Siapa Nabi Muhammad SAW
Teks Tazkirah Maulid Rasul di;
Masjid Aur, Budi- Selasa malam Rabu = 1 Rabiul
Awal 1433
Masjid Hj Abu Bakar, Pintu Gerbang, Tawang –
Rabu Malam Khamis = 2 Rabiul Awal 1433
Masjid Wak Dir, Kg Telok Kemunting Timur -
Khamis Malam Jumaat = 3 Rabiul Awal 1433
Surah:
Al-Jumu'a
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Sedang & akan
terus-menerus bertasbih kepada AlLah SWT segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi, AlLah SWT Raja segala raja Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha
Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Sebagai manusia kita dimaklumkan
oleh AlLah SWT bahawa; segala apa yang ada di langit yang 7 lapis itu, &
segala apa yang menghuni bumi ini, & yang berada di antara keduanya sedang
giat & akan terus bertasbih kepada AlLah SWT, secara terus-menerus sehingga
kiamat. Hanya 2 ciptaan-NYA sahaja yang kadang-kadang bertasbih &
kadang-kadang tidak, iaitu jin & manusia. Jin & manusia jika mereka
teringatkan kebesaran AlLah SWT, mereka akan bertasbih, jika mereka dihinggapi
penyakit sesekali baru mereka teringat akan kekuasaan AlLah SWT. Semasa itu
barulah keluar dari mulut mereka ungkapan tasbih, tahmid, tahlil, takbir, atau
zikirulLah.
Segala apa yang menghuni bumi ini,
& yang berada di antara keduanya sedang giat & akan terus bertasbih
kepada AlLah SWT kerana mereka sedar & cukup arif siapakah AlLah SWT itu.
Dalam ayat ini DIA menyenaraikan sedikit sifat & kebehatannya iaitu;
1- al- Malik =
DIA merupakan raja segala raja yang mentadbir & mengurus segala perjalanan
seluruh alam dari awal-awal alam ini dicipta-NYA sehingga kini & akan terus
berlangsung pengawasan itu sehingga ke Hari Qiyamat.
2- al-Quddus =
DIA Maha Suci dari segala kekurangan, kelemahan, kerendahan, kedaifan, DIA Maha
Suci dari segala sifat yang tidak layak ada pada-NYA.
3- al-Aziz = DIA
Amat & Maha Berkuasa. DIA memiliki kekuasaan
bukan DIA diberi kekuasaan sebagaimana manusia yang diberi-NYA kekuasaan
sementara untuk mentadbir diri, mentadbir keluarga, mentadbir kampung halaman
yang ada, mentadbir negeri yang seluas tempurung, atau mentadbir negara yang
luasnya sekangkang kera!
4- al-Hakiim =
DIA Maha Bijaksana selama-lamanya. Tidak sama sebagaimana manusia yang menjadi
sedikit bijak tapi asalnya bodoh & tak tahu apa-apa. Manusia dilahirkan
sebagai bayi yang tak tahu apa-apa, mulai belajar tadika, belajar di sekolah
rendah, belajar lagi di sekolah menengah, sambung pula ke peringkat diploma,
ijazah pertama, ijazah kedua, ijazah ketiga, dilantik jadi prof madya, jadi
profesor, jadi prof emeratus dsb. Masa habis belajar itu mungkin dapat sedikit
bijak dalam bidang yang dipelajarinya sahaja; misalnya dia pelajar perubatan,
dapat jadi pakar perubatan & dia akan mahir dengan bidang perubatannya
sahaja. Jika pakar perubatan tadi diajak untuk membina rumah, pakar tadi serta
merta jadi bodoh tak tahu nak buat apa. Jika pakar tadi diajak menangkap ikan
di lautan, mereka juga pasti jadi bodoh serta-merta. Setelah tahun-tahun
memakan usia sang pakar tadi juga akan kembali jadi bodoh, dia menjadi nyanyuk
akhirnya! Sedang AlLah SWT Maha Suci daripda kekurangan tersebut, DIA tetap
bijaksana tidak ada tarikh awalnya & DIA wajib bijaksana tidak ada tarikh
penghujungnya. SubhanalLah.
DIA lah yang telah mengutuskan
dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad
s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, untuk membacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA(yang
membuktikan keesaan & kekuasaan-NYA), & membersihkan jiwa mereka (dari
iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab AlLah (Al-Quran) &
Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam
kesesatan yang nyata.
AlLah SWT yang memiliki sifat
1- al- Malik, 2- al-Quddus, 3- al- Aziz, & 4- al-Hakiim inilah mengadakan
dalam kalangan masyarakat Arab semasa itu yang rata-ratanya ummi=buta huruf,
buta angka, buta carta, lebih-lebih lagi buta internat & komputer seorang
rasul yang sebangsa dengan mereka. Rasul yang diutus AlLah SWT itu manusia
seperti mereka juga, orang yang mereka paling hormati, sehingga mereka
menggelarinya al-Amin. Satu-satunya anugerah yang diberikan hanya kepada
Muhammad SAW & selepas itu gelaran ini tidak lagi diberikan kepada sesiapa
lagi di dunia ini.
Apabila Muhammad bin AbdulLah ini
dilantik menjadi rasul dengan rasminya apabila menerima wahyu yang disampaikan
oleh Malaikat Jibril AS, maka DIA menyenaraikan 4 tugas yang mesti diberesi
iaitu;
1- membaca &
menceritakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, tanda-tanda keberadaan Allah SWT Yang
Maha Berkuasa yang tentunya melalui kejadian alam yang cukup ajaib. Pertukaran
siang & malam. Hujan yang berfungsi menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan,
perjalanan segala bintang-bintang dsb dalam membuktikan keesaan & kekuasaan-NYA
2- membersihkan jiwa
mereka (dari iktiqad yang sesat), dari sebarang unsur syirik yang membodohkan.
Masyarakat yang dihadapi Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan masyarakat
penyembah berhala, penyembah patung, penyembah kayu, penyembah batu, penyembah
bintang-bintang, penyembah binatang, penyembah ukiran dll yang tegar. Catatan
sirah & sejarah membenarkan bertapa tegarnya syirik, mereka mengadakan
sehingga 360 patung & berhala untuk disembah yang mereka letakkan di
sekeliling Kaabah. Ya bertapa rendah & bodohnya manusia, dia membuat
berhala atau patung dari kayu atau batu atau buah kurma, setelah siap mereka
pula menyembah patung & berhala tersebut. Sepatutnya patung & berhala
yang menyembah mereka, kerana mereka lebih bijak dari patung & berhala.
Sementara patung yang mereka bina daripada buah kurma yang baik mutunya pula,
mereka akan makan apabila mereka kehabisan makanan. Lucu sekali manusia dapat
makan tuhan & tuhan pun tak marah langsung bila anggota badannya dimakan
satu demi satu sehingga habis.
3- Baginda SAW
juga mengajarkan mereka Kitab AlLah. Kitab yang dimaksudkan di sisi tentunya Al-Quran.
Adakah Baginda Nabi SAW hanya mengajarkan masyarakatnya huruf-huruh hijaiyyah
yang bermula dari aliif hingga ya lalu mereka pun menjadi celik huruf kerana
sudah dapat membaca?
Adakah baginda
Rasul SAW hanya mengajarkan mereka cara menyebut makhraj yang betul kepada kaum
bangsanya itu, lalu mereka pun dapat menyebut hukum-hukum mad yang tepat?
Apa yang pasti
Baginda Rasul SAW mengajarkan mereka tafsiran al-Qur’an, menterjemahkan maksud
yang ada dalam al-Qur’an yang menjadi kehendak AlLah SWT secara terperinci.
Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW
sanggup berdakwah siang & malam mengaja manusia kepada Islam. Untuk
menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup
menghabiskan wang & segala harta simpanan.
Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup berhijrah ke Taif untuk mencari medan dakwah yang baru biarpun disambut oleh mereka yang berada di Taif dengan lontaran batu. Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup berhijrah ke Madinah demi mendirikan sebuah kerajaan & pemerintahan & Negara Islam yang menerapkan semua ajaran al-Qur’an dalam kehidupan. Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup ke medan perang mempertahankan Islam dari dinodai & dicemari musuh yang pelbagai ragam; sama ada sang kafirnya, sang musyriknya, sang mulhidnya, sang nasionalisnya, dsb.
Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup berhijrah ke Taif untuk mencari medan dakwah yang baru biarpun disambut oleh mereka yang berada di Taif dengan lontaran batu. Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup berhijrah ke Madinah demi mendirikan sebuah kerajaan & pemerintahan & Negara Islam yang menerapkan semua ajaran al-Qur’an dalam kehidupan. Untuk menterjemah & menafsir ayat-ayat AlLah SWT inilah Baginda Rasul SAW sanggup ke medan perang mempertahankan Islam dari dinodai & dicemari musuh yang pelbagai ragam; sama ada sang kafirnya, sang musyriknya, sang mulhidnya, sang nasionalisnya, dsb.
Semua yang
dilaku Baginda SAW sama ada aqidahnya, ibadatnya, gurauannya, munakahatnya, muamalatnya,
siyasahnya, menghantar suratnya, berperangnya, menghukum penjenayah dengan
hudud dll itu adalah tafsiran daripada ajaran Islam yang datang dari kehendak
AlLah SWT. Bukan dari nafsu Baginda SAW!
4- Baginda SAW
juga mengajarkan Hikmah. Dengan ajaran Baginda SAW, semua sahabatnya menjadi
ahli hikmah. Orang-orang yang bijaksana, kerana mereka sedar hidup mereka ada
kesudahannya iaitu akhirat. Mereka menjadi pencinta akhirat lalu dengan cinta
akhirat mereka semasa di dunia menjadi hebat. Ya pencinta akhirat faham segala
apa yang dilakukan akan diganjari balasannya pada Hari Qiamat.
Mereka akan dibicarakan di Mahkamah AlLah SWT & segala ganti rugi yang diputuskan di sana wajib dibayar sama melalui pahala diri kepada pihak yang mengalami kerugian atau diambil dosa mereka untuk ditanggung oleh kita. Dengan anutan ini menjadikan mereka tidak pelahap kepada sesuatu yang bukan milik mereka bahkan apa yang ada pada mereka pun mereka akan infakkan.
Mereka akan dibicarakan di Mahkamah AlLah SWT & segala ganti rugi yang diputuskan di sana wajib dibayar sama melalui pahala diri kepada pihak yang mengalami kerugian atau diambil dosa mereka untuk ditanggung oleh kita. Dengan anutan ini menjadikan mereka tidak pelahap kepada sesuatu yang bukan milik mereka bahkan apa yang ada pada mereka pun mereka akan infakkan.
Dan juga (telah mengutuskan
Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum
(datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), AlLah
jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja
diutuskan untuk mereka yang sezaman & senegeri dengan mereka bahkan Baginda
SAW juga diutuskan kepada manusia yang selain mereka, bukan orang Arab sahaja
bahkan untuk semua; ya Islam untuk semua yang berjenama manusia & jin.
Pusingan sirah & gulungan sejarah membuktikan Islam ini agama untuk semua,
dianut semua bangsa sejak dari zaman Baginda SAW ada lagi. Misalnya Bilal bin
Rabah bukan orang Arab, dia orang Negro Afrika. Salman al-Farisi bukan orang
Arab dia orang Iran (Farsi), Ashamah bin
al-Abhar (Pemerintah
Habsyah) dia bukan Arab dia orang Habsyah. Addas (pekerja Utbah & Syaibah
bin Rabiah) dia bukan Arab dia orang Ninawa Iraq. AbdulLah bin Salam dia bukan
Arab, dia orang Yahudi. Adi bin Hatim at-Tho’i dia bukan Arab, dia orang
Nasroni. Jaifar & AbdulLah bin al-Jalandi –Penguasa Oman juga menerima
Islam walaupun merka tidak berada di Mekah.
Risalah Islam yang dibawa Baginda Nabi
SAW juga merentas sempadan alam & zaman. Syariat yang dibawa oleh Muhammad
bin AbdulLah ini untuk semua manusia yang lahirnya selepas Nabi Akhir Zaman
sehinggalah ke penghujung atau ke sebelum Hari Qiamat. Apapun warna kulitnya,
pada zaman mana pun dia berada, berbangsa apakah dia, seandainya dia hidup di
antara masa kelahiran Nabi Muhammad SAW hingga ke Qiamat dia wajib menyertai
agama AlLah SWT ini iaitu Islam, tanpa kompromi lagi.
Pada hari ini Baginda Rasul SAW sudah
wafat, siapa pula yang bertanggungjawab meneruskan agenda menyebarluaskan Islam
ini? Tanggungjawab ini terbeban di atas bahu para ulama’, seperti yang
disabdakan Baginda ‘Ulama’ pewaris anbiya’. Bukan semua ulama itu pewaris nabi,
hanya ulama yang ikhlas yang mewakafkan dirinya untuk mengajak manusia memahami
Islam seperti yang diajari Baginda Nabi sahaja layak dinobatkan sebagai Ulama
Pewaris Anbiya’.
(Pengutusan Nabi Muhammad
s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah
kurnia AlLah, diberikan-NYA kepada sesiapa yang menghendaki(rahmat); dan
sememangnya AlLah mempunyai limpah kurnia yang besar.
AlLah SWT menjelaskan bahawa
pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada manusia ini sebagai fadlulLah= kelebihan
& limpah kurnia dari AlLah SWT untuk manusia. Nabi Muhammad SAW dikira
fadlulLah ini hanyalah kepada mereka yang berhajat untuk mencari &
mendekatkan diri kepada AlLah SWT. Adapun kepada mereka yang tidak ada hajat
& cadangan untuk mendekatkan diri dengan redha AlLah SWT, adanya para
anbiya ini dianggap menyusahkan & mengganggu kelancaran nafsu kebinatangan
mereka sahaja. Kelebihan & limpah kurnia
dari AlLah SWT kepada kehidupan ini terlalu banyak & kelebihan yang
terbesarnya ialah dengan perutusan para anbiya’. Rahmat, kelebihan, limpah
kurnia ini hanya terhidang hanya untuk sesiapa yang mencarinya, kerana Rahmat,
kelebihan, limpah kurnia tidak akan mencari manusia tetapi manusialah yang
perlu & wajib mencarinya.!
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu
telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga
mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan
(mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak
menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul
bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk
sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan AlLah; dan
(ingatlah), AlLah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
Manusia pada setiap zaman ada
tanggungjawabnya untuk menerangkan isi kandungan kitab yang diturunkan kepada
mereka kepada umat manusia yang ada. Untuk menyebarluakan isi kandungan yang
ada dalam Kitab Taurat, AlLah SWT mengamanahkan kepada umat Yahudi. Kitab
Taurat menerangkan segalanya untuk panduan hidup mereka, termasuk juga berita
& cerita yang akan datang. Antara perkara yang akan datang yang dimuatkan
AlLah SWT dalam kandungan kitab Taurat ialah berhubung dengan kehadiran Nabi
Akhir Zaman. Penditilan tentang sifat Nabi Muhammad SAW dalam Kitab Taurat
cukup jelas & nyata; sama ada sifat lahiriyyah atau sifat batinnya. Melalui
tanda-tanda inilah golongan Rahib yang amanah
seperti Buhaira, Waraqah bin Naufal dapat mengenali baginda walaupun
belum melihatnya. Sayangnya kedua mereka dimatikan AlLah SWT lebih awal. Jika
tidak pasti mereka berdua menjadi pembela Islam yang hebat & bersungguh-sungguh.
Kebenaran dalam Taurat inilah yang mendorong AbdulLah bin Salam dengan penuh
rela menggabungkan dirinya ke dalam saf Islam.
Tapi sayang berjuta kali sayang,
sebahagian kaum Yahudi & Nasroni yang tidak amanah dengan kandungan kitab
Taurat & Injil ini, telah mengubah kitab mereka; Taurat diubahsuaikan lalu
dinamakan Thalmud, sementara Injil diberi versi baru yang pelbagai ragam yang
saling bercanggah sesama sendiri & mereka namakannya sebagai Bible. Taurat
& Injil sudah tiada lagi, yang ada hanyalah versi yang diubah suai sama ada
kandungannya atau bahasa asalnya.
Siapa Nabi Muhammad SAW
Dia ialah
Nabi Muhammad SAW bin Abdullah
Abdullah bin Abdul Muttalib – Aminah bt Wahab
az-Zuhriyyah al-Quraisyyah
Abdul Muttalib bin Hashim – Fatimah bt Amru
al-Mukhzumiyyah al-Quraisyyah
Hashim bin Abdi Manaf – Salma bt Amru al-Najariyyah
al-Khazariyyah
Abdi Manaf bin Qusay – Atiqah bt Murrah al-Salimiyyah
Qusay bin Kilab – Hubay bt Hulail al-Khuzai’yyah
Kilab bin Murrah – Fatimah bt Saad (asal dr Yaman Kabilah
Azd Syanu’ah)
Murrah bin Kaab - Hindun bt Saris (dr Bani Fihir bin
Malik)
Kaab bin Luaiy – Wahsyiyah bt Syaiban (Bani Fihir bin
Malik)
Luaiy bin Ghalib – Ummu Kaab (Muawiyah bt Kaab) kabilah
Qadha’nah
Ghalib bin Fihir – Ummu Luaiy (Salma al-Khuzaie)
Fihir bin Malik – Ummu Ghalib (Laila bt Saad bani Huzail)
Malik bin Nadhar –Jandalah bt Harith (Qais Ailan)
Nadhar bin Kinanah – Barrah bt Murr bt Udd
Kinanah bin Khuzaimah – Uwanah bt Saad (Qais Ailan)
Khuzaimah bt Mudrikhah – Salma Aslam (kabilah Qadhanah)
Mudrikhah bin Illas - Khindaf
Illias bin Mudhar – ar-Rabab Haidah bt Maad
Mudhar bin Nizar – Mua’nah bt Jausyam (suku Jurhun)
Nizar bin Ma’ad
Ma’ad bin Adnan
Nasabnya ialah
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib ( namanya Syaibatu al-
Hamid) bin
Hisyam bin Abdi Manaf ( namanya al-Mughirah) bin Quraisy ( namanya Zaid) bin
Kilab bin
Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin
Nazar bin
Mu’iddu bin Adnan.
Itulah nasab
Rasulullah saw yang telah disepakati. Selebihnya dari yang telah
disebutkan di
atas masih diperselisihkan. Tetapi hal yang sudah tidak diperselisihkan lagi
ialah,
bahwa Adnan
termasuk anak Isma’il, Nabi Allah, bin Ibrahim, kekasih Allah. Dan bahwa Allah
telah
memilihnya ( Nabi saw) dari kabilah yang paling bersih, keturunan yang paling
suci dan
utama. Tak
sedikitpun dar karat-karat jahiliyah yang menyusup ke dalam nasabnya.
Muslim
meriwayatkan dengan sanadnya dari Rasulullah saw, beliau bersabda :
„Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak
Isma’il dan memilih Quraisy dari
Kinanah,
kemudian memilih Hasyim dari Quraisy dan memilihku dari Bani Hasyim.“
Nabi Muhammad
saw dilahirkan pada tahun gajah, yakni tahun
Abraham al-Asyram berusaha menyerang Mekkah dan menghancurkan Ka’bah.
Lalu Allah menggagalkan dengan mu’jizat yang mengagumkan, sebagaimana
diceritakan di dalam al-Qur’an. Menurut riwayat yang paling kuat jatuh pada
hari senin malam 12 Rabi’ulawal.
Ia dilahirkan
dalam keadaan yatim. Bapaknya Abdullah meninggal ketika ibunya
mengandungnya
dua bulan. Lalu ia diasuh oleh datuknya Abdul Muththalib, dan disusukannya
sebagaimana
tradisi Arab waktu itu kepada seorang wanita Bani Sa’d bin Bakar, bernama
Halimah
binti Dzu’aib.
Sebutan Namamu
Tak Pernah Padam
sekian kurun
& abad lamanya namamu dirakam dalam Alam Nasyrah dengan cemerlang
‘dan telah Kami (AlLah SWT) mengangkat
& akan terus mengangkat bagimu (Muhammad SAW) sebutan namamu’
memang sentiasa benar janji & puji Yang Maha Agung
nama nabi kita tetap ulung & disanjung
tiap gerak saat tiap ensotan hari tiap minggu berkunjung
tiap bulan mendatang tiap tahun menjelang
sebutan namamu nabiku ada melata di mana-mana
sebutan namamu nabiku ada merata di mana-mana
sebutan namamu ada pada bila-bila masa
ada pada tiap saat arloji menerjah arah
makin hari makin banyak makin hari makin bercambah
makin hari makin subur bertambah & menambah
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika lidah mula bertatih menyata syahadah
assyhadu aalaaa ilaha illalLah waa assyhadu anna
muhammada rasullulLah
melahir & menzahir tulus kudus keimanan hanya milik AlLah
menguburkan rangkaian puaka jahiliyyah sekian masa menjajah
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika lisan mengumandangkan merdu azan
mempersila manusia berjemaah bila bersolatan
subuh waktu mula membuka mata memula kehidupan
zohor waktu senggang antara 2 sesi pekerjaan
asar waktu sinar mentari semakin hilang bahang
maghrib waktu binatang melata pulang ke kandang
isya’ waktu dingin mula membungkus malam
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika suara-suara mula melafazkan iqamah
penanda makin hampir ‘waktu dialog bersama AlLah’
meminta memohon & mengemis sisa-sisa maghfirah
meminta memohon & mengemis sisa-sisa barakah
ditinggalkan di tangga semua gelar-gelar yang megah
ditinggalkan di pintu segala bisa-bisa anugerah
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika sang imam mendepani para jemaah
kejap memegang tongkat buat menyampai
2 khutbah
pengganti 2 rakaat pada hitungan zohor yang indah
dibelai penghulu segala hari; hari Jumaah
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika tangan-tangan manusia sudi menadah
mohon diampuni belitan dosa yang gundah
punca percikan resah & banjir gelisah
menyusun harap dalam keramat doa tak jemu di lidah
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika lidah dengan penuh sedar melafaz 2 sayap tahiyyah
awal atau akhir pada penghujung solah
menanda sisa masa menyembah AlLah
makin menuju hujung di atas sejadah
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika suara serak & tersekat-sekat, keluarnya payah
tika sang manusia melafaz janji penuh amanah
ikrar penuh sedar ikrar penuh insaf terlontarlah
setangkai gembira terbit dari hati yang jilah
pada sederet kata yang memakna; aku terimalah nikah....
bersulam mas kahwin sejumlah...
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika istimewanya manusia disolatkan di depan para makmum & imam
solat yang tanpa rukuk solat yang tanpa sujud
setelah Izrael datang berwujud
setelah roh dalam badan tidak lagi wujud
setelah roh tak lagi bermadu dengan kacak & jelita jasad
sebutan namamu disekalikan nama AlLah
tika manusia seisi keluarga dihujani gembira
bila dikurnia anugerah paling memakna; cahaya mata
kedua cuping bayi yang belum mengerti makna apa-apa
dibisikkan syahdu namamu dengan nama-NYA
untuk menghenti gangguan setan, musuh utama manusia
selagi ada manusia yang terbuka jendela hatinya
menerima undangan mendaftar diri; Islam, AlLah yang empunya
selagi ada manusia yang sudi melafazkan merdu azan
selagi ada manusia yang sudi beriqamah
selagi ada manusia yang sudi mendepani makmum dari mimbar
selagi ada manusia yang sudi melabuhkan doa
selagi ada manusia yang dipaksa mengadap-NYA
selagi ada manusia yang sudi memula hidup berumahtangga
selagi ada bayi yang sudi mengenal flora & fauna
selagi itulah sebutan namamu
wahai rasulku tak akan pernah padam
AllLahhu ma solli alaa Muhammad wa alihi Muhammad
Jumaat 06jamadilawal1430-01mei2009-083435- edit
04jamadilawal1432-08april2011
TQ Ya RasullulLah SAW: Secangkir Rahmat Buat Wanita
bertamu Rabiul Awal tahun gajah
mencetak warna baru lanskap diubah
padam api majusi
selama ini disembah
retak bergegar
istana kisra yang dimegah
berhala & patung
segala di Mekah menyembah tanah
iblis
selama ini memiliki megah
bebas mencuri khabar dari lipatan khazanah
mula terpanah petir dari pelbagai arah
cuba melintas langit dunia yang rendah
mula lahirmu ya RasullulLah
pustaka dari Taurat & injil merakam perancangan AlLah
pahatan al-Qur’an mencerah kisah
‘mereka yang terkurnia kitab
mengenal Baginda persis memesrai anak sendiri’
satunya manusia yang dinanti
segenap isi lapis bumi lahirnya di sini
kerana datangnya mengayam deret rahmat
kerana datangnya memintal gugus berkat
itulah setia janji AlLah kejap terpahat
‘tidak terutusmu kecuali bawa belaian rahmat buat alam’
Ya RasullulLah
sebelum tapakmu menjejak bumi
pekat gelap jahiliyah galak menjajah
nilai mulia wanita terjunam paling bawah & rendah
dikuburi bersama pabila sang suami meninggal
tak pernah diberi kuasa miliki harta pusaka
sesekali dibahagi sebagai harta pusaka
para ayah berasa cukup hina lahirnya anda
lalu dibunuh sebelum sempat lama menyedut udara
dibunuh sebelum sempat mengenal
indahnya susun flora & uniknya warna fauna
lahir Junjungan SAW mengubah hanyir lanskap
wanita tiada harga tiada nilai di maya
diangkat lewat lisan Baginda paling mulia
bila diproklamir segugus sabda
‘syurga di bawah telapak kaki bonda’
terima kasih Ya RasullulLah
selawat buatmu Ya RasullulLah
111516 pagi- 10rabiul awal 1431/24feb2010.ptpnpc.
(dideklamasikan di sambutan maulid 2010 di sk sri melor,
12 rabiul awal 1431/ 26 feb 2010.08;45 mlm)
http://fauziamirgus.blogspot.com/
http://fauziamirgus.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment