About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Sunday, January 22, 2012

Surah At-Thuur ayat 21-29

Tazkirah Dwibulanan, Minggu ke 2 & ke 4. Isnin Malam Selasa.                                                                                           Masjid as-Solehin Kg Telok Kemunting, Bachok, Kelantan
Tafsir Surah at-Thuur. Ayat 21 – 29
30 Safar 1433 – 24 Jan 2012



21. Dan orang-orang yang beriman & diikuti oleh zuriat keturunannya yang juga beriman, KAMI himpunkan bersama zuriat keturunannya (di dalam Syurga); & KAMI tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
22. Dan (penduduk syurga itu) KAMI tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari pelbagai jenis yang mereka ingini.
23. Mereka di dalam syurga itu  bertukar-tukar piala yang isinya  tidak mengandungi perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan  dosa.
24. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda seakan-akan anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan.
25. Dan mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
26. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (kalau-kalau berlaku derhaka kepada AlLah),
27. "Maka AlLah mengurniakan kami (rahmat dan taufiq-NYA), serta memelihara kami dari azab neraka.
28. "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-NYA  Sesungguhnya DIA lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsan, lagi Yang Maha Mengasihani".
29. Maka hendaklah engkau (Wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran Yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat RABB mu bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.









21. Dan orang-orang yang beriman & diikuti oleh zuriat keturunannya yang juga beriman, KAMI himpunkan bersama zuriat keturunannya (di dalam Syurga); & KAMI tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
            AlLah SWT sebagai Pemilik Syurga berjanji kepada sesiapa sahaja, pada zaman manapun dia hidup, di bumi manapun dia berdiri & berlari, dalam pecahan warna budaya manakah dia dilahirkan dengan satu janji iaitu; mana-mana orang yang beriman & dididiknya anak cucunya sehingga beristiqomah dengan iman walaupun selepas kematiannya, & zuriat keturunannya pun mati dalam keadaan beriman, DIA akan mengumpulkan kesemua mereka dalam satu syurga.
        Adalah diriwayatkan, apabila seseorang itu dimasukkan ke syurga, di manakah anak-anaknya, di manakah isteri-isterinya, di manakah ayah bondanya, di manakah cucu-cucunya & sebagainya.
Apabila diberitahu mereka semua sedang diazab di neraka, maka berdukacitalah dia. Apabila diberitahu mereka berada di syurga yang lebih rendah darinya, dia akan bermohon kepada AlLah SWT agar kesemua keluarganya dihimpun & dikumpulkan di syurganya, dia memohon kepada AlLah SWT agar kekurangan amal yang dilakukan oleh ahli keluarganya ditambung oleh amal solehnya. Oleh sebab itu, sebagai ketua keluarga seseorang itu wajar menjadi lebih soleh daripada ahli keluarganya yang lain.
      Telah menjadi ketetapan AlLah SWT setiap manusia akan terikat dengan amal masing-masing. Orang-orang beriman terikat dengan amal soleh mereka sehingga dimasukkan ke syurga oleh AlLah SWT dengan rahmat-NYA. Sementara orang kafir, munafik, fasik, mulhid, musyrik, & yang semakna dengannya juga terikat & ditempa, lalu terbentuklah dengan kemungkaran. Setiap manusia akan dinilai & dibalas mengikut apa yang dia buat.










22. Dan (penduduk syurga itu) KAMI tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari pelbagai jenis yang mereka ingini.
         Untuk penghuni & pewaris syurga AlLah SWT  sebagai ZAT Yang Maha Agung menghamparkan janji-NYA iaitu DIA akan menambahkan nikmat-NYA kepada penduduk syurga setiap hari. Dengan makna nikmat yang bakal dirasa penduduk syurga akan bertambah setiap hari. Nikmat yang dirasai pada hari ini lebih lebih daripada nikmat yang dirasai semalam & nikmat esok lusa tulat akan menjadi lebih hebat daripada apa yang dirasa pada hari ini. SubhanalLah.
        Untuk memudahkan manusia faham akan nikmat tersebut, AlLah SWT menyebutkan yang DIA akan menambahkan keenakan & kelazatan yang terdapat dalam buah-buahan serta daging yang mereka makan setiap hari itu. Dengan keagungan-NYA, DIA menjadikan buah-buahan & daging yang dinikmati itu, suapan kedua menjadi lebih lazat & sedap berbanding dengan suapan kali pertama, suapan kali-kali berikutnya menjadi semakin sedap & semakin lazat. SubhanalLah. Lalu masih adakah nikmat AlLah SWT yang kita masih tidak berpuashati?



23. Mereka di dalam syurga itu  bertukar-tukar piala yang isinya  tidak mengandungi perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan  dosa.
        Di syurga penghuninya dibenarkan untuk bertukar-tukar piala masing-masing. Piala yang terbuat daripada emas tulen 100% digunakan untuk mengisi minuman, sementara piala tersebut dianugerahkan bukan kerana perkara yang sia-sia, tapi piala itu terhasil dari tempaan amal soleh semasa di dunia ini. Piala itu diperoleh tidak melalui jalan dosa & tidak akan menyebabkan datangnya dosa.
        Dapat difaham melalui hadis tertentu, piala tersebut digunakan untuk mengisi minuman & antara minuman yang diisikan dalam piala tersebut ialah khamar/arak. Arak yang disediakan di syurga tidak sama dengan arak yang ada di dunia. Di syurga araknya menyihatkan peminumnya. Sesiapa yang  pernah minum arak semasa di dunia & matinya tak sempat bertaubat, jika dia dimasukkan ke syurga dia tidak akan diberi peluang untuk menikmati arak di syurga. Lalu di dunia ini usahlah ghairah untuk menjadi pencandu arak & ghairah pula menyokong geng-geng peminum arak atau geng-geng yang mengeluarkan lesen arak.



24. Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda seakan-akan anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan.
        Di syurga, pelayan-pelayannya muda belia yang sentiasa cergas & cerdas yang bersedia untuk memberikan khidmatnya sepanjang masa. Mereka merupakan khadam, kita sebagai tuan pengarah. Pelayan-pelayan ini bukan sahaja muda belia malah mereka terlalu cantik & menarik sekali, seolah-olah mereka itu mutiara indah yang tersimpan. Penyimpannya pula bukan calang-calang tetapi AlLah SWT sebaik-baik & sepandai-pandai penyimpan yang menyimpan. subhanalLah.  



25. Dan mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
        Penghuni syurga kelak saling bertemu mata lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan. Apabila bertemu mereka akan saling bertanyakan sesama sendiri. Mereka akan bertemu dengan teman-teman semasa di dunia & juga mereka akan menemui rakan, taulan, sahabat, teman-teman yang baru dikenali. Mereka juga akan saling bertanyakan khabar dengan sanak keluarga masing-masing. Segalanya akan berlaku dalam keadaan harmoni & saling menghormati serta saling puji-memuji sesama sendiri.





26. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (kalau-kalau berlaku derhaka kepada AlLah),
        Geng-geng syurga ini akan saling memberitahu keadaan mereka semasa hidup di dunia, iaitu mereka semasa menjalani hidup di dunia mereka sentiasa dibayangi perasaan takut & cemas, kalau-kalau apa yang mereka lakukan dalam seharian itu mengundang dosa & murka AlLah SWT. Mereka bimbang andainya apa yang mereka lakukan, pada mereka sesuatu amal itu dibuat semampunya, namun mereka bimbang jika apa yang dikerjan mereka belum mencapai sasaran kualiti yang dikehendaki AlLah SWT. Dengan makna kata lain mereka cemas jika amal yang dibuat tidak mencapai standart yang dikehendaki-NYA.
        Dalam pada itu juga mereka bimbang yang amat sangat jika mereka terbuat perkara yang dikira mungkar & akan dimurkai-NYA.


27. "Maka AlLah mengurniakan kami (rahmat dan taufiq-NYA), serta memelihara kami dari azab neraka.
        Dengan deretan doa mereka dari rasa takut & harap pada RABB itu AlLah SWT telah memelihara mereka dari gugusan azab yang tersedia menanti dalam neraka. Mereka diberi hidayah & taufik dari sisi-NYA. Dengan adanya hidayah & taufik itulah yang menjadikan mereka berasa amat jijik untuk menggabungkan diri dalam sesuatu agenda yang berbaur  atau berunsur dosa, maksiat, mungkar, dan perkara-perkara lain yang sejijik dengannya.




28. "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-NYA.  Sesungguhnya DIA lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsan, lagi Yang Maha Mengasihani".
        Penghuni syurga masing-masing berceritakan pula tentang tahap istqomah masing-masing. Mereka tetap menjadi hamba AlLah SWT dalam semua masa sama ada dalam suka atau duka. Sama ada semasa senang atau semasa derita. Sama ada semasa sihat atau semasa terlantar di hospital. Sama ada semasa berseorangan atau di khalayak banyak. Mereka tidak pernah berasa diri mereka  lebih tinggi daripada seorang hamba. Mereka hamba AlLah SWT. Mereka menjunjung  & mendaulatkan segala titah & perintah AlLah SWT lebih tinggi daripada segala-galanya. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri, Mereka sanggup mengorbankan kepentingan keluarga, Mereka sanggup mengorbankan kepentingan parti, Mereka sanggup mengorbankan kepentingan negara, Mereka sanggup mengorbankan kepentingan bangsa, Mereka sanggup mengorbankan kepentingan  apa sahaja, jika kepentingan itu bercanggah dengan titah & perintah AlLah SWT.

29. Maka hendaklah engkau (Wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat RABB mu bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
        AlLah SWT menitahkan Nabi Muhammad SAW agar sentiasa tekun & komited dalam memberikan tazkirah kepada manusia. Tazkirah yang diminta AlLah SWT untuk disampaikan ialah tazkirah yang berpandukan al-Qur’an. Dengan maksud menterjemahkan maksud ayat-ayat yang terpahat kejap itu. Ya ayat al-Qur’an yang ada di sekitar 6236 itu perlu diberitahu kepada semua umat manusia, agar mereka mengerti tentang tujuan hidup ini. Kita juga yang masih disambung nyawa ini berkewajipan sama; iaitu tolong membacakan maksud ayat-ayat AlLah SWT kepada manusia yang ada di sekeliling kita, agar mereka mengetahui kehendak & larangan-NYA. Kemudian selepas daripada kita memberitahukan, terserahlah kepada mereka sama ada untuk mempercayai ajaran yang ada dalam al-Qur’an ataupun  mereka memilih untuk mengingkarkan.
        Biarpun wujud banyak golongan yang mengingkarkan, mungkin 72 golongan daripada 73 golongan yang ada, usaha memberi & menyampaikan tazkirah mesti diteruskan. Biarpun kerap kali golongan yang menyampaikan tazkirah ini dilabel dengan pelbagai lebel yang bersifat menghina, tazkirah ini mesti diteruskan jua, tiada yang boleh menghalangnya kecuali dua;
1- pentazkirah dipanggil mengadap AlLah SWT
2- manusia mula berjinak dengan agama AlLah SWT

Ya di sepanjang sejarah pentazkirah ini sering dilabelkan dengan pelbagai label mengikut situasi semasa. Pentazkirah akan dilabelkan sama dengan golongan yang tidak disukai pada zamannya. Kalau pada zaman dahulu para anbiya AlLah SWT dilabelkan dengan gelaran; gila, tukang sihir, pemecah belah masyarakat, pengarang cerita dongeng zaman dahulu.
        Pada zaman ini label itu bertambah dengan pelbagai istilah lagi seperti; teroris, pelampau agama, golongan antikemajuan, kominis, golongan yang menolak dunia, pengamal agama sempit, & bakal ada berjuta-juta istilah yang memenuhi maya. Kesemua istilah ini direka & dicipta agar khalayak banyak akan menjauhi golongan pentazkirah ini. apabila hidup manusia kosong dari tazkirah, agama, budi, sopan-santun, & moralpun akan tumpah dari cangkir ingatan. Semasa itu kemanusiaanpun menjunam ke lembah binatang. Manusia pun mulai tidak mempedulikan mana satu yang halal & mana satu pula yang haram. Agenda mungkar pula membiak di mana-mana






No comments:

Post a Comment

Tetamu

Blog Archive

free counters