bermakna SEMUT. Pada surah ini ada kisah yang berlaku
antara Nabi AlLah Sulaiman AS dengan semut. Ada pelbagai koloni semut di dunia
ini. Masyarakat semut merupakan suatu kehidupan yang tersusun & unik.
Muatan yang
terdapat dalam Surah an-Naml ini antara lain ialah;
1- Al-Qur’an
merupakan pedoman hidup & berita gembira bagi orang-orang mukmin
2- Kisah Nabi
AlLah Musa AS berdialog dengan AlLah SWT
3- Kisah Nabi
AlLah Daud AS & puteranya Nabi AlLah Sulaiman AS
4- Pesanan Nabi
AlLah Sulaiman AS kepada tenteranya bila tiba di Lembah Semut
5- Dialog Nabi AlLah Sulaiman AS dengan burung Hud-hud
6- Pemindahan
istana Balqis dari Saba’ ke Palestin
7- Kisah Nabi
AlLah Salleh dengan kaum Thamud yang derhaka
8- Kisah kaum Nabi AlLah Luth AS yang mempromosi
agenda jijik pertama di dunia
9-Perintah AlLah
SWT kepada Nabi Akhir Zaman & umatnya bersabar
10- Kisah
keingkran orang kafir terhadap Hari
Kebangkitan
11-Nabi Muhammad
SAW & al-Qur’an sebagai tanda kebenaran AlLah SWT
12- Tanda-tanda
kedatangan kiamat & huru-haranya
1. Taa, siin. itulah
ayat Al-Qur’an & kitab yang terang sungguh. –al-Qur’an yang dibaca, kitab
yang ditulis.
.2. Hidayah petunjuk & berita gembira bagi
orang-orang yang beriman
3. Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang &
memberi zakat, mereka dengan hari
akhirat mereka cukup yakin
4. Sesungguhnya orang-orang yang tidak yakin dengan hari
akhirat, KAMI hiaskan perbuatan-perbuatan buruk nampak/kelihatan baik kepada
mereka; lalu mereka teraba-raba dalam kesesatan.
5. Orang yang bagi/kepada mereka buruknya azab & bagi
mereka di akhirat mereka rugi.
Merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab seksa Yang
buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang Yang
palig rugi.
6. Dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) diberikan
Al-Qur’an dari sisi Yang Maha Bijaksana,
lagi Maha mengetahui.
7. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata
kepada isterinya: "Sesungguhnya aku
ada melihat api; aku akan bawakan kepada kamu dengan api itu, berita, atau aku
akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.
8. Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran)
ia diseru: "Berkat yang melimpah-limpah siapa berada dekat api ini dan
sesiapa yang ada di sekelilingnya; Maha Sucilah Allah Tuhan RABB sekalian alam.
9.
"Wahai Musa, Sesungguhnya AKU AlLah
Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana
10. Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. maka apabila
ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas,
seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak
menoleh lagi. (lalu ia diseru): " Wahai Musa, janganlah takut,
Sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadap-KU tidak sepatutnya merasa takut,
1. Taa, siin. itulah ayat Al-Qur’an & kitab yang terang
sungguh. –al-Qur’an yang dibaca, kitab yang ditulis.
. AlLah SWT memulakan permulaan surah dala al-Qur’an dengan
pelbagai teknik; antaranya menggunakan huruf-huruf tertentu, seperti surah ini.
Diperkirakan ada 30 surah daripada 114 surah dalam al-Qur’an yang menggunakan
teknik ini. Dalam bahasa Melayu huruf sebegini dipanggil akronim. 27 surah dari
30 surah yang ada, AlLah SWT membicarakan kehebatan al-Qur’an selepas
memulakannya dengan huruf ini. Dalam ayat ini AlLah SWT menegaskan bahawa
itulah ayat-ayat al-Qur’an & ayat kitab yang terang sungguh terang. Ayat-ayat
al-Qur’an bermaksud ayat-ayat yang dapat dibaca dengan sungguh mudah untuk
dihafal, bagi sesiapa yang berusaha menghafalnya. Ayat-ayat kita bermakna wahyu
AlLah SWT ini kejab tertulis & tak dapat diubah oleh sesiapa, tak akan dapat
diubah sampai bila-bila, kerana ayat-ayat AlLah SWT ini sungguh terang. Sungguh
terang maksudnya. Sungguh terang titah & perintah-NYA. Terang sungguh
larangan-larangan-NYA. Pendek kata semuanya tentang wahyu AlLah SWT ini terang
sungguh & sungguh terang. Sepatutnya tidak ada sesiapa yang terkeliru
dengan titah & larangan AlLah SWT sebab semuanya terang sungguh.
2. Hidayah petunjuk & berita gembira bagi orang-orang
yang beriman
Oleh sebab wahyu AlLah SWT ini iaitu al-Qur’an merupakan
sebuah kitab yang terang sungguh, maka al-Qur’an cukup berkemampuan untuk
menjadi hidayah petunjuk dalam apa juga bidang yang ada. Di samping itu juga,
al-Qur’an membawakan khabar gembira. Tetapi al-Qur’an hanya menjadi hidayah
petunjuk & membawa berita yang menggembirakan hanya untuk orang yang
beriman sahaja. Adapun orang yang kafir, munafik, musyrik, mulhid, nasionalis,
komunis, libralis, pragmatis, sosialis dsb tidak berpeluang untuk mendapat
hidayah dengan bimbingan al-Qur’an. Kenapa? Kerana mereka sejak daripada awal
menolak al-Qur’an, apalagi untuk beriman dengannya.
Orang beriman akan mendapat
hidayah al-Qur’an kerana mereka membacanya, kemudian cuba memahami maksudnya,
kemudian mereka berusaha membetulkan perjalanan hidup mereka dengan suruh & tegahan al-Qur’an, serentak dengan itu mereka akan meyebarkan
ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an ini, seterusnya mereka akan mempertahankan
apa sahaja yang terhidang dalam al-Qur’an, itulah yang terbaik. Khabar gembira
yang dibawa & termuat dalam al-Qur’an ialah adanya balasan syurga kepada
orang-orang yang beriman. Kerana AlLah SWT hanya menjanjikan untuk memberikan balasan
& anugerah syurga-NYA hanya untuk mereka yang beriman. Dengan makna lain
iman menjadi syarat mutlak untuk ke syurga.
3. Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang &
memberi zakat, mereka dengan hari
akhirat mereka cukup yakin
AlLah SWT menyatakan ciri-ciri manusia yang ada iman itu melalui ayat ini.
Ada 3 ciri ditekankan AlLah SWT melalui ayat ini iaitu;
1. seseorang yang istiqamah menunaikan solat yang difardhukan, mereka tidak
akan sekali-kali meninggalkan solat fardhu dalam apa keadaan sekalipun. Jika mereka
sakit & tidak mampu berdiri, mereka akan solat sambil duduk, tak larat
sambil duduk akan dilakukannya sambil baring, & apabila terlalu tidak larat,
mereka tetap mengerjakan solat dengan kerdipan mata atau lintasan dalam hati. Di
samping itu mereka akan cuba membanyakkan solat sunat, sebagai
penambah perisa kepada solat fardhu. Orang beriman faham bahawa solat itu
merupakan interkasi/dialog antara hamba dengan pencipta-NYA.
2. seseorang yang tidak melengah-lengahkan kewajipan mengeluarkan zakat;
sama ada zakat fitrah, zakar harta benda, zakat haiwan ternakan, zakat
pendapataan, zakat emas dsb. Mereka bukan sahaja mengeluarkan zakat yang
diwajibkan, mereka juga tidak lokek untuk bersedekah kepada golongan yang
memerlukan, sama ada yang memerlukannya itu orang perseorangan atau institusi
tertentu.
3- seseorang yang meyakini keberadaan Hari Akhirat & dengan segala
macam huru-hara & kalut ributnya. Tidak ada seorangpun manusia yang selamat
dari hura-hara kiamat itu kecuali semasa di dunia ini, seseorang itu mengikut
panduan yang dicirikan oleh al-Qur’an. Ya Hari Akhirat sebagai suatu hari yang
AlLah SWT akan membalas setiap amalan manusia yang dilakukannya secara sukarela.
Inilah 3 golongan manusia yang dinyatakan oleh AlLah SWT yang akan
menjadikan al-Qur’an sebagai bahan rujukan primernya setiap hari.
4. Sesungguhnya orang-orang yang tidak yakin dengan hari
akhirat, KAMI hiaskan perbuatan-perbuatan buruk nampak/kelihatan baik kepada
mereka; lalu mereka teraba-raba dalam kesesatan.
Seterusnya ditegaskan oleh AlLah SWT bahawasanya orang-orang yang tidak
mahu beriman kepada adanya pembalasan pada Hari Akhirat, DIA akan menghiaskan
atau mereka akan nampak baik & bermanfaat segala perbuatan jahat &
jijik mereka. Dengan makna AlLah SWT mengizinkan setan & the gang
menjadikan baik & menarik pada mata orang yang tidak beriman segala amalan
buruk mereka. Misalnya AlLah SWT mengharamkan khamar tapi setan akan
menampakkan minum khamar itu baik untuk kesihatan. Lalu mereka pun mempromosikan arak dalam pelbagai media. Ekoran
daripada mereka nampak yang buruk itu sebagai yang baik, maka jadilah mereka
teraba-raba dalam kesesatan. Mereka menggembara dalam kesesatan kerana melakukan
sesuatu yang telah disesatkan AlLah SWT.
5. Mereka itulah orang-orang yang akan mendapat balasan yang
buruk (di dunia) dan mereka pada hari
akhirat merupakan orang yang palig rugi.
Orang-orang yang kufur
disifatkan oleh AlLah SWT akan mendapat balasan buruk semasa hidupnya di dunia
& pada hari akhirat kelak mereka merupakan orang yang paling rugi. Balasan buruk
di dunia yang dimaksudkan ialah orang yang kafir ini semasa hidupnya tidak akan
mendapat ketenangan di sepanjang hayatnya. Hati mereka menjadi resah gelisah
setiap masa walaupun mereka dilingkari oleh pelbagai kesenangan & timbunan
harta dunia. Dunia menjadi saksi bisu bagaimana & banyaknya manusia yang
kaya-raya mati kerana membunuh diri. Kerana pada mereka antara cara untuk
mendapat ketenangan ialah mati. Begitu juga sang ayah tidak akan mendapat
perkhidmatan yang baik daripada anak-anaknya kerana dalam kepercayaan mereka
(agama yang dianut) tidak ada suruhan untuk memuliakan ibu bapa. Itu antara
balasan buruk untuk mereka semasa di dunia.
Pada hari akhirat kelak
mereka tentunya menjadi terlalu rugi disebabkan mereka tidak mengiktiraf AlLah
SWT sebagai RABB, tidak menjadikan solat sebagai interaksinya dengan sang
Pencipta, tidak mahu mengeluarkan zakat kepada yang berhak, & dalam masa
yang sama mereka mengingkari adanya Hari Akhirat, suatu hari yang dijanjikan
AlLah SWT Pencipta & Pemilik semua alam.
6. Dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) diberikan
Al-Qur’an dari sisi Yang Maha Bijaksana,
lagi Maha mengetahui.
AlLah menegaskan dalam firman-NYA
ini bahawasanya Nabi Akhir Zaman, Nabi Muhammad SAW telah diberikan al-Qur’an
sebagai pedoman dakwahnya menghadapi umat.
Al-Qur’an yang menghimpun segala inti & pati ajaran AlLah SWT untuk
diterangkan kepada manusia. Mana-mana yang disukai-NYA diperjelaskan untuk
menusia memahami & mana-mana yang dibenci-NYA dijelaskan secara terperinci
agar semua manusia dapat menghindari.
Al-Qur’an yang didatangkan
& diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW itu datangnya dari AlLah SWT Yang
Maha Bijaksana serta Maha Mengetahui. AlLah SWT Yang Maha Bijaksana & Maha
Mengetahui itulah telah semua peristiwa, semua kejadian, semua penemuan yang
bakal berlaku, semua ilmu untuk kegunaan manusia, segala-gala yang diimpi
manusia sehingga ke akhir zaman, semuanya sudah termuat dalam al-Qur’an. Sebab itulah apabila kita beramal dengan
al-Qur’an sebenarnya kita telah meneroka segala macam ilmu masa depan. Kita akan
menjadi lebih cerdik puluhan, ribuan, jutaan tahun daripada manusia lain yang
tidak pernah membaca al-Qur’an.
7. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata
kepada isterinya: "Sesungguhnya aku
ada melihat api; aku akan bawakan kepada kamu dengan api itu, berita, atau aku
akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.
Seterusnya AlLah SWT membawakan kisah bagaimana caranya Musa bin Imran
dilantik menjadi sebagai salah seorang anbiya-NYA. Kisahnya bermula apabila
Musa bin Imran & isterinya tiba di suatu tempat. Apabila datangnya waktu
malam dia ada semacam api di hujung
sana. Untuk itu Musa berpesan kepada isterinya supaya tetap berada di situ
kerana dia ingin mendapatkan api tersebut. Apabila dia sudah berada di tempat
api itu tentunya dia akan dapat bertanyakan khabar & mendapatkan maklumat
semasa. Seterusnya dia berjanji akan membawakan mereka colok agar mereka tidak
terus berada dalam kedinginan. Lalu dia pun segera cuba pergi mendapatkan api
tersebut.
8. Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran)
ia diseru: "Berkat yang melimpah-limpah siapa berada dekat api ini dan
sesiapa yang ada di sekelilingnya; Maha Sucilah Allah Tuhan RABB sekalian alam.
Apabila Musa sampai ke
tempat yang berhampiran dengan unggun api yang dilihatnya 'beliau terdengar
suara yang entah dari mana yang berkata; itulah suara yang berupa doa &
puji-pujian kepada yang Esa. Masuk dengan jelas ke pendengarannya suara aneh
itu; ‘berkatlah buat sesiapa yang berada berhampiran dengan api itu &
berkat juga untuk sesiapa yang berada di sekeliling api itu’ Tentunya Musa bin
Imran perasan bahawa suara itu dtujukan kepada diri & isterinya, sebab
tidak ada orang lain lagi di situ, hanya mereka.
9.
"Wahai Musa, Sesungguhnya AKU AlLah
Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana
Seterusnya dia mendengar
suara yang memanggilnya wahai Musa sesungguhnya AKU AlLah SWT Yang Maha
Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Mengertilah dia bahawa suara yang didengarnya itu
bukan suara siapa-siapa melaikan suara AlLah Yang Maha Esa, memperkenalkan
dirinya serentaak dengan itu menobatkan dia sebagai salah seorang rasul-NYA. SubhanalLah.
Nabi AlLah Musalah antara anbiya yang dapat bercakap terus tanpa perantaraan
malaikat dengan Allah SWT, selain Nabi Akhir Zaman Nabi Muhammad SAW pada malam
Isra’ & Mikraj’. Bezanya Baginda Nabi kita SAW bukan sahaja mendengar suara
AlLah SWT malah dijemput untuk menjadi tetamu istimewa-NYA.
10. Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. maka apabila
ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas,
seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak
menoleh lagi. (lalu ia diseru): " Wahai Musa, janganlah takut,
Sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadap-KU tidak sepatutnya merasa takut,
Nabi AlLah Musa AS sebelum ini berkerja sebagai
pengembala kambing kepunyaan seorang alim bernama Syuaib. Pengembalaan kambing
selama beberapa tahun ini juga sebagai mas kahwin perkahwinannya dengan Safuura.
Sebagai pengembala tentunya Baginda AS tidak lepas daripadanya tongkat. Tongkat
& pengembala tidak boleh dipisahkan seperti guru dengan buku. Lalu AlLah
SWT meminta Nabi Musa AS agar mencampakkan tongkatnya, tanpa banyak bicara dia
pun mencampakkan tongkatnya itu. Tanpa diduganya tongkat yang tercampak itu
tiba-tiba bertukar menjadi ular & bergerak-gerak, fenomena ini telah
menakutkannya. Ya ular sejenis reptilia yang ditakuti kalaupun tidak berasa
geli. Banyak orang yang geli & takut dengan ular ini, termasuklah saya. Apabila
dihimpit rasa takut, Nabi AlLah Musa AS cuba melarikan diri & tidak menoleh
lagi ke belakang.
Perbuatan Nabi Musa AS itu
ditegur oleh AlLah SWT & berpesan kepadanya supaya jangan takut, kerana
tidak wajar & tidak harus berasa takut oleh seorang anbiya apabila berhadapan
dengan RABBnya, kerana RABB itu mesti dihampiri dengan sesungguh hati bukan
dijauhi dengan cara melarikan diri.
No comments:
Post a Comment