About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Friday, January 13, 2012

Status & Peranan Al-Qur’an

Tazkirah Dwibulanan
Pagi Sabtu 20 Safar 1433 – 14 Jan 2012
Masjid Syaidina Umar al-Khattab
SMKA Tok Bachok, Bachok, Kel.


Status & Peranan Al-Qur’an


Muqadimah
          Seringkali masuk ke pendengaran ini suara-suara lemak & lunak yang bertanyakan apakah Status & Peranan Al-Qur’an Dalam Kehidupan?
Ya, Al-Qur’an yang menjadi kitab suci AlLah SWT yang terakhir diturunkan bukan untuk dikubur & ditalqimkan. Sudah tentu al-Qur’an memiliki status & peranan untuk hidup ini. Amat mustahil DIA menurunkan al-Qur’an yang memakan masa di sekitar 23 tahun ini sia-sia sahaja & tanpa status & tidak berperanan. Pasti ada sebab & musabab mengapa DIA menurunkannya kepada manusia ini.  Untuk melihat apakah status & peranan tersebut, elok kita membelek-belek di sela-sela al-Qur’an itu sendiri, ada atau tidak apa yang kita hajati.
Al-Qur’an yang tersusun dalam  juzuk itu yang dibahagikan kepada 114 surah dengan wajaran 66 ayat memang unik  hebat. Pendek kata al-Qur’an merupakan kertas kerja AlLah SWT untuk mentadbir dunia dengan lengkap & beradab.  Apa yang sudah berlaku, apa yang sedang terjadi & apa penemuan yang bakal dijumpai manusia, semuanya al-Qur’an telah rakam dengan kejap.

Oleh sebab lengkapnya alQur’an ini, status & peranan al-Qur’an seperti yang dinyatakan dapat kita angkat. Apabila kita meneliti & membaca dengan teliti, akan kita dapati surah-surah yang bermula dengan huruf potong= muqataah, disebut akronim dalam bahasa Melayu, menjelaskan status & peranan al-Qur’an ini. Surah tersebut memulakan ayat dengan huruf-huruf seperti; Aliif Laam Miim, Yaa Siin, Thaa Haa, Qaaf, Haa Miim, Thaa Siin Miim, Aliif Laam Raa, dsb.
Surah yang seumpama ini terdapat sebanyak 30 buah dalam al-Qur’an. Surah-surah itu ialah;
1.      Surah  ke-2. Al-Baqoorah. 286 Ayat
2.      Surah  ke-3. Ali-Imran. 200 Ayat
3.      Surah  ke-7. Al- A’raf. 206 Ayat
4.      Surah  ke-10. Yunus. 109 Ayat
5.      Surah  ke-11. Hud. 123 Ayat
6.      Surah  ke-12. Yusoff. 111 Ayat
7.      Surah  ke-13. Ar-Ra’d. 43 Ayat
8.      Surah  ke-14. Ibrahim. 52 Ayat
9.      Surah  ke-15. Al-Hijr. 99 Ayat
10.    Surah  ke-19. Maryam. 98 Ayat
11.    Surah  ke-20. Thaahaa. 135 Ayat
12.    Surah  ke-26. As-Syuaara. 227 Ayat
13.    Surah  ke-27. An-Naml.93 Ayat
14.    Surah  ke-28. Al-Qasas. 88 Ayat
15.    Surah  ke-29. Al-Ankabut. 69 Ayat
16.    Surah  ke-30. Ar-Rum. 60 Ayat
17.    Surah  ke-31. Luqman. 34 Ayat
18.    Surah  ke-32. As-Sajdah. 30 Ayat
19.    Surah  ke-36. Yasin. 83 Ayat
20.    Surah  ke-38. Sad. 88 Ayat
21.    Surah  ke-39. Az-Zumar. 75 Ayat
22.    Surah  ke-40. Al-Ghafir/ Mukmin. 85 Ayat
23.    Surah  ke-41. Fushshilat. 54 Ayat
24.    Surah  ke-42. As-Syura-53 Ayat
25.    Surah  ke-43. Az-Zukruf. 89 Ayat
26.    Surah  ke-44. Ad-Dukhan. 59 Ayat   
27.    Surah  ke-45. Al-Jaathiyah. 37 Ayat
28.    Surah  ke-46. Al-Ahqaf. 36 Ayat
29.    Surah  ke-50.Qaf.45 ayat
30.    Surah  ke-68. Nun. 52 Ayat

Daripada 30 surah tersebut, hanya 3 surah sahaja yang tidak membincangkan status al-Qur’an & peranannya. Ketiga-tiga surah tersebut ialah;
1.      Surah  ke-19. Maryam. 98 Ayat
2.      Surah  ke-29. Al-Ankabut. 69 Ayat
3.      Surah  ke-30. Ar-Rum. 60 Ayat

Umumnya tanggapan masyarakat Melayu terhadap al-Qur’an itu terbahagi 4;
1. Dibacakan di rumah-rumah yang baru berlaku kematian. Dengan kepercayaan al-Qur’an itu dibacakan untuk orang mati; mungkin untuk orang mati tadi mendengarnya. Walaupun si mati sewaktu hidupnya tak pernah menjamah al-Qur’an,  Walaupun si mati sewaktu hidupnya tak pernah mendengarkan al-Qur’an sewaktu hidupnya, Walaupun si mati sewaktu hidupnya tak pernah kenal huruf & abjad al-Qur’an, Walaupun si mati sewaktu hidupnya menjadi penentang kepada titah perintah AlLah SWT yang termuat dalam al-Qur’an.
2. Dibacakan pada bulan Ramadhan untuk mendapat pahala. Lantaran itu dapat dilihat di mana-mana dalam dunia ini, apabila masuk sahaja Ramadhan umat ini berebut-rebut untuk menghabiskan 30 juzuk al-Qur’an, sehingga ada yang sanggup ponteng kerja dengan alasan hendak mengaji. Tetapi apabila Ramadhan berlalu, begerak sama minat mereka untuk membaca al-Qur’an. Mereka menunggu  kedatangan Ramadhan yang lain pula untuk melazimi membaca al-Qu’ran. Mereka membacanya kerana resam & adat yang dilihat berlaku zaman-berzaman.
3. Dibacakan untuk menghalau pelesit, hantu, polong, & yang senama dengannya yang mengganggu pesakit. Bacaan al-Qur’an ini pula hanya dibuat & dilakukan atas permintaan bomoh yang memberi rawatan, bukan dibaca sejak dari awal. Seandainya bomoh & pawang ini tidak meminta, nescaya al-Qur’an tidak dibaca juga.
4. ada juga terdapat segelintir manusia yang memetik & menyelin beberapa potong ayat al-Qur’an utuk dijadikan azimat melariskan jualan; yang kerapjadi mangsa kepada pekedai ini ialah ayat Qudsi & ayat Seribu Dinar.
Satu kisah benar.
Sewaktu masih bertugas di Pulau Pinang di SMKA Al-Mashoor Lelaki, hamba menyewa  di 22-14-28  Eastern Court- sebuah apatement yang jauhnya kira-kira 3 km dari sekolah. SMKA al-Mashoor (L) terletak berhampiran dengan Masjid Negeri di jalan Ayer Itam, sementara Eastern Court berada di sempadan Batu Lanchang –Jelutong. Di Eastern Court ada sebuah surau yang dipanggil Surau Al-Hidayah di tingkat satu. Al-HamdullilLah hamba juga menyumbangkan suara untk menyampaikan tazkirah seminggu sekali, hari Rabu malam Khamis dengan membacakan Kitab Mukhtarul Ahadis & Tafsir Pimpinan ar Rahman. Satu malam setelah selesai  bertazkirah, hamba didekati oleh seorang jemaah.
Jemaah; Ustaz, boleh tak tolong tuliskan untuk saya ayat Seribu Dinar?
Hamba; Insya-AlLah boleh, tapi untuk dibuat apa?
Jemaah; Saya nak letak di kedai saya ustaz, orang kata Ayat Seribu Dinar ni ayat pelaris.
Hamba; tuan biasa pergi ke Tesco?
Jemaah; Biasa benar ustaz, semua keperluan saya beli di situ.
Hamba; Laris tak Tesco tu?
Jemaah: Laris ustaz, amatlah laris. Orang penuh setiap masa.
Hamba: Ada tak tuan melihat di Tesco tu ayat Seribu Dinar di mana-mana?
Jemaah; Tak ada ustaz
Hamba: Kenapa laris juga walaupun tak ada Ayat Seribu Dinar & dipunyai oleh orang kafir pula?
Jemaah; Barang-barang di situ dijual murah ustaz
Hamba; Kalau begitu itulah antara petua untuk melariskan jualan; jual debngan harga lebih murah & bukannya dengan menampal ayat Seribu Dinar tapi barang-barang dijual mahal.
Jemaah; Terima kasih ustaz, ana faham.

Pada pagi ini kita akan melihat & berbincang secara ringkas maksud ayat-ayat  yang menjelaskan status & peranan al-Qur’an. Insya-AlLah pada minggu-minggu berikut kita akan sentuh secara lebih lanjut.
2. Al-Baqoorah. 286 Ayat


1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari AlLah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


3. Ali-Imran. 200 Ayat


1. Alif, Laam, Miim.
2. Allah tiada ILAH (yang berhak disembah) melainkan DIA,                           Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-NYA.
3. Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, untuk  mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan IA juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan IA juga Yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang batil/salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa                                     (kepada golongan yang bersalah).


7. Al- A’raf. 206 Ayat


1. Alif, Laam, Miim, Saad.
2. (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari Tuhanmu). oleh sebab itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi ancaman & amaran dengan Al-Quran  itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi  orang-orang yang beriman.



10. Yunus. 109 Ayat


1. Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.



11. Hud. 123 Ayat


1. Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi AlLah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.



12. Yusoff. 111 Ayat


1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran Yang menyatakan kebenaran.
2. Sesungguhnya KAMI menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu                                                     (menggunakan akal untuk) memahaminya.




13. Ar-Ra’d. 43 Ayat

  
1. Alif, Laam, Miim, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dari RABBmu dengan haq; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.


14. Ibrahim. 52 Ayat


1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) KAMI turunkan dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin RABB mereka -                                                                             ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.


15. Al-Hijr. 99 Ayat


1. Alif, Laam, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.


20. Thaahaa. 135 Ayat


1. Taa' Haa.
2. KAMI tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang kyusuk- takut melanggar perintah.


26. As-Syuaara. 227 Ayat


1. Taa, Siin, Miim.
2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.


27. An-Naml.93 Ayat


1. Taa, siin. ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),
2. Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang Yang beriman,



28. Al-Qasas. 88 Ayat



1. Taa, Siin, Miim.
2. Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan.


31. Luqman. 34 Ayat


1. Alif, Laam, Miim.
2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
3. Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik


32. As-Sajdah. 30 Ayat


1. Alif, Laam Miim.
2. Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari RABB pemelihara dan pentadbirkan sekalian alam.


36. Yasin. 83 Ayat


1. Yaa, siin.
2. Demi Al-Quran Yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran Yang tetap kukuh,
3. Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul Yang telah diutus,
4. Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).
5. Al-Quran itu, diturunkan oleh AlLah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,


38. Sad. 88 Ayat


1. Saad; Demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.


39. Az-Zumar. 75 Ayat


1. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh sebab itu hendaklah engkau menyembah AlLah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-NYA.



40. Al-Ghafir/ Mukmin. 85 Ayat


1. Haa, Miim.
2. Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa
lagi Maha mengetahui;



41. Fushshilat. 54 Ayat


1. Haa, Miim
2. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.
3. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; Iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. 
4. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); Dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka pura-pura tidak mendengar.



42. As-Syura-53 Ayat


1. Taa, Siin, Miim.
2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.



43. Az-Zukruf. 89 Ayat


  
1. Haa, Miim.
2. Demi Kitab Al-Quran Yang menyatakan kebenaran.
3. Sesungguhnya KAMI jadikan kitab itu sebagai al-Qur’an yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
4. Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam Ummi Kitab di sisi KAMI - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.


44. Ad-Dukhan. 59 Ayat
1. Haa, Miim.
2. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya KAMI telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat;  kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba KAMI ditimpa azab).


45. Al-Jaathiyah. 37 Ayat


1. Haa, Miim.
2. Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.



46. Al-Ahqaf. 36 Ayat

  
1. Haa, Miim.
2. Diturunkan Al-Qur’an ini, dari Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.


50.Qaf.45 ayat


1. Qaaf. Demi Al-Qur’an Yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa Sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).



68. Nun. 52 Ayat

 
1. Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis, -
2. Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian RABBmu (al-Qur’an) - bukanlah seorang gila (sebagaimana ang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).



No comments:

Post a Comment

Tetamu

Blog Archive

free counters