Malam ini 22 Safar 1433- 16 Jan
2012
Tazkirah Mingguan di Masjid Haji Sulaiman,
Kg Jembal, Bachok, Kelantan
Surah al-A’raf ayat 88 - 97
Jawapan Pembesar Terhadap Dakwah Nabi AlLah Syuaib AS
88. Pembesar-pembesar/pemuka-pemuka
yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan
mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang bersamamu dari negeri
kami, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah
(kamu akan mengusir kami) sekalipun kami tidak menyukainya?
89. "Sesungguhnya
berdustalah kami terhadap AlLah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah
AlLah menyelamatkan KAMI daripadanya dan tidaklah harus kami berpindah
kepadanya sama sekali, kecuali jika RABB kami, menghendakinya. Pengetahuan RABB
kami meliputi setiap sesuatu. Kepada AlLah sahajalah kami bertawakal. Wahai RABB
kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan kebenaran , kerana ENGKAU
sahajalah sebaik-baik hakim".
90. Dan
berkatalah ketua-ketua yang kafir dari
kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut
Syuaib nescaya kamu menjadi orang-orang yang rugi".
91. Maka mereka
dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan
di dalam rumah masing-masing.
92. Orang-orang yang
mendustakan Nabi Syuaib seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu.
orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
93. Kemudian Nabi
Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah RABBku, dan aku telah memberi
nasihat kepada kamu. Oleh sebab itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap
orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
94. Dan (Tuhan
berfirman): KAMI tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang
didustakan oleh penduduknya), melainkan KAMI timpakan mereka dengan kesusahan
(kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah
diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
95. Setelah (Mereka
tidak juga insaf) KAMI gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka
kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya):
"Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan
kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". lalu KAMI timpakan mereka
(dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
96. Dan (Tuhan
berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah KAMI akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan
(Rasul kAMI), lalu KAMI timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa Yang
mereka telah usahakan.
97. Patutkah penduduk
negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab
Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
Jawapan Pembesar Terhadap Dakwah Nabi AlLah Syuaib AS
88. Pembesar-pembesar/pemuka-pemuka
yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan
mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang bersamamu dari negeri
kami, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab:
"Adakah (kamu akan mengusir kami) sekalipun kami tidak menyukainya?
Ajakan & dakwah Nabi AlLah Syuaib AS agar kaumnya kembali bertauhid
kepada AlLah SWT & membetulkan segala kesilapan mereka dalam urusniaga
seharian disambut oleh pembesar & pemimpin kaum dengan ugutan. Ugutan tersebut
ialah seandainya Nabi AlLah Syuaib AS terus-menerus menjalankan kegiatan
dakwahnya, mereka akan menghalau & mengusir bukan sahaja Nabi AlLah Syuaib AS
dari negeri Madyan, malah semua pengikut Nabi Syuiab AS juga akan mengalami
nasib yang sama. Masya-AlLah, sepatutnya mereka bersyukur kepada AlLah SWT yang
telah membangkitkan seorang rasul untuk membetulkan kesilapan yang dibuat oleh
mereka sekian lama & mereka berterima kasih pula kepada Nabi AlLah Syuiab
AS kerana menyedarkan mereka; yang mana haq & yang mana pula batil. Tapi sebaliknya
yang berlaku, mereka menggugut & mengancam pula. Inilah hakikat &
realiti yang perlu dilalui & dialami oleh jurudakwah sepanjang jalan
dakwahnya.
Dalam menanggapi ancaman
tersebut Nabi AlLah Syuaib AS membuka ruang pertanyaan kepada mereka iaitu
bagaimana mereka nak menghalau golongan yang beriman dari Madyan, kerana mereka
juga mempunyai haq yang sama dengan orang-orang yang lain. Andainya mereka yang
beriman ini enggan meninggalkan bumi Madyan, bumi yang mereka warisi daripada
nenak moyang mereka, apa pula tindakan lain yang boleh mereka lakukan, itulah
antara pertanyaan yang dilontar kembali Nabi AlLah Syuaib AS kepada kaumnya
ibarat kata pepatah; mengembalikan paku buah keras.
Dalam masa yang sama mereka
juga menawarkan rundingan kepada Nabi AlLah Syuaib AS agar menginggalkan Islam
yang sedang dianut kemudian menyertai agama berhala mereka, cara hidup yang
mereka amalkan sejak sekian lama. Aneh ya mereka, Nabi AlLah Syuaib AS
menawarkan kepada mereka cahaya Islam, mereka tentang habis-habisan, sebaliknya
mereka mengajak kaum muslimin pada masa itu
untuk terjun ke lembah jahiliyyah mereka yang sesat. Tetapi kepada
mereka itulah tawaran yang seimbang.
89. "Sesungguhnya
berdustalah kami terhadap AlLah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah
AlLah menyelamatkan KAMI daripadanya dan tidaklah harus kami berpindah
kepadanya sama sekali, kecuali jika RABB kami, menghendakinya. Pengetahuan RABB
kami meliputi setiap sesuatu. Kepada AlLah sahajalah kami bertawakal. Wahai RABB
kami, putuskanlah antara kami dengan kaum kami, kerana ENGKAU sahajalah
sebaik-baik pemberi keputusan".
Dengan tegas Nabi AlLah
Syuaib AS jelaskan sekiranya dia & pengikut iman kembali menyembah patung
& berhala yang ada sebagaimana mereka, perbuatan tersebut dikira
mendustakan AlLah SWT & DIA tidak pernah mengizinkan perkara tersebut. Kerana
selama ini mereka berenang dalam lautan jahiliyyah yang sesat kemudian AlLah
SWT menyelamatkan mereka dengan wahyu melalui dakwah para nabi, tiba-tiba
mereka kembali terjun semula ke lembah jahiliyyah. Perbuatan tersebut dikira
mempersendakan AlLah SWT. Dengan tegas juga Nabi AlLah Syuaib AS menyatakan
pendirian kaum yang beriman bahawa mereka tidak akan sama sekali meninggalkan
bumi Madyan bumi kelahiran meraka & berhijrah ke bumi asing yang lain
kecuali dengan adanya izin AlLah SWT. Umat Islam hanya boleh berbuat sesuatu
sama ada tetap di bumi Madyan ataupun berhijrah dengan izin AlLah SWT.
Perintah daripada AlLah SWT untuk hamba-NYA itu datangnya
dari ilmu-NYA yang meliputi setiap sesuatu, bukan dibuat ikut sedap rasa
semata-mata. AlLah SWT Yang Maha Mengetahui dulu, kini, & masa depan akan
memutuskan kehendak-NYA & umat Islam di sepanjang zaman tetap yakin &
berserah kepada ketentuan-NYA.
Setelah itu Nabi AlLah Syuaib AS mengangkat & menadah
tangannya untuk bermunajat & mengadu kepada AlLah SWT Yang Maha Mendengar
& Maha Penakdir dengan doa keramatnya; Wahai RABB kami, putuskanlah antara
kami dengan kaum kami, kerana ENGKAU sahajalah sebaik-baik pemberi keputusan".
.
90. Dan
berkatalah ketua-ketua yang kafir dari
kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): "Sesungguhnya jika kamu mengikut
Syuaib nescaya kamu menjadi orang-orang yang rugi".
Munajat & doa daripada
Nabi AlLah Syuaib AS mendatangkan rasa gerun & cemas golongan kufar pada
masa itu. Mereka bimbang amat dengan penampilan sosok yang jujur seperti Nabi
Syuaib AS mengajak ke jalan AlLah SWT akan menarik lebih banyak khalayak yang
beriman kepadanya. Untuk mengelakkan manusia lebih banyak mendapat hidayah,
ketua-ketua kaum yang derhaka ini megeluarkan ugutan, sesiapa sahaja yang
mengikut & menjadi pengikut Nabi Syuaib dikira orang-orang yang rugi. Kenyataan
ini berjaya menarik sebahagian penduduk Madyan yang berkepentingan.
91. Maka mereka
dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan
di dalam rumah masing-masing.
Doa permohonan dari para
anbiya selamanya tidak dibiarkan begitu sahaja oleh AlLah SWT, sebaliknya DIA telah
menentukan keputusannya. AlLah SWT memakbulkan doa Nabi AlLah Syuaib AS dari
itu berlakulah satu gempa yang amat hebat & dahsyat. Ekoran daripada goncangan
gempa yang maha hebat & dahsyat ini menyebabkan mereka mati bergelimpangan
di rumah-rumah mereka sendiri, mereka tidak sempat untuk berbuat apa-apa
(bertaubat) & melarikan diri.
92. Orang-orang yang
mendustakan Nabi Syuaib seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu.
orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
AlLah SWT menjelaskan bertapa dahsyat &
hebatnya bala & azab yang titimpakan ke atas penduduk Madyan ini, dengan
analogi, seolah-olah negeri Madyan tidak pernah dihuni. Negeri tersebut menjadi
kosong, sekosong-kosongnya, tidak meninggalkan apa-apa bekas, tidak meninggalkan
apa-apa kesan. Kepada sesiapa yang melihat negeri Madyan selepas penurunan azab
& bala ini akan merasakan bumi Madyan ini sebuah bumi yang tidak pernah
dihuni atau berpenghuni. & dengan tegas AlLah SWT menobatkan bahawa sesiapa
sahaja yang mendustakan ajaran para anbiya-NYA itulah sebenar-benar rugi. Rugi di
dunia & rugi amat di akhirat. Jadi untuk umat & penduduk Madyan merekalah
yang menempa & menempah kerugian itu kerana menolak & tidak beriman
dengan ajaran Nabi AlLah Syuaib AS. Demikian halnya kita pada hari ini, jika
kita tidak beriman kepada ajaran yang termuat dalam al-Qur’an, kitalah pewaris
kerugian itu selama-lamanya.
93. Kemudian Nabi
Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah RABBku, dan aku telah memberi
nasihat kepada kamu. Oleh sebab itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap
orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
Setelah AlLah SWT
membinasakan umat Nabi Syuaib AS, Baginda diperintahkan agar meninggalkan
negeri Madyan untuk berhijrah ke tempat yang lain. Sebelum meninggalkan Madyan,
Baginda telah mengingatkan pengikut-pengikutnya di samping memberitahu kepada mereka
yang telah mati bahawa sebanyak mana amanah AlLah SWT untuk disampaikan,
semuanya telah disampaikan oleh Baginda dengan penuh kasih & sayang. Setelah
semua ajaran AlLah SWT disampaikan, tapi masih ada lagi manusia yang enggan
menerima & apabila datang azab & bala AlLah secara total, maka Baginda
tidak sedikitpun berasa sedih atau dukacita.
94. Dan (Tuhan
berfirman): KAMI tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang
didustakan oleh penduduknya), melainkan KAMI timpakan mereka dengan kesusahan
(kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah
diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
Telah menjadi sunnah AlLah
SWT di bumi ini sejak zaman berzaman, apabila para rasul AlLah SWT didustai
dengan sehebat-hebatnya & para anbiya-NYA diancam, maka DIA tidak akan
berkompromi lagi iaitu DIA akan menurunkan azab & balanya untuk mengajarkan
kaum tersebut, mudah-mudahan selepas itu mereka akan insaf & menyahut
ajaran yang dibawa & didakwahkan.
95. Setelah (Mereka
tidak juga insaf) KAMI gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka
kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya):
"Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan
kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". lalu KAMI timpakan mereka
(dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
Kalaupun dengan penurunan
azab & bala itum sesuatu kaum itu masih setia dengan kekufurannya, AlLah
SWT juga tetap menggantikan kesusahan yang dialami mereka dengan rangkaian
kesenangan. Kesenangan yang diterima mereka itu akan melimpah ruah di samping
itu AlLah SWT juga akan menjadikan zuriat yang banyak untuk mereka. Sehingga mereka
lupa yang mereka pernah diazab & dibalai pada suatu masa. Mereka berasa
kesenangan yang ada di sisi mereka sedikitpun tiada campurtangan dari ALLah
SWT, semua dirasa dari kepandaian sendiri. Mereka akan memberitahu bahawa
kesenangan yang mereka miliki itu sebahagiannya mereka warisi dari nenak moyang
mereka.
Kesenangan yang datang akan menjadikan mereka lalai &
semakin jauh dari beraqidah kepada AlLah SWT. Mereka juga semakin galak
melakukan kemungkaran demi kemungkaran, meneruskan kemungkaran sedia ada &
menambah dengan kemungkaran yang baharu. Apabila keadaan ini terjadi AlLah SWT
berjanji akan menurunkan azab kepada mereka secara mengejut & tiba-tiba. Apabila
datangnya azab itu mereka pun sibuk mencari puncanya dengan mengadakan
mesyuarat demi mesyuarat tetapi mereka tidak menyedari buat selama-lamanya
bahawa azab & bala itu datangnya dari AlLah SWT sebagai balasan terhadap
kekufuran mereka selama ini.
96. Dan (Tuhan
berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah KAMI akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan
(Rasul kAMI), lalu KAMI timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang
mereka telah usahakan.
Dalam ayat ini, AlLah SWT telah memetakan
janji-NYA. Janji untuk memakmurkan negara. Dengan kata lain AlLah SWT
memberikan fatwa & petua bagaiman sesebuah negara itu akan menjadi kaya
raya. Jaminan AlLah SWT untuk para hamba, berkatkuasa serta merta &
berlangsung selama-lamanya; iaitu iman & taqwa. Kalaulah hamba yang duduk
di mana sahaja di dunia ini beriman dengan maksud yakin seyakin yakinnya denga Rukun
Iman yang 6 itu, kemudian mereka bertaqwa, berebut melakukan apa yang disuruh-NYA
dalam masa yang sama berebut pula meninggalkan larangan-NYA, DIA akan
membukakan rangkaian berkat yang ada di langit & di bumi. Berkat sesuatu
yang tidak kelihatan tapi amat menentukan. Beriman & bertaqwa ini mestilah
selari dengan apa yang diterjemahkan oleh para rasul atau para nabi bukan
direka-reka sendiri.
Tapi sayangnya hanya
sebilangan kecil sahaja manusia yang bersedia menurut ajaran nabi. Kebanyakan mereka
memilih untuk menjadi penentang & pembangkang terhadap ajaran Islam. Kerana
ajaran yang dibawa para anbiya ini selama-lama menetang keras kepada semua
bentuk pemujaan selain pemujan terhadap AlLah SWT. Sama ada pemujaan terhadap
hawa nafsu, pemujaan kepada patung-patung & berhala, pemujaan kepada
manusia, pemujaan kepada harta dan lain-lain.
Penentangan mereka terhadap
ajaran AlLah SWT yang dibawa oleh para nabi & rasul ini telah melayakkan
mereka untuk menerima azab & bala AlLah SWt di mana sahaja mereka berada.
97. Patutkah penduduk
negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab
Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
AlLah
SWT menanyakan kepada sesiapa sahaja yang kufurkan-NYA, adakah mereka berasa
aman daripada datangnya azab AlLah SWT. AlLah SWT berkuasa sungguh untuk
mendatangkan azab & bala darinya pada bila-bila masa sama ada pada waktu
siang ataupun malam. Andainya azab AlLah SWT itu datang pada waktu malam, &
kita pula sedang nyenyak tidur mampukan kita hindari azab itu? Usahkan sewaktu
tidur, sewaktu jaga juga kita tidak berupaya untuk menyekat bala AlLah SWT. Usahkan
bala-NYA, semua manusia tidak berdaya untuk menahan titis-titis hujan dari membasahi
bumi & menghalang bumi dari ditenggelami air. subahanalLah.
No comments:
Post a Comment