26 Safar 1433 - 20 Jan 2012 Masjid
as-Solehin Kg Telok Kemunting, Bachok, Kelantan
Tafsir Surah at-Thur ayat 1- 10
Tafsir Surah at-Thur ayat 1- 10
1. Demi Gunung Thursina;
2. Dan demi kitab yang tertulis
3. Pada lembaran terbuka;
4. Dan demi "Al-Baitul Makmur";
5. Dan demi bumbung yang ditinggikan
6. Dan demi laut
yang menyala-nyalakan api
7. Sesungguhnya azab RABBmu tetap berlaku; -
8. Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -
9. Pada hari langit bergegar dengan sekuat-kuatnya.
10. Dan gunung-ganang pun bergerak dari tempatnya
Surah at-Thuur
(Gunung Thursina) Surah
ke-52. Ada 49 ayat
Diturunkan di Mekah
1. Demi Gunung Thursina;
AlLah SWT membuka surah ini
dengan sumpah. DIA bersumpah dengan menggunakan ciptaan yang hebat. Adapun kita
dilarang & diharamkan sama sekali untuk bersumpah selain daripada
menggunakan nama AlLah SWT. Misal kita diharamkan bersumpah ‘demi matahari’
demi bulan, demi bunga dsb. Kita jika ingin bersumpah mestilah dengan lafaz
& kata ‘demi AlLah’
AlLah
SWT bersumpah dengan gunung tapi bukan sebarang gunung melainkan Gunung
Thursina. Gunung Thursina mempunyai lagenda sejarahnya yang tersendiri. Gunung
ini menjadi tempat Nabi AlLah Musa AS berdialog langsung dengan AlLah SWT tanpa
penterjemah sama ada dari dalam kalangan jin atau manusia. Di sini juga tempat
Nabi AlLah Musa AS menerima wahyu.
2. Dan demi kitab yang tertulis
Seterusnya AlLah bersumpah
dengan kitab yang pernah diturunkan-NYA buat semua anbiya. Dengan bahasa mudah
untuk difaham; semua kitab AlLah SWT itu ‘ditulis’-NYA sendiri. Semua kitab
yang diturunkan kepada para nabi itu tertulis dengan rapi; sama ada namanya
Taurat, Injil, Zabur, al-Qur’an, & Suhuf-suhuf. Ditulis untuk memudahkan
seseorang itu membacanya, jika seseorang itu tidak tahu menulis & membaca,
dia boleh menghafal ayat-ayat al-Qur’an. Untuk hari ini hanya al-Qur’an yang
masih tertulis dalam teks asalnya
berbahasa Arab. Adapun kitab-kitab terdahulu sudah mengalami proses
pengubahsuaian sama ada dari segi isi atau bahasanya. Taurat sudah ditukar
namanya menjadi Talmud sementara Injil diubahsuai dengan pelbagai versi Bible
yang kandungannya bercanggah sesama sendiri.
3. Pada lembaran terbuka
Semua kitab AlLah SWT itu
menjadi bacaan terbuka untuk manusia, bukan untuk bacaan golongan tertentu
sahaja, kerana dalam agama tiada hak eksekutif untuk orang-orang tertentu. Hal ini
disebabkan status manusia di sisi-NYA sama; iaitu hanya bertaraf hamba! Jadi semua
kita AlLah SWT itu untuk para hamba. Sebagai hamba kita berhak membaca,
seterusnya memahami apa yang dibaca, apabila sudah difaham apa yang dibaca;
kita mencuba sedaya yang ada untuk mengamalkan apa yang disuruh-NYA &
meninggalkan secara total & tuntas apa yang dilarang-NYA. Tidak terhenti
setakad beramal dengan kandungan kitab AlLah SWT, kita berperanan
menyebarluaskannya kepada kalangan manusia; sama ada kepada yang sudah Islam
atau kepada mereka yang belum terbuka hatinya kepada Islam. Untuk tahap
terakhir, kita berkewajipan untuk membela & mempertahankan kesucian &
kekudusan titah & perintah AlLah SWT yang tertera serta terpeta dalam al-Qur’an.
4. Dan demi "Al-Baitul Makmur
Seterusnya AlLah SWT menjadikan objek
Baitul Makmur sebagai agenda sumpah-NYA. Apakah yang dimaksudkan dengan Baitul
Makmur? Di manakah dia? Baitul Makmur ialah Kaabah kepada penduduk langit,
adanya terletak di langit ketujuh. Lokasinya betul-betul di atas Kaabah bumi. Kalaulah
kita ada tangga yang tinggi & diizinkan-NYA kita boleh sampai ke Baitul
Makmur dengan menaiki tangga tersebut.
Pada
malam Isra’ & Mikraj Baginda Nabi Muhammad SAW telah melihat Baitul Makmur
ini dimasuki setiap hari oleh 70 000 malaikat. Ya Baitul Makmur ini dimasuki 70
000 malaikat yang berlainan setiap sehari. Satu malaikat hanya diizinkan sekali
untuk memasukinya.
5. Dan demi bumbung yang ditinggikan
AlLah SWT menjadikan langit
sebagai agenda sumpah-NYA juga. DIA yang meninggikan langit tanpa tiang, tanpa dinding,
tanpa sandaran, tanpa apa-apa, DIA meninggikan langit dengan kudrat &
iradat-NYA, entah sudah berapa juta tahun. Tanpa retak. SubhanalLah. Ilmu tentang
berceritakan dulu bumi & langit hanyalah satu selepas itu berlaku satu
gegaran / letupan besar yang mengakibatkan langit & bumi terpisah. Bagaimana
AlLah SWT mengangkat & meninggikan langit ini samalah dengan cara bagaimana
DIA memasukkan besar kepada seorang bayi
yang bari dilahirkan. Walaupuin setiap saat kita perhatikan, kita tidak akan
dapat mengesan saat bilakan & jam berapa pula bayi beransur-ansur menjadi
besar. Semuanya terjadi di depan mata kepala kita dengan kudrat &
iradat-NYA. SubhanalLah.
6. Dan demi laut
yang menyala-nyalakan api
Laut juga dijadikan objek
untuk sumpah-NYA. AlLah SWT mengajarkan bahawa di bawah laut itu terdapatnya
api. Ya memang benar di bawah laut ada tanah & di dalam kandungan tanah
inilah adanya api yang sedang
bernyala-nyala. Lapisan yang mengandung api
ini biasa dikeluarkan melalui gunung & fenomena ini dipanggil gunung
berapi. Manakala lapisan api yang dikeluarkan itu dinamakan larva. Larva ini darjat kepanasannya jauh lebih panas
berbanding dengan api bakar yang diguna manusia untuk memasak & sebagainya.
7. Sesungguhnya azab RABBmu tetap berlaku; -
Setelah AlLah SWT menyenaraikan
kehebatan-NYA dalam menjadikan;
Gunung Sina (Thuursina) sebagai tempat yang
merakam & menyimpan memori sirah yang agung,
kitab-kitab yang tertinta di bawah
keesaan-NYA,
Baitul Makmur sedia menerima tetamunya
Langit yang ditinggikan
Ada lapisan dalam perut bumi yang sedang
mengandung api
Maka,
DIA menegaskan azab-NYA tetap &
sentiasa berlaku; sama ada untuk individu ataupun berlaku kepada peringkat kumpulan.
Bilakah azab AlLah SWT ini akan berlaku? Sekarangkah?
Lambat lagikah? Atau kena tunggu kiamat dahulu, baru berlaku?
Sebenarnya azab & cubaan AlLah SWT
boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja yang disukai-NYA. Sama ada semasa
hidup kita ataupun di sebaliknya. Sebetulnya apabila kita didatangi satu
penyakit kita sedang merasa sedikit muatan azab AlLah SWT itu. Apabila kita
ditanam di kuburan, azab tadi datang dalam volume yang lebih besar. Setelah dimasukkan
ke neraka, itulah kemuncak azab AlLah SWT untuk manusia.
8. Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya
Ditegaskan-NYA bila datang
sahaja azab itu tidak ada seorangpun yang boleh & menolak azab tersebut. Misal
sahaja kita sakit gigi atau kita dikunjungi pelbagai penyakit lain. Penyakit yang
datang bertamu itu tak ada sesiapapun yang mampu menolaknya, kecuali DIA. Ubat tak
boleh menolong, kalau ubat ada kuasa untuk menolong tentunya orang yang kaya
tidak akan dihinggapi sebarang penyakit, kerana mereka ada wang untuk membeli
ubat yang terpilih & berharga mahal. Betulkah tak ada orang kaya yang ditawan
penyakit? Doktor juga tidak mampu menolong, kerana doktor juga terdedah kepada
pelbagai spesis penyakit. Hanya DIA penentu segala yang boleh menentu segala.
subhanalLah.
9. Pada
hari langit bergegar dengan sekuat-kuatnya.
Sejak awal AlLah SWT memberitahu suatu masa tertentu DIA akan
mengegarkan langit & mengakibatkan semua perhiasan langit akan berguguran
lepas satu satu. Seperti kita menggoncang sebatang pokok yang buahnya sedang
ranum, tentunya banyak buah yang akan gugur ke tanah. Bukan sahaja buah yang
mekar & ranum sahaja yang akan gugur, ranting-ranting & buah yang muda
juga pasti tergolek jatuh.
Fenomena sama juga akan berlaku
apabila AlLah SWT ‘mengerjakan’ langit kelak. Semua perhiasan di langit seperti
bintang, bulan, matahari, bulan, segala planet & pelbagai lagi yang sedang
bergantung di langit akan jatuh satu-persatu.
10. Dan gunung-ganang
pun bergerak dari tempatnya
Serentak dengan berjatuhan segala isi
langit & bertaburan di belakang bumi. Gunung-gunung pula akan bergerak dari
tempat asalnya menuju ke tempat lain. Ayat-ayat ini menceritakan situasi &
kondisi yang akan berlaku apabila menjelang kiamat. Sungguh pemurah DIA sungguh
penyayang DIA. Diberitahunya awal-awal apa yang bakal terjadi. Semoga kita
dapat mencari jalan selamat apabila verhadapan dengan suasana tersebut. Sesungguhnya
kita masih punyai masa selagi kita disambung subsidi nyawa ini.
No comments:
Post a Comment